Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

September 17, 2013

Marriage......



Keep in mind..marriage is 'Ibadah.

Not fantasy but reality is full of responsible..


Hope Allah ease and guide everything before and after our marriage.


August 18, 2013

Berubah...

Ramadhan mesti sinonim dengan perubahan atau hijrah.

'As, seganlah nak mula pakai tudung ni. Nanti orang cakap apa', rakan seofis yang baru mula bertudung 1 ramadhan lepas.

**************************************************
'Bilalah aku nak insaf ni' , ngomel seorang kakak di surau ofis.
'kenapa kak?', saya meramahkan diri bertanya.
'Suami akk ni dah suruh akk berjubah, mak akk pun asyik bising ja kata akk pakai baju keta-ketat ja. Nak tau tak, apa jwpn akk. Akk bgtau tunggu 40 lah. haha'
'kak, itupun kalau sempat sampai 40, kalau tak sempat', saya respon dengan nada gurau.

**************************************************
Ini kisah ramadhan yang baru lepas hari itu.

Manusia fitrahnya inginkan perubahan, inginkan kebaikan. Tetapi sejauh mana MAHU itu dapat dicetuskan dengan MAMPU.

'As, rasa macam nak pakai tudung bulan ramadhan ni ja, boleh tak?. Baru rasa nak rebonding rambut raya nanti.'.
'Erk.. kenapa sebulan?.Rambut rebonding tu tunjuk dengan suami ja nnti'.
'As, tp seganlah nak pakai tudung. Baju banyak yang tak sesuai. Baju labuh banyak tak beli lg.'
'Erk..tak apa. Berubah perlahan-lahan. Change one thing at one time'.

Bukan mudahkan MAMPU itu nak dicapai tanpa SEDAR dan sedar itu mesti dengan ILMU.

'Ni as bagi buku SOLUSI, nanti awak baca ya'.

Saya tak pandai sangat berkata-kata. Saya hanya teringat ada buku solusi yg dulunya saya beli setiap bulan. Ada sekali buku tersebut  isu khusus bab Aurat. Saya doakan isi kandungan SOLUSI tersebut  itu membantu dirinya dan istiqomah.

Setiap orang ada peluang untuk berubah.








July 1, 2013

Ramadhan: A journey to ar-rayyan


Dr Ibrahim Nuh in his slot in UIA,remind us that do these 3 things in Ramadhan:-

1. Recite Alquran every day. 
2. Do Charity
3. I'tikaaf

"All doors of jannah will be opened and door of hell will be closed. evil will be locked. " Hadith from Prophet SAW.

" if you pray in the night of Ramadhan folowing Imam until the end, you will be get deed of qiyamullail over a night" Hadit from prophet SAW

Allah already give many ways to us toward taqwaa.

What else that we want?

Allahumma balighni fi ramadhan..

June 20, 2013

Pasca PRU

Pasca PRU, semuanya senyap dan sunyi tanpa sebarang aktiviti.
Hampir sebulan saya tidak ke PUTIS.
Hampir sebulan Nisa' tidak bermesyuarat dan beraktiviti.
Hampir sebulan saya kerap keluar utk membeli barang.
Hampir sebulan juga isu tempat saya berkempen hangat diperkatakan. semakin ambil tahu semakin pening. Tidak ambil tahu,bukan aktivis kata ustaz ridzuan.

 
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati; katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjid Al-Haraam (di Makkah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).
 
Kata ustaz, melanggar perjanjian itu salah. Tetapi tidak menghalang orang kepada syirik lebih besar kesalahannya. Jemaah Islam akan mengutamakan kepentingan Islam dan mendahulukan Al-quran dan sunnah dalam keputusan.

Mari luruskan fikrah.

Mode :  isu fikrah, adab berjemaah dan marriage..(huh!)




December 19, 2012

Gaza!

Gaza, di manakah kita!

Saya boikot!

Saya benci!

Saya sedih!

Tapi kita masih di sini..

Hanya meluahkan rasa..

Tindakan......tiada!

Paling kurang...doa!

Tapi...kita masih di sini...

Bicara dunia yg sementara!


October 28, 2012

Hati, iman dan kebahagiaan

Assalammualaikum,

Alhamdulillah Allah kurniakan lagi pelbagai nikmat di sekeliling kita.

