Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

January 11, 2014

MUSLIM PARENT'S GUIDE TO THE EARLY YEARS







MUSLIM PARENT'S GUIDE TO THE EARLY YEARS

Kenapa orang suka dengan buku ni? Mesti ada sebab buku ni setiap bulan perlu di restok oleh pembekal. 

- Ia Simple, Ringkas, Santai, Straight to the point, 
- Setiap bab ada di buat ringkasan..
- Di tulis oleh orang yang berpengalaman langsung dalam bidang ini.
- Di sertakan contoh contoh aktiviti yang berjadual untuk ibu bapa
- Penyampaiannya dibantu oleh mind map, dan tulisan yang besar 
- Kelebihan penulis yang memasukkan unsur pendidikan Islam dalam aktiviti seharian secara bersistem sangat sangat di puji.. 

Harga : RM 40

Berminat bole email : nurjihad@gmail.com/ sms/wassap di 0145007528 atau inbox di KAFE BUKU.

Terima kasih.

December 25, 2013

Reclaim your heart-Yasmin Mogahed (promosi jualan)


Assalammualaikum

Let's begin the blessed day with an inspired quote from Yasmin Mogahed, writer the book of Reclaim Your Heart.

“As much as you can, keep dunya (worldly life) in your hand--not in your heart. That means when someone insults you, keep it out of your heart so it doesn't make you bitter or defensive. When someone praises you, also keep it out of your heart, so it doesn't make you arrogant and self-deluded. When you face hardship and stress, don't absorb it in your heart, so you don't become hopeless and overwhelmed. Instead keep it in your hands and realize that everything passes. When you're given a gift by God, don't hold it in your heart. Hold it in your hand so that you don't begin to love the gift more than the giver. And so that when it is taken away you can truly respond with 'inna lillahi wa inna ilayhi rajioon': 'indeed we belong to God, and to God we return'.”
― Yasmin Mogahed


Yasmin Mogahed sangat memberi inspirasi melalui kata-katanya yang menyentuh hati.

Bagi peminat-peminat beliau, saya sedang mengadakan promosi jualan untuk buku ini sehingga 31 Disember 2013 sahaja. Bagi yang berminat untuk mendapatkannya , boleh ke sms/ wassap 0145007528 atau klik link ini : Kafe Buku / pm di Inbox.


Moga ada manfaat. :)

December 15, 2013

Buku-buku parenting..

Assalammualaikum, berikut adalah buku-buku parenting daripada luar negara. Saya yakin setiap buku mempunyai manfaat yang sangat besar kepada semua ibu bapa atau bakal ibu dan bapa.

Antaranya :-
1. Now you are A mother - sesuai utk persediaan mempunyai anak. Persediaan daripada sebelum lahir hingga anak berumur empat tahun.
2. The Muslim's parent guide to the early years (0-5 thn) - buku ringkas , ada tip-tip beraktiviti dengan anak-anak, contoh aktiviti dan jadual harian utk panduan anak-anak.
3. Prophetic parenting- panduan mendidik anak-anak gaya nabi. Sangat menarik dan best seller. Setiap tip da ncara yg dikemukakan ada sirah dan dalil dari Nabi SAW dan sahabat-sahabat.
4. Segenggam Iman anak kita 
5. Saat berharga anak-anak kita.

Saya ada promosi utk kesemua buku-buku parenting sehingga 31 Disember 2013 ini sahaja.

Set 1- RM100 exc postage
Set 2- RM170 exc postage

Set 3- RM119 exc postage

set 4 : RM95 exc postage.


Berminat untuk membeli bagi diri sendiri atau hadiah kawan-kawan, bole email saya nurjihad@gmail.com atau like fb Kafe Buku atau PM saya di Inbox Kafe Buku .

Anak-anak berkualiti lahir daripada ibubapa berkualiti..:)

Terima kasih.


September 19, 2013

Baca dan terus membaca...



Mari membaca dan terus membaca. Ilmu tidak pernah habis utk dituntut. 
Buku ini saya dah lama beli tetapi baru nak selesaikan baca. Highly recommended utk bakal suami dan isteri. Setiap perkara berdasarkan hadis Nabi SAW. Saya baca utk rujukan apa perkara dari Nabi SAW, sebelum, semasa dan selepas nikah.Tetapi banyak lagi buku tgh beratur utk dibaca. Selepas kahwin pun ada masa utk ulangkaji. Recommend utk bacalah awal-awal. 


