November 22, 2008

~Petikan buku fatwa Kontemperor Ulama besar dari Tanah Suci~

1. pengertian bidaah

Telah dinyatakan Rasul SAW dlm sabdanya “ jauhilah kalian perkara yg diada-adakan kerana setiap bidaah itu sesat dan setiap kesesatan tempatnya di dlm neraka” (HR Abu Dawud no 3991)

Bidaah yang baik ataupun sudah lama dijalankan adalah berdosa jika dilakukan. Kerana Rasul SAW menyatakan ‘tempatnya di dalam neraka’. Jika rasul SAW mengingatkan umatnya dr sgla perbuatan bidaah maka logiknya bidaah itu merosak. Rasul SAW menyebutkan bidaah scr umum, tanpa mengecualikan hal tertntu, dgn sabdanya “ setiap bidaah itu adalah sesat”.
Kemudian semua bidaah pd dasarnya adalah semua perbuatan yg mengikuti ketentuan di luar syariat Islam. Hal ini berlaku bererti pelaku bidaah menganggap syariat tidak sempurna dgn ibadahyg direka yg dianggap dpt digunakan utk mendekatkn diri dgn Allah.’
Kepada org seperti ini kami mengatakan “setiap bidaah itu adalah sesat dan setiap kesesatan tempatnya di dlm neraka. Jadi,wajib hukumnya meninggalkan bidaah. Seseorang tidak boleh melakukan ibadah kecuali mengikuti syariat Allah dan rasul Nya agar benar-benar menjadikan beliau sbg panutan, sedangkan org yg menempuh jln bidaah bererti tlh menjadikan si pembuat bidaah sbg anutannya di luar rasulullah ketika melakukan perbuatan bidaahnya”

Syeik ibnu utsaimin
Majmu’ fataawa wa rasaail, juz 2, hlmn291.

2. Makna bidaah dan Kaedahnya...apakah ada bidaah hasanah?

Bidaah dlm kaedah syariat iaitu melakukan ibadah kpd Allah di luar syariatnya atau keluar dari yg dicontohkan nabi SAW dan para khalifah.
Definisi pertama diambil daripada firman Allah:
“apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain drpd Allah yg mensyariatkan kpd mereka agama yg x diizinkan Allah?”(Asy-syura(42):21)

Definisi kedua diambil drpd sabda nabi SAW: “ikutilah oleh kalian sunnahku dan sunnah para khalifah sesudahku yg lurus lg terpimpin. Peganglah ia dan gigitlah ia dgn gigi geraham kalian. Waspadalah kalian dr perkara-perkara yg diada-adakan”(HR Abu Dawud 3991)
Adapun perkara-perkara yg sudah menjadi adat atau kebiasaan masyarakat menurut agama tidak dinamakan bidaah sekalipun menurut bhs adalah bidaah. Bidaah menurut bahasa bukanlah bidaah yg dimaksudkan oleh agama dan bukanlah bidaah yg diperingtkn oleh Rasul SAW utk dijauhi.
Dalam agama selamanya tidak ada disebut bidaah hasanah. Adapaun yg disebut rintisan baik sbgmana yg tersebut dlm hadis Nabi SAW adalah sesuatu yg sesuai dgn syariat. Hal ini mencakupi merintis perbuatan yg baik, menghidupkan kembali perbuatan baik setelah ditinggalkan org, atau melakukannsuatu kebiasaan yg menjadi saranan bg trlaksananya suatu ibadah. Sunnah terbagi tiga:

Pertama, sunnah dlm merintis suatu perbuatan.Pengertian inilah yg dimaksudkan oleh hadis nabi SAW ttg anjuran beliau utk memberi sedekah kpd para tamu beliau di Madinah krn mereka sgt memerlukannya. Nabi SAW menganjurkan bersedekah, maka dtglah seorg laki2 Anshar membawa nampan perak penuh makanan yg dibawanya dgn berat, lalu ia letakkan di pangkuan nabi SAW kemudian bersabda:
“barangsiapa yg merintis suatu rintisan yg baik dlm Islam maka ia memperoleh pahalanya dan pahala org lain yg melakukan rintisan yg baik”(HR muslim no 1691)

Kedua, sunnah dlm pengertian seseorang melakukan kembali kebiasaan yg baik yg tlh ditinggalkan, bererti ia menghidupkan kembali. Jadi org ini merintis dgn pengertian menghidupkannya kembali, sekalipun dahulu suah pernah ada bukan ia yg memulainya.

Ketiga, sunnah dlm pengertian melakukan sesuatu yg dpt menjadikan jln trlaksanya sesuatu yg dibenarkan syariat spt membangunkn madrasah dan menerbitkan buku. Hal ini tidak dimaksudkan dgn melakukan bidaah tetepi sbg saranan utk melaksanakn yg lain.

Semua ini masuk dlm pengertian dr sabda nabi SAW yg diatas.