Saya ada terbaca satu artikel drpd blog isteri kedua ustaz hafiz firdaus berkenaan hati, iman dan kebahagiaan. Saya sangat tertarik dengan isi artikel yang diutarakan. Bagaimana perihal hati yang jauh daripada Allah menghasilkan persepsi negatif kepada suami (bg yg dh berkahwin), adik- beradik, ibu-bapa, kawan-kawan dan masyarakat.

Saya ada teringat ketika dahulu adakalanya, saya juga menyalahkan apa yang berlaku dalam siri saya, salahkan ibu bapa, adik beradik, kawan-kawan, diri sendiri. Ohh.. alangkah teruknya self esteem ketika itu. Langsung tidak membina motivasi dalam diri. Itu dahulu ketika tidak matang.

Kini saya ingin beritahu pada shbt2 saya, kembalilah kepada Allah, kamu akan lihat apa yg berlaku di sisi kamu adalah positf belaka dan semuanya adalah terbaik daripada DIA.

Mari baca sedikit quote drpd artikel Pn Nurul Adni :-

Saya teringat lebih tiga tahun dulu ketika saya meminta nasihat perkahwinan dari salah seorang naqibah yang sangat saya sayangi dan hormati...pesannya, " Jaga ruhiyyah, jagalah ALLAH. Kak sendiri, bila berusaha menjaga hubungan hati dan ibadah dengan ALLAH, hati rasa tenang saja bila pandang suami, rasa cinta dan sayang... Bila ibadah dan hati kita kucar kacir tak ingat ALLAH, solat lambat, tak baca Quran, tak zikrullah - ada saja yang tak kena dengan suami... 
Saya berusaha mengingati pesan ini bila saya rasa bermasalah dalam perhubungan dengan suami, famili atau teman-teman. Ya, saya pun sama saja seperti kamu ada masa-masanya perasaan rasa down, sunyi, rasa sedih, rasa geram, rasa marah, rasa tak puas hati, rasa sunyi...cemburu lagi. 

dan macam-macam perasaaan negatif bertandang - bila hati kita kosong dari mengingati Tuhan.

Jagalah ALLAH nescaya ALLAH menjagamu. Hanya dengan mengingati ALLAH hati kan menjadi tenang. 
Bertanggungjawablah atas perasaaan kita sendiri. Berhenti menyalahkan orang lain atas ketidakbahagiaan yang kita rasa. Check iman dan hati sendiri....adakah hati kita bersarang dengan syaitan kerana tak membiasakan zikir dan menghayati ayat Quran?


Semoga hati saya akan lebih dekat denganNYA terlebih dahulu sebelum saya tinggal dgn insan baru utk selama-lamanya ~

Allahu musta'an~




September 10, 2012

Life~

Alhamdulillah, ada masa dan cuti yang sgt panjang diberi..

Kini hidup semakin dewasa dan perlu matang. Fasa-fasa baru dalam kehidupan ini mula menampakkan cabarannya. Hidup  ini perlu diteruskan dengan mencari dan menggali ilmu supaya fasa-fasa baru kehidupan ini lebih bermakna.Bagi saya amatlah rugi, life goes on without gain anything. 

Byk sungguh term-term baru perlu saya fahami. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya. sahabat saya pernah berkata, lagi mudah menjadi kanak-kanak. ya! saya akui, semakin berumur kita, semakin banyak perkara perlu difikirkan. Kewangan, urusan rumah, urusan keluarga, kereta dan sebagainya.

Apa perlu saya buat. Cari buku-buku yang sesuai, mulalah ke kedai-kedai buku dan online untuk mendapatkan buku yg sesuai. Buku ttg kerjaya, duit, kewangan, hati, pengurusan diri, rumah tangga, pembinaan anak-anak, dakwah, harakah. Wah..banyaknya, belum baca kesemuanya lagi.Tetapi buku hanya sekadar tulisan, kita mampu membaca ttp tidak mendengar tetapi perlu amalkan.

Kedua, mencari org-org berpengalaman utk 'mendengar'. Taklah ramai mana yang dapat sy rujuk, tetapi sekurangnya saya dapat ilmu daripada mereka. Mendengar pengalaman mereka dan meminta pandangan. Kadang-kadang pndgn yg diberi berdasarkan sisi kehidupan mereka. Ada negatif, ada positif. Meneguk pengalaman utk mencipta keputusan.

