Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

January 4, 2014

CINTA DI RUMAH HASSAN ALBANNA





CINTA DI RUMAH HASSAN ALBANNA

Bagaimana Hassan al-Banna memilihkan ibu yang baik untuk anak-anaknya?.

Ketika sebelum menikah keluarga al-Banna mengenali keluarga as-Shauli dari golongan pedagang kelas pertengahan dan mempunyai sentimen agama yang baik. Suatu hari ibu al-banna mendengar lantunan bacaan Quran yang menyejukkan hati dari rumah as-Shauli lantas mengkhabarkan kepada al-Banna, lantas Hassan al-Banna merasakan inilah pendamping yang didamba selama ini. Sifat-Sifat- baik yang terpamer dari Zaujah al-Banna adalah bersedia berinfak baik di waktu lapang ataupun sempit. Jika menyorot kisah ketika pejabat Ikhwanul Muslimin dibuka di Kairo, zaujahnya mengambil semua perabot di rumah untuk digunakan di kantor baru. Beliau juga bersikap terbuka apabila ada akhwat yang datang hendak berdiskusi dengan al-Banna berkaitan hal-hal dakwah.

Allahuakbar. Pentingnya memilih bakal ibu yang terbaik untuk anak-anak kita. Mari telusuri kisah Ulamak besar ini dalam buku ini.

Berminat untuk beli buku ini boleh email di: nurjihad@gmail.com/ sms atau wassap 0145007528/ pm di Kafe Buku

December 25, 2013

Reclaim your heart-Yasmin Mogahed (promosi jualan)


Assalammualaikum

Let's begin the blessed day with an inspired quote from Yasmin Mogahed, writer the book of Reclaim Your Heart.

“As much as you can, keep dunya (worldly life) in your hand--not in your heart. That means when someone insults you, keep it out of your heart so it doesn't make you bitter or defensive. When someone praises you, also keep it out of your heart, so it doesn't make you arrogant and self-deluded. When you face hardship and stress, don't absorb it in your heart, so you don't become hopeless and overwhelmed. Instead keep it in your hands and realize that everything passes. When you're given a gift by God, don't hold it in your heart. Hold it in your hand so that you don't begin to love the gift more than the giver. And so that when it is taken away you can truly respond with 'inna lillahi wa inna ilayhi rajioon': 'indeed we belong to God, and to God we return'.”
― Yasmin Mogahed


Yasmin Mogahed sangat memberi inspirasi melalui kata-katanya yang menyentuh hati.

Bagi peminat-peminat beliau, saya sedang mengadakan promosi jualan untuk buku ini sehingga 31 Disember 2013 sahaja. Bagi yang berminat untuk mendapatkannya , boleh ke sms/ wassap 0145007528 atau klik link ini : Kafe Buku / pm di Inbox.


Moga ada manfaat. :)

December 22, 2013

Aku Ada Wali

AKU ADA WALI

Drama yang akan ditayangkan di TV Alhijrah pada 14 Jan 2014.

Sipnosis.


SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.


Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.



Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.



Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.


Saya menjual novel ini dengan harga RM33 termasuk pos. Berminat boleh hubungi saya di nurjihad@gmail.com/ atau di sini https://www.facebook.com/kafebukusaya?sk=messages_inbox

Selain buku ini ada juga buku-buku lain boleh klik Kafe Buku

---
.


November 15, 2013

Perkahwinan :)

Alhamdulillah..

Sudah masuk bulan kedua perkahwinan. Alhamdulillah. itulah ucapan paling layak untuk DIA.

Kahwin itu nikmat kerana ada berkat, ada cinta, ada kepelbagaian.

Berkat kerana bagaimana usaha sebelum kahwin itu kita jaga dan bagaimana kita usaha serve suami sebaiknya.

Cinta kerana ianya fitrah manusia. Bercinta berlainan jantina saaangat lain rasanya dan lebih-lebih lagi selepas halal. Berusaha bina cinta kerana DIA.

Kepelbagaian kerana saya seronok belajar mengenal lebih mendalam insan bernama lelaki. Perbezaan yang ada memberi rasa untuk lebih kenal lagi.

Alhamdulillah. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan baitulmuslim ini dan limpahinya dengan sakinah mawaddah wa rahmah. Ameen.



*gambar bunga ja ya :)




December 19, 2012

Gaza!

Gaza, di manakah kita!

Saya boikot!

Saya benci!

Saya sedih!

Tapi kita masih di sini..

Hanya meluahkan rasa..

Tindakan......tiada!

Paling kurang...doa!

Tapi...kita masih di sini...

Bicara dunia yg sementara!


October 28, 2012

Hati, iman dan kebahagiaan

Assalammualaikum,

Alhamdulillah Allah kurniakan lagi pelbagai nikmat di sekeliling kita.

Saya ada terbaca satu artikel drpd blog isteri kedua ustaz hafiz firdaus berkenaan hati, iman dan kebahagiaan. Saya sangat tertarik dengan isi artikel yang diutarakan. Bagaimana perihal hati yang jauh daripada Allah menghasilkan persepsi negatif kepada suami (bg yg dh berkahwin), adik- beradik, ibu-bapa, kawan-kawan dan masyarakat.

Saya ada teringat ketika dahulu adakalanya, saya juga menyalahkan apa yang berlaku dalam siri saya, salahkan ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, diri sendiri. Ohh.. alangkah teruknya self esteem ketika itu. Langsung tidak membina motivasi dalam diri. Itu dahulu ketika tidak matang.