Buku ini telah hampir 2 tahun saya dah beli, tetapi tidak pernah habis baca. Sebabnya?...Pertama sebab Bahasa Inggeris dan ambil masa utk faham betul-betul. Kedua sebab buku motivasi. Highly recommended jugak utk semua orang memahami psikologi lelaki dan perempuan. Not even husband and wife but also friends and family. Selepas baca setiap bab, saya akan tgk bagaimana mak dan ayah saya  :)..Satu perkara saya lihat, kunci utama dalam perhubungan lelaki dan wanita apa diketengahkan dalam buku ini adalah KERJASAMA dan MEMAHAMI. Bersedialah ya!!

Baca dan terus membaca. 
Ilmu Allah tidak akan habis.



p/s : mood menulis w/pun banyak keje.

September 17, 2013

Marriage......



Keep in mind..marriage is 'Ibadah.

Not fantasy but reality is full of responsible..


Hope Allah ease and guide everything before and after our marriage.


July 1, 2013

Ramadhan: A journey to ar-rayyan


Dr Ibrahim Nuh in his slot in UIA,remind us that do these 3 things in Ramadhan:-

1. Recite Alquran every day. 
2. Do Charity
3. I'tikaaf

"All doors of jannah will be opened and door of hell will be closed. evil will be locked. " Hadith from Prophet SAW.

" if you pray in the night of Ramadhan folowing Imam until the end, you will be get deed of qiyamullail over a night" Hadit from prophet SAW

Allah already give many ways to us toward taqwaa.

What else that we want?

Allahumma balighni fi ramadhan..

February 27, 2013

Marriage

 
Assalammualaikum,
 
"Marriage is very hard"- kata-kata pesanan yg saya sering baca di blog2 berkenaan perkahwinan. Betapa takut dan risaunya nak memasuki alam ini tanpa ada persediaan. Persiapan majlis utk abang saya ni mengambil masa yg agak lama jugak utk persediaan segalanya kerana semuanya disediakan sendiri dari sekecil-kecil perkara hingga sebesarnya iaitu pelamin. Ketika melakukan persediaan ini seringkali saya terfikir, manusia ini sgt bersungguh-sungguh utk memastikan majlis perkahwinan itu meriah dan berjalan lancar tp hanya utk majlis sehari. Bagaimana pula kehidupan berumah tangga selepas itu?....
 
Kata Burhan Sodiq dalam buku - Kerana Allah Aku Menikahi mu : "rumah tangga Islam tidak berdiri sekadar kemusliman seluruh anggotanya keluarganya. bukan juga kerana seringnya terdengar lantunan ayat-ayat Al-quran dr rumah itu dan juga bukan sekadar anak-anaknya disekolahkan di sekolah agama. Tetapi rumah tangga Islam adalah rumah yg ditegakkan di dalamnya adab-adab Islam, baik individu atau seluruh anggota keluarga. Rumah tangga yg didirikan atas landasan ibadah. Bertemu dan berkumpul kerana Allah dan saling menasihati dalam kebenaran. Rumah tangga sakinah, mawaddah wa rahmah."
 
 
Semoga selamat membina rumah dan tangga yg terbaik mengikut acuan Islam utk shbt2 sy akan walimah tahun ini. Barakallahulakuma.
 
 
 
 DIY bunga tisu peach
 
DIY pelamin oren putih


DIY hantaran oren

July 14, 2012

Kasut kayu~~




Assalammualaikum, sgt lama tak menjenguk ke blog ini. Penulisan menjadi semakin tumpul. Hari ini, alhamdulillah diberi kesempatan. Tetapi bukanlah menulis hanya paste dr blog seorang ustaz. Kisah Imam Abu Hanifah. Manusia sering diuji dgn pujian dan penghargaan dr org sekeliling, ttp kurang sedar pujian itu memakan diri. Ramadhan yg semakin hampir ini juga mari berusaha bersihkah diri dan hati. Allahurabbi.


Kisah al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu. 

Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tiba ternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu. Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan :

" Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti "

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya :
"Wahai Tuan, siapakah nama tuan?"

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : 
"Namaku Nu'man "

"Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?"budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : 

"Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya"

Budak itu lalu menjawab :
"Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga"



Menangis al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.
Allahu Allah..Moga saya juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A'dzam ini...




~Allahumma balighna fi ramadhan~

February 21, 2012

Wanita~

Ilmu itu kadangkala datang dalam pelbagai cara.

Pergi usrah atau majlis ilmu.

borak-borak dengan kawan-kawan.

dan macam-macam lagi.
Semalam datang satu mesej dari seorang kawan tanya sesuatu. Kadangkala kita tahu sesuatu perkara tetapi tidak memahami dengan baik. Apabila datang yg bertanya, barulah mula tercari yang lebih tepat.