Ketiga, mula berfikir dan merancang. Satu-persatu pertimbangan diambil. Kalau buat macam ini, jadi A. Kalau buat macam tu, jadi B. Macam ini pulak jadi C. Ohh, senangnya ABC.

Keempat, manusia ini lemah dan sentiasa lemah. Manusia akan kuat dgn pertolonganNYA. Minta petunjuk daripadaNYA. Bukan bermakna, terakhir sekali baru ingt DIA, ttp daripada mula berusaha. Cumanya, the important reminder, sebanyak yang  kita mampu merancang pun, DIA juga yg menentukannya. 

Marilah bersujud kepadaNYA.

Kelima, tawakkal. Berserah kepadaNYA dengan usaha-usaha yang dah kita usahakan. 

Allahu musta'an. Dia sebaik-baik penolong~

~like this quote~


Saya menulis lebih kepada panduan dan peringatan untuk diri sendiri. Kadangkala terlupa dan leka mengharap pada manusia shj.  Semoga DIA tetap luruskan hati ini hanya kepadaNYA, kepada cintaNYA, kepada cinta org2 yang mencintaiNYA, kepada perbuatan-perbuatan yg dekat dgn cintaNYA, lebih drpd air dingin. Ameen~


July 28, 2012

A week in Ramadhan!!

Assalamu'alaikum,

I was looking at the calendar today and realised it's already the 7th day of Ramadan!

This calls for a reflection! Pen & paper at hand, spend 10-15 minutes now answering the following questions:




1. How's my Ramadan going so far? (Good? Bad? Ugly?)

2. How's my energy levels during the day/night? When do I feel most 
energetic and when do I feel most tired?

3. How's my daily schedule/daily routine? Is it optimal? Can I change it? Make it better?

4. What's my biggest productivity challenge that I'm facing during Ramadan and how can I practically overcome it?

5. How are my Ramadan Goals coming along? Am I sticking to them? or are they starting to slip?


Sincerely,
Abu Productive



* A reminder from productiveramadhan.com. How my ramadhan this yr? Is it more better or more worst?. Ya Rabb, please guide me to a be better person in this ramadhan.




May 18, 2012

Beri 'Hadiah'

"Puan, boleh ke luluskan pekerja saya ini, nanti saya bayar. Kawan-kawan saya kata boleh nak luluskan dengan bayar", seorang majikan bercakap dalam talian dengan saya.

Akal kata sabar dan fikir ayat yg terbaik utk diberi.

"maaf encik, kami tak boleh buat begitu. Committee kami yang luluskan pekerja ini dan bukan kuasa saya", jawapan saya.

"tetapi kawan-kawan saya kata boleh luluskan dengan bayar. tak kan tak boleh puan", majikan itu merayu lagi.

tarik nafas sekali lagi dan akal terus berputar mencari ayat lagi.

"encik , saya tak boleh buat macam tu, pertamanya, dalam pekerjaan ini tak ada cara mcm tu, keduanya, dalam agama kita kan tak boleh buat mcm tu".

"Memang dlm agama tak boleh buat mcm ni", ini shj jawapan yg diberi dan majikan tersebut terus senyap.

Situasi lain.

"Cik, boleh ya luluskan pekerja saya, saya bagi saguhati pada cik, bukan nak bagi rasuah tp bg hadiah ja", majikan berbangsa melayu merayu pada saya.

"maaf cik, keputusan telah dibuat dan pekerja encik telah gagal dalam ujian xray", jawapan spt biasa.

" tetapi cik, bolehlah 'kawtim' cik, takan tak boleh, saya pernah dgr ada org 'kawtim' nak lulus ni", tawaran lagi dgn bhs lain.

Tarik nafas tinggi dan hati dah mula rasa nak marah sebab ini kali pertama terima "tawaran" spt ini sepanjang bekerja.

"Maaf ya, hadiah ke saguhati ke, semuanya dikira rasuah ya. Saya tak boleh terima dan keputusan bukan di tangan saya", ini shj jwpn drpd saya dengan nada yang tinggi.


*****************************************************************************

Manusia yg ber'bin' dan ber 'binti' ini tidak malu menawarkan 'hadiah' semata-mata utk kesenangan sementara dan sengsara hingga ke hujung kehidupan.

Ikutkan hati mahu shj beri ceramah dalam panggilan spt itu. Kerja yang sangat banyak menyebabkan cepat-cepat mahu tamatkan panggilan yg menawarkan 'dosa'. 