Kini saya ingin beritahu pada shbt2 saya, kembalilah kepada Allah, kamu akan lihat apa yg berlaku di sisi kamu adalah positf belaka dan semuanya adalah terbaik daripada DIA.

Mari baca sedikit quote drpd artikel Pn Nurul Adni :-

Saya teringat lebih tiga tahun dulu ketika saya meminta nasihat perkahwinan dari salah seorang naqibah yang sangat saya sayangi dan hormati...pesannya, " Jaga ruhiyyah, jagalah ALLAH. Kak sendiri, bila berusaha menjaga hubungan hati dan ibadah dengan ALLAH, hati rasa tenang saja bila pandang suami, rasa cinta dan sayang... Bila ibadah dan hati kita kucar kacir tak ingat ALLAH, solat lambat, tak baca Quran, tak zikrullah - ada saja yang tak kena dengan suami... 
Saya berusaha mengingati pesan ini bila saya rasa bermasalah dalam perhubungan dengan suami, famili atau teman-teman. Ya, saya pun sama saja seperti kamu ada masa-masanya perasaan rasa down, sunyi, rasa sedih, rasa geram, rasa marah, rasa tak puas hati, rasa sunyi...cemburu lagi. 

dan macam-macam perasaaan negatif bertandang - bila hati kita kosong dari mengingati Tuhan.

Jagalah ALLAH nescaya ALLAH menjagamu. Hanya dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang. 
Bertanggungjawablah atas perasaaan kita sendiri. Berhenti menyalahkan orang lain atas ketidakbahagiaan yang kita rasa. Check iman dan hati sendiri....adakah hati kita bersarang dengan syaitan kerana tak membiasakan zikir dan menghayati ayat Quran?


Semoga hati saya akan lebih dekat denganNYA terlebih dahulu sebelum saya tinggal dgn insan baru utk selama-lamanya ~

Allahu musta'an~




August 26, 2012

Rich Dad Poor Dad


Baru nak mula membaca buku ini. bagaimana pandangan dan kisah daripada pengalaman penulis manusia yang bijak menggunakan duit. 'Rich dad' - duit bekerja utknya, manakala 'poor dad'- bekerja utk duit. Mari membaca dan mengkaji. Belajar menjadi bijak dan memanfaatkan setiap apa yg kita ada dalam hidup ini.

Wallahu'alam



July 14, 2012

Kasut kayu~~




Assalammualaikum, sgt lama tak menjenguk ke blog ini. Penulisan menjadi semakin tumpul. Hari ini, alhamdulillah diberi kesempatan. Tetapi bukanlah menulis hanya paste dr blog seorang ustaz. Kisah Imam Abu Hanifah. Manusia sering diuji dgn pujian dan penghargaan dr org sekeliling, ttp kurang sedar pujian itu memakan diri. Ramadhan yg semakin hampir ini juga mari berusaha bersihkah diri dan hati. Allahurabbi.


Kisah al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu. 

Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan :

" Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti "

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya :
"Wahai Tuan, siapakah nama tuan?"

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : 
"Namaku Nu'man "

"Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?"budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : 

"Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya"

Budak itu lalu menjawab :
"Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga"



Menangis al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.
Allahu Allah..Moga saya juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A'dzam ini...




~Allahumma balighna fi ramadhan~

February 24, 2012

"prophetic parenting"



Khusus utk tatapan sahabat-sahabat saya seperti yang dijanjikan. Inilah buku "prophetic parenting " yg dijadikan sebagai hadiah kahwin seorang sahabat. Gambar buku yang sudah dibalut dan kad ucapan dah ambil, tapi masih tak dapat nak 'upload'. 

Buku ini, saya pun belum pernah baca, tetapi tertarik dengan tajuknya "cara nabi mendidik anak". Siapa lagi qudwah hasanah utk manusia kalau bukan Kekasih Allah itu. Bukan tidak ada buku lain dalam cara mendidik anak ini, ada lagi seperti tarbiyatul aulad fil islam-abdullah nasih ulwan dan terjemahannya ada dalam dua jilid dan juga cdgn buku daripada john grey, maaf tak ingat tajuknya. Tetapi ini yang saya jumpa promosinya di fb. 

Bagi saya (baru tengok dan belek buku ini), sesuai dijadikan bahan bacaan untuk yg sudah berkahwin semestinya dan belum berkahwin juga apatah lagi sebagai ilmu persediaan sebelum berkahwin. 

Kandungannya penuh dengan ayat quran, hadis-hadis beserta sumbernya dan contoh peristiwa pada Nabi.

Ini antara bab-bab yang ada di dalamnya :

1. nasihat cinta utk calon orang tua (sebelum berkahwin)
2. metode mendidik anak hingga usia dua tahun
3. cara nabi mendidik anak
4. membentuk aktvitas ibadah anak
5. memelihara kesihatan anak

dan banyak lagi. Tak mampu nak menulis kesemuanya.

Semoga buku ini bermanfaat.


" barangsiapa  yg dgn sengaja tidak mengajarkan apa yang bermanfaat bagi anaknya dan meninggalkannya begitu saja, bererti dia telah melakukan satu kejahatan yang besar. Kerusakan pada diri anak kebanyakan datang dari sisi orangtua yang meninggalkan mereka dan tidak mengajarkan kewajiban-kewajiban dalam agama berikut sunnah-sunnahnya" -ibn qayyim aljauziyah 

wallahu'alam.

p/s : teringat satu tulisan drpd fatimah syarha ' andai diri kita masih tidak mampu menjaga fardu muslim diri sendiri spt solat dan amalan lain, makan minum, kebersihan dan sebagainya, mampukah kita utk menjaga seorang lagi hamba Allah yang diamanahkan.....~muhasabah~



January 6, 2012

Sajak untukmu


Ingatlah sahabat
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.


Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.


Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.


Ingatlah sahabat…
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.


Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.


Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

 
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.


p/s: kini sedang rindu semua sahabat-sahabat seperjuangan. dedikasi khas untuk sahabat yg diingati. semoga terus dalam jalan ini. semoga pertemuan esok juga menjadi kenyataan.


"Ya Allah, kuatkanlah ikatan ini hanya keranaMU"

sumber: sajak

December 22, 2011

Rezeki

Alhamdulillah~

Hari ini masih diberi nikmat nyawa serta iman dan islam lagi di muka bumi ini.

Hari ini juga ada berita gembira yang baru dapat.

Alhamdulillah, Allahuakbar.

Setiap nikmat yang kita terima, sentiasa muhasabah diri sejauh mana kita syukurinya. Semakin bersyukur atau semakin kufur. Adakalanya tanpa kita sedari, kita menganggap rezeki itu datang dari kita sendiri.

"Aku dapat benda ni rasanya sbb aku perform baik dalam interview td."

"Rasanya kebetulan aku dapat benda ini sebab aku cakap bagus, aku hafal betul-betul tadi."

Samada kita ucapkan atau dalam hati sahaja. Lintasan-lintasan ini pasti ada. Merasakan diri inilah buat yang terbaik, tanpa syukur kepadaNYA. Sama juga bab ibadah.

Manusia tanpa sedar mengagungkan diri sendiri. Hakikatnya ianya sekadar asab kepada hasilnya. Walhal rahmat Allah itu yang lebih utama dan patut kita agungkan.

Syukur padaNYA yang pertama sekali kerana dia memberi rahmat dan memberi segala rezeki dan nikmat tersebut. Tanpa rahmat Allah tidak mungkin kita berjaya melakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan itu.

Syukurlah pada DIA, Al Wahhab, Alrazzaq, Al Mutakkabir.


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim 14:7)


Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah 2:152)


sumber : rusydee artz


p/s: muhasabah atas nikmat dan rezeki dariNYA setiap hari .

December 16, 2011

Ikhlas~

Hari ini ingin berbicara ttg ikhlas.

Maksud ikhlas. Semua orang pasti tahu dan boleh cari di mana-mana sahaja. Tetapi anda faham ke erti ikhlas yg sebenar?.

Saya baru sahaja mlm kelmarin menonton satu drama di oasis berkenaan watak utama mencari erti keikhlasan. Akhrinya Allah uji dengan satu musibah dan setiap kejadian yg dilalui dihadapi tanpa mengharap balasan. Selepas itu, drama ini menujukkan setiap peristiwa ini dibalas dgn kebaikan atas keikhlasan watak tersebut.

Macam senang bukan?..Kalau kita ikhlas mmg akan dibalas dgn kebaikan kpd kita. Tetapi bagaimana pula ikhlas dlm berjuang.

Semenjak dua menjak ini, saya berusaha untuk bergerak aktif selepas keluar dari kampus. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang. Tetapi pada masa yang sama , Allah tunjukkan beberapa jenis perjuangan manusia ini yang saya tak pasti ttg mereka (bukan nak berburuk sangka).
Tetapi ada beberapa perbuatan yang Allah tunjukkan pada saya.Inilah realiti perjuangan. Bukan semua niat sama, walaupun dari segi luaran, manusia nampak matlamat yang suci iaitu ISLAM.

Bila beberapa siri kejadian berlaku di depan mata sendiri. Kadang-kadang saya sendiri rasa keliru. Tapi alhamdulillah masih ada lagi pihak yang datang kepada saya dan berusaha menerangkan sesuatu dan memberi kefahaman dan menjelaskan perkara sebenar.

Inilah realiti perjuangan. Tidak seindah digambar dan dikata. Manusia tetap manusia. Jika iman kuat di dada, niat itu insyaAllah akan suci dan ikhlas, tetapi jika datang bisikan syaitan, semuanya menjadi lain.

Satu nasihat yang sangat terkesan bagi saya oleh seorang yang dihormati " As, awal-awal lagi dah didedahkan dengan pelbagai masalah dalaman, walau apapun yg berlaku, jgn terlaku fokus dgn masalah, kerana kita yang akan parah. Tetapi teruslah dengan niat kita dan gerak kerja untuk ISLAM. InsyaAllah, akan dibantu"

Walau apapun, jangan fokus dgn masalah. Ya teruskan ikhlas dalam berjuang.

Niat kerana manusia, akan merana.
Niat kerana harta , akan sempit.
Niat kerana Allah, insyaAllah DIA ada sentiasa.

Buat shbt2 yang spt saya juga, baru berjinak-jinak dgn dunia luar, carilah mereka yang lebih kita rasa arif dan kenal kerana manusia ini pelbagai.

  "Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim"



November 23, 2011

Daging mentah~


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujuraat 49:12)


Berada di alam pekerjaan ini tidak mungkin boleh lari daripada mendengar dan terdengar umpatan daripada orang lain berkenaan orang lain. Apa yang kita boleh buat?. Duduk mendengar dan sama-sama berbincang atau melarikan diri sejauhnya atau mendengar juga tetapi mendiamkan diri atau secara terus menegur mereka.Bagaimana?