'Salam, berdasarkan yg ko faham, boleh ke orang yang haid mengajar budak2 baca quran ttp tak pegang quran tu'.

Jawapan sudah di beri dan daripada seorang ustazah yang saya tanya juga sudah diberi.

Tetapi disini saya 'tampal' satu jawapan yang rasa lebih mudah difahami. Kalau dicari kt internet, semua jawapan lebih kurang sama, tetapi penjelasan ini lebih jelas.

Baca dengan hati terbuka.



*****************************************************************************

Soalan; Ustaz, Saya ada kemusykilan tentang haid wanita. Apa yang saya tahu perempuan dalam haid dilarang melakukan puasa dan sembahyang, mengaji Alquran. tetapi tiada larangan untuk berzikir dan berdoa. Soalan saya, boleh tak ustaz tolong berikan hujah iaitu dalil al-Quran/Hadis tentang haid yang menjelaskan perkara diatas. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Telah ijmak (sepakat) para ulamak bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan mengerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadhan). Puasa Ramadhan wajib diqadha, adapun solat tidak perlu diqadha. Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (HR Imam al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.).

2. Adapun hukum membaca al-Quran, terdapat khilaf di kalangan ulamak seperti berikut;

A) Menurut Jumhur ulamak (yakni pandangan teramai ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat); Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda;”Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Berdalilkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan lidah. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

B) Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.

C) Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhannya. Di kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka ialah hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap ketika/masanya” (HR Imam Muslim) dan membaca al-Quran termasuk di dalam pengertian zikir. Adapun hadis yang dijadikan dalil oleh jumhur tadi, hadis tersebut adalah dhaif mengikut penilaian ulamak-ulamak hadis.

3. Mengenai zikir dan doa, tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang kedatangan haid dan nifas dari melakukannya. Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal”.

Dari keterangan di atas, kita dapat melihat bahawa ruang untuk wanita dalam haid dan nifas beribadah adalah luas seluas ruang doa dan zikir itu sendiri walaupun mereka tidak dibolehkan solat, puasa dan membaca al-Quran (mengikut pandangan jumhur tadi). Berikut kita senaraikan dengan terperinci ibadah-ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang berada dalam haid dan nifas;

1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran
2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran
3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
4. Berselawat kepada Nabi
5. Mendengar bacaan al-Quran
6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)
7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)
8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis
9. Bersedekah
10. Membuat kebajikan kepada orang lain

Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.
Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tamam al-Minnah, Syeikh Adil bin Yusuf al-Azzazi, jil. 1. Hlm. 144-145.
2. Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).
3. Haid Membawa Berkah, Lissa Malike dan Asmawati, hlm. 74.


********************************************************************************


Untuk orang umum seperti kita ini, boleh baca seperti ini, tetapi lebih molek tanya ustaz atau yang fakih lagi. Internet dan blog bukan sumber utama. Masalah-masalah umum seperti ini, kita tahu tetapi tidak tahu pula ada perbincangan dan khilaf daripada ulama-ulama kalau tidak mengkaji.

Membaca untuk mengkaji bukan menghukum.

wallahu'alam.

February 9, 2012

Nafsu

Pernah atau tidak sekali dalam hidup anda berfikir tentang rutin harian diri anda.
Bangun pagi, solat subuh, bersiap ke tempat kerja atau kampus, berkerja atau belajar hingga ke petang. Pulang petang mandi, makan, solat dan penat atau pun menonton drama bersiri di televisyen, kemudian tidur semula dan besoknya rutin harian yang sama.

Kadang-kadang saya tefikir betapa kosongnya hidup. Alquran hanya di baca ketika solat. Buku agama pula sekadar menghiasi rak buku kayu di bilik. Hati atau qolbun ini hanya terhibur dengan hiburan, kecantikan, matlamat keduniaan sahaja. Betapa masa yang ada hanya untuk itu. 

Di mana masa untuk menambah ilmu .

Di mana masa untuk berdakwah.

Diri ibarat membela nafsu bak kata ustaz zahazan dalam kuliah tafsir di ikim.

Kisah saidina Umar kpd anaknya, ketika itu anaknya baru pulang drpd pasar dan membawa bungkusan Umar bertanya pada anaknya, adakah setiap kali engkau mahu makan daging, engkau akan beli ia?. Jawab anaknya ' tidak, ayah'. Anaknya faham bahawa jika kita sentiasa turutkan apa yang kita mahukan kita ibarat 'membela nafsu'

Kita pula bagaimana?