'Hadiah, saguhati, rasuah'. Semuanya satu kapal kerana diberi dengan niat yang sama.

Didikan kepada umat tidak cukup dgn dalam talian itu shj. Umat islam kini perlu dibentuk akal dan pemikiran islamik. ' Begin with the end in mind'. Satu kata-kata yg selalu diucap dalam ceramah-ceramah ustaz. Bermula dengan pengakhiran dalam minda. Jika semua umat fikir akhirat dalam setiap tindak tanduknya pasti tidak ada dosa yang sanggup utk kita lakukan.

Mari berfikir apa cara terbaik utk beri didikan ini.



Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (alkahfi :46)

Saya tinggalkan link berkenaan 'hadiah drpd pelanggan' drpd Ustaz Zaharudin utk dirujuk dan berfikir.

Link daripada Dr. Asri pula : http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=62.

Wallahu'alam. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

February 24, 2012

"prophetic parenting"



Khusus utk tatapan sahabat-sahabat saya seperti yang dijanjikan. Inilah buku "prophetic parenting " yg dijadikan sebagai hadiah kahwin seorang sahabat. Gambar buku yang sudah dibalut dan kad ucapan dah ambil, tapi masih tak dapat nak 'upload'. 

Buku ini, saya pun belum pernah baca, tetapi tertarik dengan tajuknya "cara nabi mendidik anak". Siapa lagi qudwah hasanah utk manusia kalau bukan Kekasih Allah itu. Bukan tidak ada buku lain dalam cara mendidik anak ini, ada lagi seperti tarbiyatul aulad fil islam-abdullah nasih ulwan dan terjemahannya ada dalam dua jilid dan juga cdgn buku daripada john grey, maaf tak ingat tajuknya. Tetapi ini yang saya jumpa promosinya di fb. 

Bagi saya (baru tengok dan belek buku ini), sesuai dijadikan bahan bacaan untuk yg sudah berkahwin semestinya dan belum berkahwin juga apatah lagi sebagai ilmu persediaan sebelum berkahwin. 

Kandungannya penuh dengan ayat quran, hadis-hadis beserta sumbernya dan contoh peristiwa pada Nabi.

Ini antara bab-bab yang ada di dalamnya :

1. nasihat cinta utk calon orang tua (sebelum berkahwin)
2. metode mendidik anak hingga usia dua tahun
3. cara nabi mendidik anak
4. membentuk aktvitas ibadah anak
5. memelihara kesihatan anak

dan banyak lagi. Tak mampu nak menulis kesemuanya.

Semoga buku ini bermanfaat.


" barangsiapa  yg dgn sengaja tidak mengajarkan apa yang bermanfaat bagi anaknya dan meninggalkannya begitu saja, bererti dia telah melakukan satu kejahatan yang besar. Kerusakan pada diri anak kebanyakan datang dari sisi orangtua yang meninggalkan mereka dan tidak mengajarkan kewajiban-kewajiban dalam agama berikut sunnah-sunnahnya" -ibn qayyim aljauziyah 

wallahu'alam.

p/s : teringat satu tulisan drpd fatimah syarha ' andai diri kita masih tidak mampu menjaga fardu muslim diri sendiri spt solat dan amalan lain, makan minum, kebersihan dan sebagainya, mampukah kita utk menjaga seorang lagi hamba Allah yang diamanahkan.....~muhasabah~



February 21, 2012

Wanita~

Ilmu itu kadangkala datang dalam pelbagai cara.

Pergi usrah atau majlis ilmu.

borak-borak dengan kawan-kawan.

dan macam-macam lagi.
Semalam datang satu mesej dari seorang kawan tanya sesuatu. Kadangkala kita tahu sesuatu perkara tetapi tidak memahami dengan baik. Apabila datang yg bertanya, barulah mula tercari yang lebih tepat.

'Salam, berdasarkan yg ko faham, boleh ke orang yang haid mengajar budak2 baca quran ttp tak pegang quran tu'.

Jawapan sudah di beri dan daripada seorang ustazah yang saya tanya juga sudah diberi.

Tetapi disini saya 'tampal' satu jawapan yang rasa lebih mudah difahami. Kalau dicari kt internet, semua jawapan lebih kurang sama, tetapi penjelasan ini lebih jelas.

Baca dengan hati terbuka.