~sekadar peringatan utk diri~

May 20, 2011

life is what u give


Assalammualaikum..lama blog ni xterupdate...

life is what u give..satu kata-kata yg byk kali didengari tetapi jarang dihayati..
beberapa hari lepas sewaktu dlm perjalanan pulang ke kampung, satu ayat sentiasa bermain-main dlm minda, setiap yg bernyawa pasti akan mati..pertama kali pergi menziarahi jenazah saudara sendiri..melihat dikapankan dan dikebumikan dan ditalkinkan...satu peringatan utk yg masih hidup..semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman..alfatihah.

Sambung satu kisah yang saya dengar sewaktu dlm kereta iaitu kisah motivasi dari Ustaz Jamnul Azhar di ikim. kisah berkenaan dirinya sendiri.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kisah 1

Sblm saya(ustaz) pulang sewaktu di Al azhar, saya ada minta seorang pensyarah utk bagi sedikit kata-kata motivasi pada saya. Kemudian pensyarah ini keluarkan sehelai duit kertas Mesir yg terdapat gambar Hosni Mubarak dan kemudian gambar tersebut diconteng mukanya dan diturunkan tanda tangannya diatas duit tersebut. pensyarah ni minta saya utk gunakan duit ni. kalaau ikut logik dan kebiasaan, jarang ada penjual nk beli duit yg telah diconteng ini. Tetapi saya tetap ambilnya.tambahan dari pensyarah tersebut, awak gunakannya dan kalau awak dapat ia semula, telefon saya. saya gunakan juga duit tersebut dengan membeli makanan tetapi duit tersebut saya tindihkan bawah duit kertas yang lain.

Ya, ternyata penjual itu ambil duit tersebut tanpa melihat satu persatu. Kemudian setelah lebih kurang dua bulan, saya menaiki teksi, dan pemandu teksi ada memberi saya duit baki dan saya terus ambil duit tersebut. Apabila saya lihat duit tersebut, Subhanallah, duit asal yg telah diconteng oleh pensyarah itu dapat kepada saya semula. Saya terus menelefon pesyarah tersebut dan dia berkata 'Life is what u give'. memang benar jika buruk yg kita beri maka dapat buruklah juga hasilnya.

kisah 2

sewaktu saya(ustaz jamnul) bekerja di sebuah hospital, menguruskan seorang kanak kecil yang tidak bole bercakap. Apabila saya jalankan endoskopi, ada guli di tekaknya. saya terus menelefon pakar yng pernah menjalankan pemeriksaan pada kanak2 ini utk melihatnya semula. tetapi pakar tersebut tidak datang tetapi hanya menghantar MO biasa sahaja dan agak lambat juga kehadirannya. Akibatnya kanak-kanak tersebut meninggal dunia. Keluarga kanak-kanak tersebut sedih dan ingin menyaman pakar tersebut, akhirnya setelah dipujuk dan berbincang mereka tidak meneruskn hasrat tersebut.

setelah enam bulan berlalu, kes yang sama melibatkan pakar tersebut, seorang kanak2 kecil tercekik duit syiling.saya menelefon pakar tesebut utk hadir. kali ini pakar trsebut hadir tetapi lambat dan akibatnya, kanak2 itu meninggal dunia juga. tetapi kali ini pakar tersebut yg sedih. kanak2 itu adalah anaknya!.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Begitulah kisah kehidupan utk diambil pengajaran, what u give, u get back. Hidup adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya. Pernah ke anda alami. Saya pernah dan banyak kali cuma kadangkala kita xselami perkara yang terjadi itu.

Jika putih yang kita beri,insyaAllah akan terima juga putih.
Jika dapat juga hitam , itu tandanya Allah masih lagi mahu menguji hambaNYA.

Semoga saya juga diberi kekuatan untuk teruskan hidup dan beramal dengan suruhanNYA.
Ada beberapa perkara dalam hidup ini kadangkala kita kurang jelas dengannya tetapi yakin lah Allah itu mengatur hidup hambaNYA dengan sebaik-baiknya. Bermuhasabah untuk diri sendiri biarpun saya manusia biasa yang juga sentiasa tertanya-tanya dan berharap ada penjelasan.

Allah Ya Baari..wallahu'alam~

March 14, 2011

Positive!!




assalammualaikum...

Bila rasa sibuk dan risau dengan pelbagai perkara termasuk tesis, mesti nak menulis sesuatu dalam blog. Sunnatullah dan syariatullah mesti seiring!!

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (albaqarah:45)

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar (albaqarah:153)

Lirik untuk diri sendiri.

Insya Allah

Album :
Munsyid : Maher Zain
http://liriknasyid.com


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

February 26, 2011

Muhasabah 1


Wafa’ memandang sepi pemandangan musim luruh dari beranda rumah sewanya. Dedaunan kering menari ditiup angin petang. Pagi tadi hujan sedikit lebat. Suhu petang itu kira-kira 13 darjah Celcius. Sejuk mencengkam tulang belulang gadis Melayu itu. Sesekali dia benar-benar teringatkan keluarga yang ditinggalkan di tanah air. Rindu bukan kepalang lagi. Dia juga teringatkan duit belanja biasiswanya yang disekat tanpa sebarang alasan. Ahh….politik betul pihak atasan! Namun, bukan semua itu yang membuat dia resah dan gelisah.

Khaulah….sahibah yang amat disayangi dan dihargainya. Setahun ketika mereka bersama-sama belajar di Program Asasi Sains Universiti Malaya dulu cukup besar ertinya dalam lipatan kenangan Wafa’. Masa berlalu begitu cepat. Serangan jahiliyyah begitu licik. Setahun setengah di bumi Queen Elizabeth ini sudah banyak mengubah diri mereka. Gumpalan perasaan kesal mula menyerang kalbu kecilnya. Bekalan iman yang dibajai di UM dulu sudah mula kehabisan tenaga.