Mahu makan daging, kita terus beli ja, mahu makan kfc, terus keluar dgn kawan-kawan.

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).


'Ya Allah, yang mengawal hati ini, peliharalah hati kami daripada perkara yang melalaikan. Tetapkan hati kami agar sentiasa dalam iman dan islam. Ya Allah, Maha Kuasa dan Maha Mendengar rintihan ini.'




December 23, 2011

sajak cinta-aminah qutb

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan padaku

Saya jumpa disini : sajak cinta



p/s : setiap hari ada sahaja persoalan berkenaan kahwin atau jodoh yang dibincangkan oleh rakan sepejabat. Ada juga beberapa persoalan yg diutarakan. Agak-agaknya umur-umur begini, selagi belum  berkahwin, selagi itu akn bercerita ttg perkara ini. Kadang-kadang rasa bosan, kadang-kadang rasa menarik juga kerana boleh juga berbincang utk kefahaman beberapa perkara yg dipentingkan agama dalam bab-bab ini.

boleh baca ini juga : jodohmu ada di tahajjud


December 20, 2011

Jumpa nabi?.

Bagaimana mahu jumpa nabi dalam mimpi?
Saya belum lagi berpeluang dapat nikmat ini. Jumpa Nabi yang tercinta.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda:
“Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya Syaitan tidak mampu menjelma rupaku.” (HR Muslim)
Ikuti jawapan Sheikh Muhammad Hassan (semoga ALLAH memelihara beliau) apabila ditanya soalan yang ini.
Pada suatu hari, seorang pelajar datang bertemu tuan gurunya kerana ingin bertanya suatu soalan yang sangat penting.

“Wahai tuan guru, tolonglah ajarkan kepada saya tentang caranya untuk bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi saya” Tanya pelajar itu kepada tuan gurunya.
“Engkau mahu melihat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpimu?” Tuan guru bertanya semula.
“Ya, wahai tuan guru” Jawab pelajar tersebut dengan sungguh-sungguh.
“Jika begitu. Marilah datang ke rumah saya malam ini. Kita makan malam sama-sama ya…” Jemput tuan guru kepada pelajarnya yang bertanya itu.
“Apa? Ma Sya ALLAH, ini sudah bagus, rezeki” Pelajar tersebut terkejut dan gembira dengan pelawaan tuan gurunya itu.

Lalu pada malamnya si pelajar itu datang ke rumah tuan gurunya untuk mendapatkan jawapan yang ditanya itu, iaitu bagaimana untuk berjumpa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi. Beliau sangat mengharapkan tuan gurunya yang alim dan murobbi itu dapat memberikannya jawapan.
Tuan guru menjemput pelajar itu makan makanan yang dihidangkan. Tetapi makanan yang disediakan itu sengaja dilebihkan garam dan beliau tidak pula menyediakan air untuk pelajar tersebut minum.
“Boleh saya minta air? Saya dahaga, wahai tuan guru” Pinta pelajar tersebut yang berasa haus disebabkan oleh kemasinan makanan yang disediakan.
“Oh tidak, air tidak dibenarkan” Jawab tuan guru.
“Tetapi tuan guru, saya berasa sangat dahaga.” Pelajar itu memberitahu keadaannya yang sedang mengalami kehausan.
“Tidak, air tidak dibenarkan. Makan sahajalah” Tuan guru bertegas lalu memintanya teruskan makan.
“Baiklah tuan guru.” Pelajar tersebut akur.
Setelah selesai makanan, pelajar itu pun meminta agar jawapannya dijawab oleh tuan gurunya.
“Tuan guru, mengenai soalan saya siang tadi. Boleh tuan guru ajarkan kepada saya bagaimana untuk bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi” Pelajar itu bertanya.
“Oh, tidak. Bukan sekarang. Saya tidak akan ajar kamu tentang itu sekarang.” Jelas tuan gurunya dengan lembut.
“Habis tu, bila wahai tuan guru?” Tanya pelajar itu dengan nada sedikit kecewa.
“Tidurlah sekarang. Nanti sebelum Subuh, insyaALLAH saya akan tunjukkan kepada kamu bagaimana caranya untuk bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi” Jawab tuan gurunya sambil memujuk.
Pelajar itu pun lalu tidur dengan harapan Subuh nanti beliau akan memperolehi suatu pelajaran yang sangat beliau nantikan. Beliau benar-benar ingin bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi, tetapi tidak tahu caranya.
“Wahai anakku, marilah ke sini…” Tuan guru memanggil pelajarnya setelah mereka sama-sama bangun sebelum Subuh.
“Ajarlah saya wahai tuan guru tentang bagaimana untuk bertemu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi!” Pelajar tersebut tanpa bersabar terus meminta agar diajarkan beliau dengan suatu ilmu yang besar itu.
“Nanti dulu. Sebelum itu saya ingin bertanya adakah kamu melihat apa-apa malam tadi di dalam mimpi kamu?” Tanya tuan guru dengan wajah yang manis.
“Ya, ada.” Jawab pelajar tersebut ringkas.
“Apa yang kamu lihat?” Tanya tuan guru lagi.
“Wahai tuan guru, saya telah melihat hujan yang lebat turun dari langit, sungai mengalir dan laut berombak pula berada di hadapan saya” Pelajar itu menjelaskan apa yang beliau lihat di dalam mimpinya. Ternyata beliau sangat senang sekali dengan apa yang dilihatnya.
“Benarlah wahai anakku. Engkau telah bercakap benar. Engkau telah bercakap benar. Dan engkau juga mempunyai niat yang benar. Maka sebab itulah mimpi engkau juga benar.” Tuan guru lalu memberikan respon terhadap jawapan pelajarnya itu.
“Dan jika cintamu benar terhadap Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, maka engkau akan dapat melihat Baginda di dalam mimpi sebagaimana benar dan kuatnya perasaanmu terhadap air tadi.” Tuan guru menyambung lagi.