*****************************************************************************

Soalan; Ustaz, Saya ada kemusykilan tentang haid wanita. Apa yang saya tahu perempuan dalam haid dilarang melakukan puasa dan sembahyang, mengaji Alquran. tetapi tiada larangan untuk berzikir dan berdoa. Soalan saya, boleh tak ustaz tolong berikan hujah iaitu dalil al-Quran/Hadis tentang haid yang menjelaskan perkara diatas. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Telah ijmak (sepakat) para ulamak bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan mengerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadhan). Puasa Ramadhan wajib diqadha, adapun solat tidak perlu diqadha. Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (HR Imam al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.).

2. Adapun hukum membaca al-Quran, terdapat khilaf di kalangan ulamak seperti berikut;

A) Menurut Jumhur ulamak (yakni pandangan teramai ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat); Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda;”Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Berdalilkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan lidah. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

B) Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.

C) Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhannya. Di kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka ialah hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap ketika/masanya” (HR Imam Muslim) dan membaca al-Quran termasuk di dalam pengertian zikir. Adapun hadis yang dijadikan dalil oleh jumhur tadi, hadis tersebut adalah dhaif mengikut penilaian ulamak-ulamak hadis.

3. Mengenai zikir dan doa, tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang kedatangan haid dan nifas dari melakukannya. Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal”.

Dari keterangan di atas, kita dapat melihat bahawa ruang untuk wanita dalam haid dan nifas beribadah adalah luas seluas ruang doa dan zikir itu sendiri walaupun mereka tidak dibolehkan solat, puasa dan membaca al-Quran (mengikut pandangan jumhur tadi). Berikut kita senaraikan dengan terperinci ibadah-ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang berada dalam haid dan nifas;

1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran
2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran
3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
4. Berselawat kepada Nabi
5. Mendengar bacaan al-Quran
6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)
7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)
8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis
9. Bersedekah
10. Membuat kebajikan kepada orang lain

Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.
Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tamam al-Minnah, Syeikh Adil bin Yusuf al-Azzazi, jil. 1. Hlm. 144-145.
2. Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).
3. Haid Membawa Berkah, Lissa Malike dan Asmawati, hlm. 74.


********************************************************************************


Untuk orang umum seperti kita ini, boleh baca seperti ini, tetapi lebih molek tanya ustaz atau yang fakih lagi. Internet dan blog bukan sumber utama. Masalah-masalah umum seperti ini, kita tahu tetapi tidak tahu pula ada perbincangan dan khilaf daripada ulama-ulama kalau tidak mengkaji.

Membaca untuk mengkaji bukan menghukum.

wallahu'alam.

February 9, 2012

Nafsu

Pernah atau tidak sekali dalam hidup anda berfikir tentang rutin harian diri anda.
Bangun pagi, solat subuh, bersiap ke tempat kerja atau kampus, berkerja atau belajar hingga ke petang. Pulang petang mandi, makan, solat dan penat atau pun menonton drama bersiri di televisyen, kemudian tidur semula dan besoknya rutin harian yang sama.

Kadang-kadang saya tefikir betapa kosongnya hidup. Alquran hanya di baca ketika solat. Buku agama pula sekadar menghiasi rak buku kayu di bilik. Hati atau qolbun ini hanya terhibur dengan hiburan, kecantikan, matlamat keduniaan sahaja. Betapa masa yang ada hanya untuk itu. 

Di mana masa untuk menambah ilmu .

Di mana masa untuk berdakwah.

Diri ibarat membela nafsu bak kata ustaz zahazan dalam kuliah tafsir di ikim.

Kisah saidina Umar kpd anaknya, ketika itu anaknya baru pulang drpd pasar dan membawa bungkusan Umar bertanya pada anaknya, adakah setiap kali engkau mahu makan daging, engkau akan beli ia?. Jawab anaknya ' tidak, ayah'. Anaknya faham bahawa jika kita sentiasa turutkan apa yang kita mahukan kita ibarat 'membela nafsu'

Kita pula bagaimana?

Mahu makan daging, kita terus beli ja, mahu makan kfc, terus keluar dgn kawan-kawan.

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).


'Ya Allah, yang mengawal hati ini, peliharalah hati kami daripada perkara yang melalaikan. Tetapkan hati kami agar sentiasa dalam iman dan islam. Ya Allah, Maha Kuasa dan Maha Mendengar rintihan ini.'




January 6, 2012

Sajak untukmu


Ingatlah sahabat
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.


Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.


Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.


Ingatlah sahabat
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.


Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.


Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

 
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.


p/s: kini sedang rindu semua sahabat-sahabat seperjuangan. dedikasi khas untuk sahabat yg diingati. semoga terus dalam jalan ini. semoga pertemuan esok juga menjadi kenyataan.


"Ya Allah, kuatkanlah ikatan ini hanya keranaMU"

sumber: sajak

December 23, 2011

sajak cinta-aminah qutb

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan padaku

Saya jumpa disini : sajak cinta



p/s : setiap hari ada sahaja persoalan berkenaan kahwin atau jodoh yang dibincangkan oleh rakan sepejabat. Ada juga beberapa persoalan yg diutarakan. Agak-agaknya umur-umur begini, selagi belum  berkahwin, selagi itu akn bercerita ttg perkara ini. Kadang-kadang rasa bosan, kadang-kadang rasa menarik juga kerana boleh juga berbincang utk kefahaman beberapa perkara yg dipentingkan agama dalam bab-bab ini.

boleh baca ini juga : jodohmu ada di tahajjud


December 22, 2011

Rezeki

Alhamdulillah~

Hari ini masih diberi nikmat nyawa serta iman dan islam lagi di muka bumi ini.

Hari ini juga ada berita gembira yang baru dapat.

Alhamdulillah, Allahuakbar.

Setiap nikmat yang kita terima, sentiasa muhasabah diri sejauh mana kita syukurinya. Semakin bersyukur atau semakin kufur. Adakalanya tanpa kita sedari, kita menganggap rezeki itu datang dari kita sendiri.

"Aku dapat benda ni rasanya sbb aku perform baik dalam interview td."

"Rasanya kebetulan aku dapat benda ini sebab aku cakap bagus, aku hafal betul-betul tadi."

Samada kita ucapkan atau dalam hati sahaja. Lintasan-lintasan ini pasti ada. Merasakan diri inilah buat yang terbaik, tanpa syukur kepadaNYA. Sama juga bab ibadah.

Manusia tanpa sedar mengagungkan diri sendiri. Hakikatnya ianya sekadar asab kepada hasilnya. Walhal rahmat Allah itu yang lebih utama dan patut kita agungkan.

Syukur padaNYA yang pertama sekali kerana dia memberi rahmat dan memberi segala rezeki dan nikmat tersebut. Tanpa rahmat Allah tidak mungkin kita berjaya melakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan itu.

Syukurlah pada DIA, Al Wahhab, Alrazzaq, Al Mutakkabir.


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim 14:7)


Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah 2:152)


sumber : rusydee artz


p/s: muhasabah atas nikmat dan rezeki dariNYA setiap hari .

December 20, 2011

Jumpa nabi?.

Bagaimana mahu jumpa nabi dalam mimpi?
Saya belum lagi berpeluang dapat nikmat ini. Jumpa Nabi yang tercinta.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam pernah bersabda:
“Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguhnya Syaitan tidak mampu menjelma rupaku.” (HR Muslim)
Ikuti jawapan Sheikh Muhammad Hassan (semoga ALLAH memelihara beliau) apabila ditanya soalan yang ini.
Pada suatu hari, seorang pelajar datang bertemu tuan gurunya kerana ingin bertanya suatu soalan yang sangat penting.

“Wahai tuan guru, tolonglah ajarkan kepada saya tentang caranya untuk bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi saya” Tanya pelajar itu kepada tuan gurunya.
“Engkau mahu melihat Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpimu?” Tuan guru bertanya semula.
“Ya, wahai tuan guru” Jawab pelajar tersebut dengan sungguh-sungguh.
“Jika begitu. Marilah datang ke rumah saya malam ini. Kita makan malam sama-sama ya…” Jemput tuan guru kepada pelajarnya yang bertanya itu.
“Apa? Ma Sya ALLAH, ini sudah bagus, rezeki” Pelajar tersebut terkejut dan gembira dengan pelawaan tuan gurunya itu.