Sebelum melangkah ke sini dahulu…..

Terasa diri sudah pun bersiap sedia dengan senjata dan kelengkapan perang fikrah. Namun hakikatnya…persiapan tersebut belum pun cukup matang untuk menumpaskan musuh iman. Mereka sudah mula berlari di track yang sama dengan manusia lain yang hidup tanpa sentuhan tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah. Arus jahiliiyyah direnangi dengan hati yang senang dan tenang.

“ Ya Allah…aku rindu aku yang dahulu,” begitulah munajat hati kerdil Wafa’. Saat dia terkenangkan posisinya di sisi Allah dan Islam, hati bertambah lesu. Hidup tanpa murabbi di sini amat mendukacitakan. Setiap kesilapan dan kelalaian berlalu tanpa teguran. Simpulan ikatan hati semakin longgar. Kalau dahulu kerana Allah, kini kerana first class honor. Hati terasa beku dan kaku. Berkali-kali dibacanya Surah Al-Waqi`ah, namun setitik air mata khauf pun tidak menitik. Dipegangnya buku Men Around The Messenger dengan harapan terdidik dengan perjuangan jihad awwaluun, namun semua itu gagal membuahkan hasil. Duit belanja makan hariannya di infaq, dalam hati berdoa agar Allah mencurahkan cahaya kasihNya kembali. Malang….Wafa’ gagal lagi.

Dikerah nafsunya berpuasa Isnin Khamis, sayang sekali.. .natijahnya umpama mendapat penat dan lelah tanpa merasai kenikmatan berubudiyyah kepada Allah. Berkali-kali dia termenung di atas katil empuknya untuk bermuhasabah, namun segalanya berakhir dengan dengkuran panjang. Ya Rabbi….apakah ada dosa yang tidak sudi Kau ampunkan? Menjelang malam sepi dia bangun untuk mencuri perhatian pemilik ruhaninya, tetapi baru dua rakaat solahnya dia sudah rebah tidak bermaya. Ya Ilaahi….mengapa ni?

“ Jalan ini memerlukan bekalan dan persiapan yang besar dan banyak. Tanpa bekalan dan persiapan yang rapi, para da’i bakal tersungkur menyembah bumi. Kerana itu, para da’I perlulah hidup dalam dunianya sendiri tanpa terpengaruh dengan perubahan palsu yang menari disekelilingnya.”

Mata Wafa’ terpaku seketika pada catatan yang pernah dicatat di dalam buku halaqahnya . Dia terigaukan halaqah yang dihadirinya setiap minggu di tanah air dulu. Benarlah huraian mas’ulahnya, kira-kira 3 tahun yang lalu. Dia kekurangan bekalan dan persiapan. Muayyid-muayyid yang di cekup nya dulu dibiarkan tanpa dihubungi. Dia benar-benar kelesuan!! Dia meneruskan pembacaannya. Tulisan-tulisan itu walaupun hodoh kerana bersambung-sambung tanpa khat yang betul, tetapi ia begitu berharga.

Namun…..yang menyentuh hati sang manusia ialah Allah. Bukan fikrah yang tercatit di lembaran buku catatan, ataupun amal-amal soleh yang diperjuangkan. Walau solah 20 rakaat sekalipun, seandainya Allah tidak mengangkat hijab di hati, semuanya tidak berhasil. Sesungguhnya kalbu manusia di celah jari-jemari Allah. Allah berkuasa memalingkannya ke arah yang dikehendakiNya. Ruhnya longlai mengenangkan semua itu. Oh Allah...datanglah padaku…air matanya tumpah mengenangi kelesuan yang melanda diri. Wafa’ menyambung telekunya di beranda itu. Tangan ditadah ke langit biru. Matanya merenung jauh merentasi pameran alam Ilahi seindah saujana mata memandang.

“ Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kedua biji mata yang mudah mengalirkan air mata, dapat menyembuhkan hati dengan linangan air mataku itu kerana takutkanMu. Perkenankanlah permohonanku sebelum mengalir dari kedua mata ini air mata darah, Ya Allah, kepadaMu lah aku kembali…”

Dia melepaskan nafas panjang. Alangkah indahnya sekiranya derita itu terhembus keluar bersama deruan nafasnya. Argh…beriman tidak semudah itu!! Dia mendesak diri untuk keluar dari lubuk kelesuan ini, namun bagaimana? Segala amalnya seperti ditolak Allah. Alangkah tidak berharganya sebuah kehidupan begini…

Buat Ukhti Wafa’ da’iyah pemegang masa depan ummah,

“ Hai anak Adam, carilah Aku nescaya engkau akan bertemu denganKu. Jika engkau dapat menemuiKu ertinya engkau telah mendapat segala-galanya. Tapi jikalau Aku luput darimu ertinya engkau telah luput dan kehilangan segala-galanya. Sewajarnyalah engkau mengasihiKu dari segala-gala yang lain.” ( Hadis Qudsi)

Anak mata Wafa’ berlari-lari membaca bait-bait hadis itu. Dia memejam matanya erat. Kad berwarna biru itu dihadiahi oleh akh Abdullah Mas`ud pada hari dia berlepas ke London International Airport. Wahai Abdullah Mas`ud, seandainya anta tahu ana di marhalah ini, pasti anta tidak sudi lagi untuk memperisterikan diriku. Pasti akhi sedang bersilat dengan dunia akhi selaku da’I dan murabbi di tanah air sana. Sedang ana di sini berperang dengan nafsu pun sudah tertewas. Tunangku, tidaklah semudah yang disangka untuk mencorak diri selari dengan fikrah Islam yang semestinya kita fahami. Di sini ana hidup tanpa murabbi mithali, tanpa biah solehah juga manhaj Rabbani yang ana sendiri masih jahil tentangnya.