Bukan mudah nak berjumpa Nabi apabila kita juga belum benar-benar cinta baginda dan amalkan sunnahnya.
Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad.
Bacaan lanjut disini :- bagaimana mahu berjumpa nabi.

December 16, 2011

Ikhlas~

Hari ini ingin berbicara ttg ikhlas.

Maksud ikhlas. Semua orang pasti tahu dan boleh cari di mana-mana sahaja. Tetapi anda faham ke erti ikhlas yg sebenar?.

Saya baru sahaja mlm kelmarin menonton satu drama di oasis berkenaan watak utama mencari erti keikhlasan. Akhrinya Allah uji dengan satu musibah dan setiap kejadian yg dilalui dihadapi tanpa mengharap balasan. Selepas itu, drama ini menujukkan setiap peristiwa ini dibalas dgn kebaikan atas keikhlasan watak tersebut.

Macam senang bukan?..Kalau kita ikhlas mmg akan dibalas dgn kebaikan kpd kita. Tetapi bagaimana pula ikhlas dlm berjuang.

Semenjak dua menjak ini, saya berusaha untuk bergerak aktif selepas keluar dari kampus. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang. Tetapi pada masa yang sama , Allah tunjukkan beberapa jenis perjuangan manusia ini yang saya tak pasti ttg mereka (bukan nak berburuk sangka).
Tetapi ada beberapa perbuatan yang Allah tunjukkan pada saya.Inilah realiti perjuangan. Bukan semua niat sama, walaupun dari segi luaran, manusia nampak matlamat yang suci iaitu ISLAM.

Bila beberapa siri kejadian berlaku di depan mata sendiri. Kadang-kadang saya sendiri rasa keliru. Tapi alhamdulillah masih ada lagi pihak yang datang kepada saya dan berusaha menerangkan sesuatu dan memberi kefahaman dan menjelaskan perkara sebenar.

Inilah realiti perjuangan. Tidak seindah digambar dan dikata. Manusia tetap manusia. Jika iman kuat di dada, niat itu insyaAllah akan suci dan ikhlas, tetapi jika datang bisikan syaitan, semuanya menjadi lain.

Satu nasihat yang sangat terkesan bagi saya oleh seorang yang dihormati " As, awal-awal lagi dah didedahkan dengan pelbagai masalah dalaman, walau apapun yg berlaku, jgn terlaku fokus dgn masalah, kerana kita yang akan parah. Tetapi teruslah dengan niat kita dan gerak kerja untuk ISLAM. InsyaAllah, akan dibantu"

Walau apapun, jangan fokus dgn masalah. Ya teruskan ikhlas dalam berjuang.

Niat kerana manusia, akan merana.
Niat kerana harta , akan sempit.
Niat kerana Allah, insyaAllah DIA ada sentiasa.

Buat shbt2 yang spt saya juga, baru berjinak-jinak dgn dunia luar, carilah mereka yang lebih kita rasa arif dan kenal kerana manusia ini pelbagai.

  "Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim"



December 12, 2011

Suri Teladan di Jalan Dakwah

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (As-Saff 61:14)
' Apa yg anak-anak faham ttg dakwah?'. Seorang demi seorang soalan ini ditujukan oleh Ustazah Syimah ketika permulaan usrah minggu lepas sambil memegang buku 'Suri teladan di sepanjang jalan dakwah' karangan Mustafa Masyhur.