Syeikh ibnu utsaimin
Majmu’ Fataawa wa Rasaail, juz 2, hlmn 291-293

Waallahua'lam

~CINTA KERANA ALLAH~

Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada
cahaya Allah S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah S.W.T untuk terus lalai dan
jauh dari –Nya, sebagaimana ingatan Allah dalam Al-A’raf (17): ayat 179 yang
bermaksud :
“dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai…’
Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda :
‘Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat.’
Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada
jiwa yang cintakan Allah S.W.T. maka bersegeralah untuk melakukannya kerana
percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu
merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang–jarang jea. Biasanya ianya
akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin
Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua
orang. Bukan milik orang yang tak bersedia,” jelas Khazinatul Asrar lagi.
“Kak Asrar, adakah bercinta kerana Allah itu melalaikan?” Nur Fatihah mencetus
persoalan. Khazinatul Asrar tersenyum. Topik cinta sering menjadi masalah utama
adik–adik usrahnya selama dia bergelar Naqibah.
“Apa pendapat Syaqiera?” Khazinatul Asrar memberi peluang untuk mengemukakan
pandangan.
“Iera rasa ianya tak melalaikan! Bagi Iera , itulah cinta sejati. Cinta kerana Allah
biasanya diiringi wawasan untuk hidup bersama dan lahirkan zuriat yang soleh,”
jawab Syaqiera, petah.
“Juliea pula bagaimana?” Khazinatul Asrar bertanya lagi.
“ Juliea pun setuju dengan Iera! Apa sahaja perbuatan yang dibuat ikhlas kerana
Allah, mesti benda tue baik,” yakin jawapannya. “Tapi Kak Asrar…
Ziana confuse tentang cinta tu…” Roziana mencelah. “Confuse? Boleh kongsi?”
Khazinatul Asrar bernada lembut. “Ziana tak malu nak berkongsi pengalaman Ziana.
Ziana dicintai oleh seorang lelaki yang soleh orangnya. Dia betul–betul nak jadikan
Ziana teman hidupnya selepas tamat belajar nanti. Bagi Ziana, cinta kami kerana
Allah. Tapi…setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Ziana rasa hati Ziana
semakin jauh daripada mengingati Allah. Kalau dulu hati ini sering berzikir, tapi kini
sering ingat namanya sahaja. Rasa macam hati ini kotor. Hari – hari kami saling call.
Lebih parah lagi bila hati ni sering memujuk untuk berjumpa dengannya selalu,” luah
Roziana.
“Kenapa cinta yang dijalin kerana Allah pun melalaikan?” keluhnya lagi.
“Najah rasa, cinta memang melalaikan, cinta kerana Allah tu hanyalah nama hiasan
untuk menafikan kelalaian cinta,” Nik An-Najah bersuara tegas.
Syaqiera mengkeriukkan dahi. Tidak tenang dengan kenyataan setegas itu.
“Okey, Kak Asrar nak tanya, apakah ciri–ciri cinta yang adik–adik anggap adalah cinta
kerana Allah?” Khazinatul Asrar cuba membuka minda.

“Ianya adalah bercinta untuk berkahwin dan lahirkan anak–anak yang dididik dengan
cara hidup Islam, baitul Muslim” jawab Syaqiera spontan.
“Itu natijah cinta kerana Allah. Kak Asrar bertanyakan ciri- ciri cinta kerana Allah.
Ciri-ciri yang akak maksudkan itu adalah cara bercinta itu sendiri yang dikatakan
kerana Allah,” Khazinatul Asrar makin membuka minda mereka.
“Apa pendapat Kak Asrar tentang itu?” Sayyidah minta kepastian.
“Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal
percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta
makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas,
tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan.
Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat
telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga,
apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk
padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah
ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering
dilakukan ketika percintaan.”
“Tapi, takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi ni?” getus Yusro
“Kalau dah tak tahan apa salahnya…tapi, kalau rasa masih tak sedia, baik jangan
berani untuk bercinta lagi,” nasihat Khazinatul Asrar.
“Kalau dah terjebak macam Ziana ni?” gerutu Roziana.
“ Ziana, jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau Ziana rasa
ianya boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak
redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan
cinta tu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan Ziana dari–Nya. Allah
Maha Penyayang,” jelas Khazinatul Asrar.
“Praktikalnya?” Roziana mahu lebih jelas.
“Kikislah keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon, bermujahadah
untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya… Buatlah secara perlahan–lahan
dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Kak Asrar faham, Ziana
perlukan masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak
apalah…selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah,” senyum berputik
di bibir.

…petikan cerpen seindah mawar berduri…

Cinta kerana Allah wujud ke? jika manusia hanya melafazkan cintanya pada si dia kerana Allah tetapi setiap hari merinduinya melebihi dari sang Pencipta sedangkan Allah juga yang mencipta semua hambaNya…wajarkah kita mencintai hambanya melebihi Dia. Sedangkan Dia lebih berhak keatas cinta kita…Ukhwah Mahabbah Fillah..atau Ukhwah Fillah Abadan Abada,,,ungkapan ini kerap digunapakai bagi sesetengah insan yang menganggap cinta mereka kerana Allah…boleh ke?..cinta adalah fitrah dari NYA..tidak salah untuk bercinta tetapi pastikan cinta sang Pencipta melebihi segala-galanya..Hubungan yang sah wujud antara muslimin dan muslimat hanya selepas ikatan yang sah…..Janganlah bersedih wahai mujahidah solehah andai tiada jodoh pada waktu ini dan anggaplah muslimin tersebut sedang mempersiapkan dirinya untuk setaraf denganmu..Wanita solehah diciptakan Allah untuk lelaki yang soleh.
Waallahua’lam…