“ Khaulah, malam ni kita buat halaqah boleh? Hati ana dah tak tahan dah ni, iman ana dah nyawa-nyawa ikan. Dah berapa bulan kita tak bersama,” Kata Wafa’ pada Khaulah ketika mereka sedang dalam perjalanan ke Manchester University of Science And Technology.

“ Malam ni actually ana ada perjumpaan Exco PPIMUK.”

“ Kalau minta uzur syar’ie tak boleh ke?”

“ Mana boleh, ana Exco Tertinggi. Kalau tak datang, jatuh reputasi. Lagipun kami ada projek besar nanti menjelang Aidil Fitri hujung tahun ni. Sorilah Wafa’, kita tangguh boleh?”

“ Ukhti…ana cakap sikit boleh?”

“ Cakap apa? Ana kalut ni,” Jawab Khaulah diiringi senyuman kering.

“ Takpelah kalau macam tu. Kita cakap kemudian. Cuma….Cuma ana nak sampaikan pada anti yang actually ana nampak anti dah jauh dari track kita. Errr…that’s all. We meet tonight, InsyaAllah.”

Wafa’ menyudahi bicaranya di situ. Gadis Kuala Kedah itu dapat merasakan yang dia sudah tidak ikhlas lagi terhadap Khaulah, yang semakin hari semakin berbeza. Dia tidak sanggup memandang anak mata Khaulah yang cantik itu di saat dia melepaskan kalimat itu tadi. Entah apa rasa hati Khaulah agaknya….marah? geram? Tersedar? Wallahua’lam. Wafa’ dan Khaulah berpisah di situ. Khaulah melepasi pagar universiti manakala Wafa’perlu menaiki bas untuk ke fakultinya. Hati Wafa’ kembali pudar . Terkesima juga dia dengan jawapan Khaulah yang sudah dijangkanya. Wafa’ beristighfar…..lupa pula…..da’I perlu berbesar hati dan berlapang dada berhadapan dengan seribu satu situasi yang menyukarkan proses berlaku. Dia sahibahku….bukan orang lain!!

. “ Kesibukan yang tidak ke mana-mana…” Wafa’ mendengus sendirian. Beginilah masa-masa Mukmin dihabiskan. Mukmin terlalu sibuk dengan agenda kehidupan yang belum pasti. Mesyuarat siang malam, namun maksiat terus berleluasa, malah semakin dahsyat. Mukmin telah terlupa beramal tanpa noktah bidayah yang betul akhirnya membuahkan bibit-bibit kefuturan yang busuk. Semangat semata-mata akhirnya tidak ke mana-mana.

“ Nak survive macam mana kalau tak ada halaqah? Along cakap senang la. Along kat sana ramai sahabat-sahabat yang soleh. Tersilap ada yang menegur. Tengok kereta sahabat pun dah cukup untuk membina kesungguhan. Wafa’ kat sini dah lah hidup disekeliling manusia laknatullah. Mana mungkin seorang manusia yang tidak terdidik dapat mendidik manusia lain?”

“ Habis tu, Wafa’ nak cakap Wafa’ sanggup tunduk pada jahiliyyah dan kekufuran?!” Mus’ab membidas butir bicara adiknya.Tajam. Mus`ab tersentak mendengar idea-idea Wafa’ yang tidak matang. Tak bersedia, tak mampu, tak layak, hati kotor lah, jauh dari Allah lah…tidak ada kekuatanlah…dan seribu lagi alasan yang bermacam wajah dan rupa. Baginya, manusia yang hidup diselaputi udara jahiliyyah punya peluang yang begitu besar untuk lebih mendekati Allah. Dan yang paling penting, melaungkan seruan dakwah ilallah adalah perkara asas yang wajib dimulai.

“ Bukanlah macam tu Along.”

“ Selagi mana kita tidak bertindak untuk meruntuhkan jahiliyyah, selagi itulah kita dikatakan redha kepada system yang menghina Islam. Wafa’ ingat dakwah tu pergi bagi ceramah macam pendakwah bebas tu ke? Sekadar bagi ceramah tidaklah namanya mendukung Risalah, tetapi kerja kita sekarang ialah membentuk peribadi yang selari dengan kehendak Allah. Wafa’ tak perlukan modal, you do not need transport, or money, or anything else. Cukuplah kalau mereka punya hati dan hidup mencari sesuatu yang lebih bermakna.”

“ Hati Wafa’ pun lesu, nak sentuh hati orang macam mana…”

“ Inilah masalahnya. Dah tau hati tu tak ada tenaga, do something Kak Long.”

“ Wafa’ dah buat macam-macam!! Along tak faham ke? Wafa’ sampai tahap tension sebab tak tau bagaimana nak rawat hati ini lagi. Argh…..kadang-kadang Wafa’ lebih gembira mati dan tidak pernah ada di dunia ini. Tak perlulah Wafa’ berhadapan dengan Hari Pembalasan Allah yang sangat menakutkan.”