Setiap org memberi jawapan yang hampir sama.

Ustazah syimah meneruskan kata-katanya 'tiada yang salah berkenaan dakwah tetapi dakwah itu menurut sheikh mustafa masyhur dlm bukunya ini ada empat iaitu :-

1. dakwah itu menggerakkan jemaah
2. dakwah bermatlamat menegakkan negara Islam
3. dakwah utk memantapkan agama Allah
4. dakwah  itu jalan yang diikuti oleh orang yg jujur.

Seperti di permulaan ayat ke-14 surah assof : wahai org-org yg beriman, jadilah diri kamu pembela agama Allah... Andai kita ini menjadi orang beriman berusahalah utk menjadi pembela agamaNYA bukan pemusnah.

Dan dengan dakwah ini jugalah mampu menegakkan negara islam. Dakwah utk menegakkan akidah dalam diri masyarakat utk lebih memahami Islam.

Ibarat pokok dan pagar,tidak bermanfaat ada pagar tetapi pokoknya belum tumbuh.

Ustazah menambah lagi makna dakwah oleh mustafa masyhur dalam huraian buku ini :-

" dakwah dalam tiga perkataan iaitu dakwah itu amal, usaha dan jihad"

Dakwah itu amal kerana bermulanya dakwah dengan amalan kita. Pendakwah mesti rasa seronok beramal, baru dakwah itu berkesan. Contohnya, seperti di depan orang lain, adab makan begitu di jaga, tetapi dirumah bagaimana pula kita menjaga adab dan akhlak?.

Dakwah itu usaha. Kerana usaha itu perlu ada pergerakan. Maka dakwah perlu ada usaha dan pergerakan, barulah boleh berjaya. Seperti  bagaimana Nabi SAW berdakwah sehingga mampu membina Daulah islamiyah.

Dakwah itu Jihad. Jihad itu berjuang. Mesti ada rasa dan semangat dan pengorbanan. Selagi pendakwah itu masih ada alasan atas setiap perkara dakwah, makanya perjalanan hidupnya masih ada lagi kurang. Contohnya setiap kali mesej usrah sampai, ttp hatinya masih lagi rasa mengharapkan usrah dibatalkan, perlu lagi utk muhasabah diri. Tidak seperti Nabi kita yang sentiasa risau akan umatnya."

Banyak lagi kata-kata dan peringatan dari ustazah.

Setiap kali usrah, pasti ada perkara yang terkena pada diri. Kali ini berkenaan dakwah. Berada di landasan sebenar lebih banyak perkara yang kita tak nak berlaku. Sebagai orang baru, keluar juga keluhan demi keluhan. "Tetapi siapa kita utk rasa hebat dengan hanya secebis ilmu yang ada. Nabi yang mampu menjadi kaya pun menolak menjadi kaya. Inikan pula manusia seperti kita" salah satu nasihat ustazah.

Akhir usrah, diakhiri dengan satu pertanyaan berkenaan pemuda yang berfikrah tidak membenarkan isteri yang berfikrah untuk terlibat dengan dakwah. Saya ingat perkara ini tak berlaku, tetapi rupanya mmg benar berlaku.Ada beberapa nasihat dan solusi dari ustazah juga.

Semoga saya sentiasa diberi peringatan melalui usrah-usrah seperti ini.



p/s: sedikit perkongsian utk shbt2 yg belum berkesempatan  join usrah..

December 8, 2011

DIA bukan dia



Mencari redha DIA bukan dia.

Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:77)


Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. (A-li'Imraan 3:147)


Emergency. Need treatment immediately.


Sebarkan cintaMu ~

p/s: belum baca lagi pun buku ni, beli pun tak, review dr sahabat ja....harapnya sempat beli :)

November 23, 2011

Daging mentah~


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujuraat 49:12)


Berada di alam pekerjaan ini tidak mungkin boleh lari daripada mendengar dan terdengar umpatan daripada orang lain berkenaan orang lain. Apa yang kita boleh buat?. Duduk mendengar dan sama-sama berbincang atau melarikan diri sejauhnya atau mendengar juga tetapi mendiamkan diri atau secara terus menegur mereka.Bagaimana?

~sekadar peringatan utk diri~

November 16, 2011

Lihat apa yg mahu lihat~


Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, dengan nikmat Iman dan Islam kita masih berada di jalan dakwah ini.

Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan yang ada.



Adakah jalan dakwah ini dapat memberi kebahagiaan hakiki buat kita?