Lalu pada malamnya si pelajar itu datang ke rumah tuan gurunya untuk mendapatkan jawapan yang ditanya itu, iaitu bagaimana untuk berjumpa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi. Beliau sangat mengharapkan tuan gurunya yang alim dan murobbi itu dapat memberikannya jawapan.
Tuan guru menjemput pelajar itu makan makanan yang dihidangkan. Tetapi makanan yang disediakan itu sengaja dilebihkan garam dan beliau tidak pula menyediakan air untuk pelajar tersebut minum.
“Boleh saya minta air? Saya dahaga, wahai tuan guru” Pinta pelajar tersebut yang berasa haus disebabkan oleh kemasinan makanan yang disediakan.
“Oh tidak, air tidak dibenarkan” Jawab tuan guru.
“Tetapi tuan guru, saya berasa sangat dahaga.” Pelajar itu memberitahu keadaannya yang sedang mengalami kehausan.
“Tidak, air tidak dibenarkan. Makan sahajalah” Tuan guru bertegas lalu memintanya teruskan makan.
“Baiklah tuan guru.” Pelajar tersebut akur.
Setelah selesai makanan, pelajar itu pun meminta agar jawapannya dijawab oleh tuan gurunya.
“Tuan guru, mengenai soalan saya siang tadi. Boleh tuan guru ajarkan kepada saya bagaimana untuk bertemu dengan Nabi sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi” Pelajar itu bertanya.
“Oh, tidak. Bukan sekarang. Saya tidak akan ajar kamu tentang itu sekarang.” Jelas tuan gurunya dengan lembut.
“Habis tu, bila wahai tuan guru?” Tanya pelajar itu dengan nada sedikit kecewa.
“Tidurlah sekarang. Nanti sebelum Subuh, insyaALLAH saya akan tunjukkan kepada kamu bagaimana caranya untuk bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi” Jawab tuan gurunya sambil memujuk.
Pelajar itu pun lalu tidur dengan harapan Subuh nanti beliau akan memperolehi suatu pelajaran yang sangat beliau nantikan. Beliau benar-benar ingin bertemu dengan Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi, tetapi tidak tahu caranya.
“Wahai anakku, marilah ke sini…” Tuan guru memanggil pelajarnya setelah mereka sama-sama bangun sebelum Subuh.
“Ajarlah saya wahai tuan guru tentang bagaimana untuk bertemu Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam di dalam mimpi!” Pelajar tersebut tanpa bersabar terus meminta agar diajarkan beliau dengan suatu ilmu yang besar itu.
“Nanti dulu. Sebelum itu saya ingin bertanya adakah kamu melihat apa-apa malam tadi di dalam mimpi kamu?” Tanya tuan guru dengan wajah yang manis.
“Ya, ada.” Jawab pelajar tersebut ringkas.
“Apa yang kamu lihat?” Tanya tuan guru lagi.
“Wahai tuan guru, saya telah melihat hujan yang lebat turun dari langit, sungai mengalir dan laut berombak pula berada di hadapan saya” Pelajar itu menjelaskan apa yang beliau lihat di dalam mimpinya. Ternyata beliau sangat senang sekali dengan apa yang dilihatnya.
“Benarlah wahai anakku. Engkau telah bercakap benar. Engkau telah bercakap benar. Dan engkau juga mempunyai niat yang benar. Maka sebab itulah mimpi engkau juga benar.” Tuan guru lalu memberikan respon terhadap jawapan pelajarnya itu.
“Dan jika cintamu benar terhadap Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, maka engkau akan dapat melihat Baginda di dalam mimpi sebagaimana benar dan kuatnya perasaanmu terhadap air tadi.” Tuan guru menyambung lagi.

Bukan mudah nak berjumpa Nabi apabila kita juga belum benar-benar cinta baginda dan amalkan sunnahnya.
Allahumma solli `ala Muhammad wa `ala ali Muhammad.
Bacaan lanjut disini :- bagaimana mahu berjumpa nabi.

December 16, 2011

Ikhlas~

Hari ini ingin berbicara ttg ikhlas.

Maksud ikhlas. Semua orang pasti tahu dan boleh cari di mana-mana sahaja. Tetapi anda faham ke erti ikhlas yg sebenar?.

Saya baru sahaja mlm kelmarin menonton satu drama di oasis berkenaan watak utama mencari erti keikhlasan. Akhrinya Allah uji dengan satu musibah dan setiap kejadian yg dilalui dihadapi tanpa mengharap balasan. Selepas itu, drama ini menujukkan setiap peristiwa ini dibalas dgn kebaikan atas keikhlasan watak tersebut.

Macam senang bukan?..Kalau kita ikhlas mmg akan dibalas dgn kebaikan kpd kita. Tetapi bagaimana pula ikhlas dlm berjuang.