Mus`ab diam seketika. Dia cuba menyelami hati adiknya. Rasa lemah? Rasa tak berdaya? Donno to do anything? Aku juga pernah melalui stage itu. Stage yang dahsyat! Dia tidak ingin kembali ke marhalah itu. Ya….para du`at juga punya keletihan masing-masing. Kesilapan demi kesilapan yang diulang tanpa perubahan lah yang mencampakkan para da’I ke lembah duka dan gelisah. Adakalanya da’I terfikir aku tidak selayaknya lagi bersama dengan kafilah ini. No!! Never and forever to think such the way!! Mana mungkin manusia yang normal terfikir untuk melepaskan segenggam emas dan permata ditangannya kerena kecewa dan duka. Bodoh…mungkin itulah panggilan yang paling sesuai buat mereka yang terfikir sedemikian rupa. Walau bagaiman jelek pun pakaian, walau bagaimana raa tak layak pun untuk untuk memakai permata di tubuh, tak mungkin permata itu dibuang. Kan?

“ Keluarlah dari kepompong, lihat dunia disekeliling Wafa’ dengan hati. Dunia menderita kerana mereka kehilangan hati mereka sendiri. Sedang kita tertipu untuk melengkapkan diri semata-mata tanpa menyeru orang lain kepada Islam. Kita bukan nak jadi ahli sufi semata-mata, tapi kita perlu menjadi da’I dan murabbi. Sesungguhnya dakwah lah yang mendekatkan diri kita dengan Allah, dakwah lah yang memberi kita ruang untuk sentiasa memperbaiki diri, Manusia yang hanya tahu untuk memperbaiki diri tanpa memulakan dakwah adalah manusia yang hidup untuk dirinya sendiri. Lihatlah masyarakat yang menderita di sekeliling Wafa’, normal kah Wafa’ kalau tidak rasa kasihan dan mahu membantu mereka? Bukankah Islam itu kekuatan dan kemenangan?”

Wafa’ diam membisu. Ada benarnya tamparan kata-kata Alongnya. Dia sudah melupakan penderitaan ummah. Hatinya tidak terdengar tangisan sang ibu kehilangan anaknya...dirogol, dibunuh, dilarikan, ditipu, dan diperkosa iman mereka. Dia lupa pada jerih payah sang ayah mencari nafkah siang dan malam sehingga melupakan anak-anak. Anak-anak dibiar subur bersama jahiliyyah. Lalu anak-anak menjadi manusia yang lupa diri, gelap cita-cita, dan paling menyayat hati; anak-anak muda kehilangan kekuatan untuk menempuh perjalanan kehidupan. Dia lupa pada derita masyarakat dihimpit ideologi-ideologi manusia. Jiwa insan ditikam ketidakselesaan, keresahan, kehasadan dan kefasikan. Manusia menjadi hamba manusia. Siang malam ditempuhi dengan penuh kesengsaraan jiwa. Lupakah dia pada derita yang tidak pernah terbayang begitu dahsyatnya? Kemiskinan bukanlah sengsara yang hakiki, tetapi kemiskinan jiwa merupakan segala-galanya. Oh Allah, bala apakah yang menimpa umat ini?

“ Baiklah Wafa, Wafa’ fikirlah dengan iman. Kita sudah tidak ada masa untuk duduk lagi. Ingatlah wahai da’I ilallah, jauhkanlah diri Wafa’ dari segala yang bernama al-hawa’.” Perbualan tarbawi mereka terhenti di situ diakhiri dengan ucapan salam. Wafa mendapat sedikit kekuatan untuk segera bangkit kembali. Kita dah tak ada masa….detik hatinya.

February 22, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Saat ini dan tika ini hanya ucapan ini sahaja yg mahu dilafazakan.
Syukur kepadaNYA atas pelbagai nikmat dan kemenangan yg diberikan.
Biarpun sedikit terkilan kerana tidak mencapai matlamat yang disasarkan, tetapi ada hikmah yang DIA mahu beri pada hamba-hambaNYA di sini.

Usaha dan tarbiyah salah satu kayu ukur untuk di muhasabahkan selepas ini. Adakah kemenangan atau kekalahan berpunca daripada dua faktor ini?. Sama-sama buka minda untuk fikir dan renungkan.

Akhir kalam, Allah adalah sebaik-baik perancang, sehebat mana pun manusia itu merancang DIA jua yg menentukanNYA, syariatullah itu juga perlu seiring dengan sunnatullah.

Wallahu'alam~

February 21, 2011

pemimpin : pesimis dan optimis


ADAM DAN ARGOT: SIAPA EMPUNYA TAKHTA?

“Adam patut menjadi Raja. Dia berfikiran positif dan sentiasa optimis” kedengaran cakap-cakap di kedai kopi.

“Argot patut menjadi Raja. Dia berfikiran negatif dan sentiasa pesimis, macam kita!” soksek soksek di pasar pula berbicara.

Sebelum Raja mangkat, beliau menitahkan agar Majlis Mesyuarat membuat keputusan penentu. Tatkala baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah sepurnama gering di pembaringan, Majlis Mesyuarat memutuskan bahawa Adam dan Argot hendaklah bergerak mengelilingi negara, dan berdebat tentang selok belok kehidupan rakyat. Salah seorang yang memenangi perdebatan itu, akan terpilih menjadi Raja.

KEMBARA PENENTU

Sampailah Adam dan Argot serta rombongan diraja ke sebuah desa yang ramai petani. Mereka melintasi sekumpulan petani yang miskin kebuluran.

“Lihat itu, mereka tidak punya makanan. Mereka kebuluran. Sesungguhnya dunia ini adalah sebuah kediaman yang teruk. Penuh derita!” kata Argot.

“Tidak. Kurangnya makan meningkatkan kerohanian. Mereka mungkin tiada makanan, tetapi mereka sedang belajar sebuah teladan yang amat berguna. Sesungguhnya sabar itu lebih berharga daripada makanan!” balas Adam.