Atau hanya sekadar untuk memenuhi masa yang terluang,

mengikut sahabat-sahabat yang rapat dengan kita atau

atas dasar terpaksa....

Sama2 kita renungkan semula, tepuk dada, tanya iman dan nawaitu masing2.





Kebahagiaan yang kita inginkan terletak pada diri kita sendiri,


kerna kita adalah apa yang kita fikirkan.

Sekiranya kita melihat sesuatu perkara dengan pandangan yang positif, maka ia akan menjadi positif.

Begitu jugalah sebaliknya.




Sebuah kisah yang ana pernah dengar di radio IKIM (dari Ust Pahrol Juoi). Kisahnya,

Ada seorang pemuda A berhijrah masuk ke sebuah kampung baru.

Dia berjumpa dengan seorang orang tua dan bertanya tentang keadaan kampung tersebut.

Tanya orang tua tersebut, "Bagaimana keadaan kampung kamu sebelum ini?"

Jawab pemuda A, "Kampung saya yang dahulu, tiada kasih sayang, buat keje masing2 dan tidak harmoni."

Maka, jawab orang tua tersebut, "Begitulah juga keadaan di kampung ini. Sama juga."




Tiba2, datang pula pemuda B. Menanyakan soalan yang sama kepada orang tua tadi tentang keadaan di kampung tersebut.

Orang tua tersebut bertanya semula, "Bagaimana keadaan kampung kamu sebelum ini?"

Jawab pemuda B, "Kampung saya dahulu penuh dengan kasih sayang, harmoni dan sejahtera."

Maka, jawab orang tua tersebut, " Begitulah juga keadaan di kampung ini. Sama juga."




Jadi, pemuda A pun tercengang dengan jawapan yang diberikan oleh orang tua tersebut.

Melihatkan kehairanan pemuda A, maka orang tua itu pun menjawab.

"Keadaan kampung ini adalah sepertimana yang kamu fikirkan. Jika kamu dapat menerima kehadiran seorang jiran yang kurang mesra

dan menjadi memula untuk mewujudkan bait-bait kemesraan dengannya, maka kampung ini akan jadi aman dan harmoni.

Dan jika kamu menganggap jiran kamu tersebut sebagai jiran yang kurang mesra, dan tidak pula memulakan langkah

untuk mewujudkan hubungan yang baik, natijahnya kamu tidak dapat

hidup dalam suasana yang harmoni."

Sebabnya, kita yang mencorakkan suasana. Kita menjadi pelakon di atas pentas dunia.




Begitulah juga sahabat2 dengan apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan.

Jika ada rasa syukur, redha dan pasrah dengan ketentuan Illahi, insyaAllah kita akan beroleh kebahagiaan.

Seorang miskin akan merasakan untungnya jika dia menjadi kaya kerna dapat menyumbangkan duit di jalan Allah,

manakala si kaya pula merasakan untungnya jika dia menjadi miskin kerna dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Walhal jika kedua2nya bersyukur, ia adalah perkara yang terbaek buat diri mereka. Dan dengan kesyukuran tersebut,

dapat mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Kerana sesungguhnya Allah menguji hambanya mengikut kemampuan.




Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

" Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya." (surah Al-Baqarah 2:216)



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Aku sangat kagum akan keadaan orang yang beriman itu. Semua urusan (yang berlaku dalam hidupnya) itu baik belaka baginya yang mana

keadaan itu hanya ada pada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat dan kebaikan, maka dia akan bersyukur, dan ia adalah suatu yang baik buatnya. Jika dia ditimpa musibah dan bencana, maka dia akan bersabar, dan itu adalah sesuatu yang baik buatnya."

(Hadis Riwayat Imam Muslim)


*copy dr email seorang sahabat..moral di sini, kita lihat apa kita ingin lihat, kita akan dengar apa yg kita ingin dengar. semuanya akan jadi berbeza dgn tahap ilmu dalam diri.

Kata hikmah dari ustaz zul baitul QURO'

"Orang yang berilmu kenal orang yang berilmu. Orang yang jahil, tidak akan kenal orang yang berilmu. Dan orang yang beramal akan kenal orang yang beramal. Orang yang tidak beramal tidak akan kenal orang yang beramal. Orang yang berilmu akan kenal orang yang jahil kerana dahulunya dia adalah jahil"


Salam muhasabah diri~

July 31, 2011

Niat



Assalammualaikum...
alhamdulillah dan alhamdulillah....setinggi kesyukuran padaNYA yang masih memberikan hambaNYA ini nafas utk bernyawa sehingga kini sehingga masuknya ramadhan nanti.. Allahukabar...

Alhamdulillah juga masih diberi kesempatan bersama-sama beberapa sahabat untuk berusrah dan berbincang... alhamdulillah..semoga apa yg disampaikan mendapat pengajaran untuk yg bercakap dan juga untuk yg mendengar.

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162)


'hanyalah untuk Allah'- ayat ini telah menggambarkan keseluruhan hidup ini hanya utk DIA. Tidak ada selain dia, tiada dan tiada. Berbincang dengan sahabat berkenaan niat.

Niat penentu amalan. tiada amalan tanpa niat. mustahil dan mustahil ada amalan tanpa niat. walhal perkara buruk pun ada niatnya. menulis blog ini pun dah terniat dalam hati secara automatiknya untuk menulis.

Tetapi niat bagaimanakah perlu ada dalam hati ini.

Hati adalah seketul daging dan raja pada diri. Baik raja baiklah rakyatnya. begitulah hati, bersih hati maka bersihlah juga diri dan jiwa. Maka kata imam Ibn Qayim Aljauziyah, letaknya niat pada hati. Oleh itu tentulah, niat yang ikhlas dan baik perlu pada hati yang bersih. Setiap amalan perlukan niat bukan sekadar ibadah khusus tetapi juga adat kebiasaan.

Niat mampu membezakan dosa dan pahala.
Niat mampu membezakan adat dan ibadat.
Niat mampu menjadikan amalan dunia kepada amalan akhirat, dan amalan akhirat kepada amalan dunia.

Niat yang baik tentulah niat yang ikhlas. niat yang ikhlas mampu melahirkan amal ikhlas juga. Imam Nawawi mensyarahkan dalam hadis Arbai'an tentang amalan ikhlas dalam hadis niat mempunyai 3 jenis:

1. amalan hamba- kerana takutkan Allah
2. amalan saudagar- kerana harapkan pahala dan ganjaran syurga
3. amalan yang merdeka- kerana takutkanNYA dan setiasa rasa kehambaan dan merasa diri sentiasa kurang.

Di manakah jenis amal kita, entah-entah tiada langsung ada. Astaghfirullah.

Bagaimana pula mahu niat yang ikhlas jika hati kotor.

Hati kotor adalah penyakit dan setiap penyakit pada ubatnya. Jom sama-sama kita nyanyi lagu 'ubat hati'. Ubat hati ada 5, boleh cari rasanya untuk bersihkan hati supaya dapat lahirkan niat yang ikhlas.

Satu kisah ulamak yang berusaha bersihkan hatinya dengan membasuh tandas awam di pasar sekitar rumahnya. Cara ulamak tersebut menyucikan jiwanya daripada terus diselubungi jiwa megah. Mengalir air mata seorang sahabat bila kisah ini diceritakan tadi.

Ya bukan mudah mahu menyucikan jiwa tetapi perlu juga untuk ikhlaskan niat. Apatah lagi bagi individu yang berusaha nak menegakkan Islam pasti ada sahaja lintasan-lintasan hati datang.

Lintasan apakah itu?

Lintasan riya'. Riya' yang wujud mengotorkan amalan kita. Allahuakbar...sejauh mana amal kita bersih selama kita hidup di muka bumiNYA..

Kisah seorang sahabat bertanya pada Rasul SAW, bagaimanakah amalan seorang hamba yang bersedeqah hanya kerana mahu dipuji?. Nabi hanya mendiamkan shj sehingga Allah turunkan ayat ini.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Al-Kahfi 18:110)

Ya! nikmat paling besar di akhirat sana ialah pertemuan dgn DIA yg Maha Esa. Tetapi perlukan 2 syarat :

1. mengerjakan amal soleh
2. jangan mempersekutukan sesiapapun dlm ibadatnya.

bagaimana?..nak berjumpa dengan kekasih agung, hanya dua syaratnya tetapi mujahadah yg tinggi untuk lakukannya.

Lihatlah betapa besarnya peranan niat kerana ia penentu ouput kepada amalan kita.

Sempena Ramadhan yg akan hadir beberapa minit lagi, kita luruskan dan perbaharui niat untuk benar2 melakukan amalan keranaNYA di bulan ini. Bak kata dalam blog seorang sahabat, bulan ramadhan adalah bulan berkat dalam berkat, berkatest. Ganjaran yang menggunung dariNYA dan sebagai latihan untuk istiqamah selepas ramadhan.

Semoga saya juga dapat berusaha dan berjaya untuk tetapkan niat dan matlamat dalam bulan barakah ini. Salam Ramadhan Kareem, Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.