Mereka kemudiannya melintasi pula sebuah pekan kecil. Kelihatan seorang lelaki buta di tepi jalan.

“Dunia ini adalah sebuah kediaman yang teruk. Penuh derita. Bagaimana Tuhan membiarkan ada manusia yang buta seperti itu!” keluh Argot.

“Sekali lagi, kamu silap. Walaupun lelaki itu tidak dapat melihat, tetapi deria-derianya yang lain menjadi kuat. Malah dia tahu sama ada seseorang itu bercakap benar atau berdusta hanya dengan mendengar nada suaranya. Menjadi buta itu adalah yang terbaik untuknya!” Adam membalas lagi.

Rombongan diraja bersama dua calon Raja meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke sebuah perkampungan. Mereka ternampak seorang lelaki sakit dan sedang nazak menunggu mati.

“Dunia ini adalah sebuah kediaman yang teruk. Penuh derita. Lihatlah lelaki itu sakit dan hampir mati tanpa seorang pun yang mempedulikannya. Ini sudah cukup menjadi bukti!” tegas Argot, penuh kesal.

“Bukankah kita semua akan mati? Mati itu bukanlah sesuatu yang tidak baik. Lelaki itu tidak lama lagi akan berada di sisi Tuhan. Bukankah itu lebih baik untuknya?” ulas Adam, dengan yakin.


KEPUTUSAN

“Sudah! Cukup! Kami sudah melihat dan mendengar secukupnya. Sudah jelas bagi kami siapakah yang sepatutnya menjadi Raja memimpin negara” bentak seorang anggota Majlis Mesyuarat.

“Sangat jelas Adam adalah yang sepatutnya dipilih menjadi Raja. Beliau mengajar kita bahawa sabar itu lebih besar ‘fadhilat’nya berbanding makanan. Beliau menyedarkan kita betapa si buta itu lebih kuat pelbagai derianya berbanding kita yang celik. Malah Adam juga sudah membuktikan betapa kematian itu adalah lebih baik dan merehatkan untuk lelaki sakit itu tadi. Adam tidak pernah mengeluh dan sentiasa optimis. Apakah yang mampu Argot katakan lagi di saat ini?” anggota Majlis Mesyuarat itu mengurut-ngurut jambangnya sambil tegas membuat kesimpulan.

“Izinkan saya, jika kalian boleh benarkan, saya ingin membuat sedikit pembelajaan!” pintas Argot.

Anggota Majlis Mesyuarat dan kekandanya Adam mengangguk.

“Bukankah matlamat utama seorang pemerintah adalah untuk menolong dan menjaga kebajikan rakyatnya?” Argot meyoal.

“Sudah tentu!” jawab mereka.

“Bagaimanakah seorang pemerintah boleh menolong rakyatnya, jika dia sendiri tidak dapat melihat apa masalah rakyatnya?” soal Argot lagi.

“Saya tiada masalah untuk melihat masalah rakyat, jika mereka ada masalah. Jika ada!” pintas Adam.

“Kamu percaya bahawa lelaki buta itu tadi lebih baik buta?” soal Argot.

“Sudah tentu!” jawab Adam dan anggota Majlis Mesyuarat semua.

“Kalau begitu, pejamkan mata kamu semua. Pejam ya. Dan sekarang, adakah kamu masih percaya bahawa sabar lebih baik daripada makanan?” soal Argot lagi.

“Sudah tentu!” balas Adam dan seluruh rombongan.

“Baiklah, kalau begitu, jangan buka mata sehingga saya benarkan kamu” arah Argot.

Senyap-senyap, Argot mengeluarkan pedangnya dan menikam mati kekandanya Adam. Beliau membersihkan pedang tersebut dan menyimpannya semula.

“Baiklah, sekarang buka mata kamu!” perintah Argot.

“Oh Tuhan!!! Adam telah mati. Engkau telah membunuh kekandamu sendiri!” jerit anggota Majlis Mesyuarat.

“Kalau begitu, tentu lebih mudah untuk kamu semua membuat keputusan. Calon hanya tinggal seorang!” balas Argot.

“Tetapi kami mahu memilih Adam. Bukan kamu!” tegas anggota Majlis Mesyuarat.

“Bukankah aku yang memenangi perdebatan tadi?” Argot memberikan penjelasan.


“Menjadi ‘buta’ telah menghalang kamu daripada menahan aku membunuh kekandaku Adam. Menjadi ‘buta’ tidaklah sebagus yang kalian katakan. Menjadi ‘sabar’ juga telah menyebabkan kamu terus menutup mata daripada melihat apa yang sedang aku lakukan. Justeru menjadi ‘sabar’ tidaklah sebagus yang kalian katakan. Dan jika ‘mati’ itu lebih baik untuk lelaki sakit di tepi jalan itu tadi, maka adillah apa yang aku telah lakukan kepada kekandaku Adam. Dia kini ‘lebih baik’ keadaannya. Adam telah mati, maka kamu mesti menabalkan aku selaku Raja di negara ini!” tegas Argot.

Anggota Majlis Mesyuarat terdiam.

Terpukul antara pengalaman mereka dengan ketepatan ulasan si anak muda.

“Kamu telah menjelaskannya dengan begitu baik. Saya percaya, Argot adalah Raja baru kita” kata jurucakap anggota Majlis Mesyuarat.

Seluruh anggota Majlis Mesyuarat bersetuju. Argot telah ditabal menjadi Raja di takhta. Dia memerintah selama beberapa tahun. Biar pun Raja Argot tidak pernah gembira selama menjadi Raja, namun negara dan rakyat makmur bahagia.