Semenjak dua menjak ini, saya berusaha untuk bergerak aktif selepas keluar dari kampus. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang. Tetapi pada masa yang sama , Allah tunjukkan beberapa jenis perjuangan manusia ini yang saya tak pasti ttg mereka (bukan nak berburuk sangka).
Tetapi ada beberapa perbuatan yang Allah tunjukkan pada saya.Inilah realiti perjuangan. Bukan semua niat sama, walaupun dari segi luaran, manusia nampak matlamat yang suci iaitu ISLAM.

Bila beberapa siri kejadian berlaku di depan mata sendiri. Kadang-kadang saya sendiri rasa keliru. Tapi alhamdulillah masih ada lagi pihak yang datang kepada saya dan berusaha menerangkan sesuatu dan memberi kefahaman dan menjelaskan perkara sebenar.

Inilah realiti perjuangan. Tidak seindah digambar dan dikata. Manusia tetap manusia. Jika iman kuat di dada, niat itu insyaAllah akan suci dan ikhlas, tetapi jika datang bisikan syaitan, semuanya menjadi lain.

Satu nasihat yang sangat terkesan bagi saya oleh seorang yang dihormati " As, awal-awal lagi dah didedahkan dengan pelbagai masalah dalaman, walau apapun yg berlaku, jgn terlaku fokus dgn masalah, kerana kita yang akan parah. Tetapi teruslah dengan niat kita dan gerak kerja untuk ISLAM. InsyaAllah, akan dibantu"

Walau apapun, jangan fokus dgn masalah. Ya teruskan ikhlas dalam berjuang.

Niat kerana manusia, akan merana.
Niat kerana harta , akan sempit.
Niat kerana Allah, insyaAllah DIA ada sentiasa.

Buat shbt2 yang spt saya juga, baru berjinak-jinak dgn dunia luar, carilah mereka yang lebih kita rasa arif dan kenal kerana manusia ini pelbagai.

  "Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim"



December 15, 2011

Kenduri adat atau ibadat?

MENGADAKAN majlis perkahwinan bertujuan meraikan pasangan yang bernikah dan menghebahkan berita gembira itu kepada saudara-mara serta masyarakat sekeliling. Makluman itu juga bagi mengelak fitnah serta prasangka dalam masyarakat.

Namun, matlamat majlis perkahwinan kini sudah jauh menyimpang daripada tujuan asal apabila wujud perasaan ingin memastikan kenduri yang diadakan lebih meriah daripada orang lain dan memiliki kelainan.




Menganjurkan majlis gilang-gemilang secara besar-besaran tidak dihalang tetapi sebaiknya niat hendaklah menepati kehendak syarak dan tidak menyebabkan timbul masalah kemudian hari seperti menanggung hutang.

Bahkan, digalakkan mereka yang berkemampuan untuk mengadakan majlis untuk meraikan serta menjamu tetamu tanpa mengira latar belakang serta pangkat bagi meluaskan pahala bersedekah.

Bagaimanapun, tidak dinafikan, masyarakat hari ini berlumba-lumba menganjurkan majlis kenduri walaupun sedar perancangan dibuat ada kalanya melampaui kemampuan semata-mata ingin menyaingi orang lain.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra, ayat 27)

Mengadakan majlis walimatul urus adalah sunat muakad kepada golongan yang mampu. Daripada Anas Malik, Rasulullah SAW melihat di kepala Abdul Rahman Auf kesan kuning, lalu Baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan dengan mas kahwin satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” (Muttafaqun alaih)

Malangnya, majlis perkahwinan masa kini sudah bermula dengan bibit awal pembaziran melalui kad undangan yang dicetak eksklusif dan mahal harganya. Itu belum mengambil kira pakaian pengantin, pelamin, solekan, hantaran, tema, sistem bunyi dan cenderahati untuk tetamu.

Semua persediaan walaupun untuk barangan kecil akan membabitkan kos yang ada kalanya membebankan pengantin dan keluarga tetapi hendak juga disediakan kerana semua pasangan yang berkahwin melakukan perkara sama.

Fenomena majlis kenduri yang gah dan penuh pembaziran wajar dielak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Walimah pada hari pertama adalah suatu hal yang benar. Pada hari kedua adalah suatu perkenalan, sedangkan hari ketiga adalah pamer dan mencari kemasyhuran.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Sebaik perancangan untuk pengantin selain menganjurkan majlis perkahwinan secara besar-besaran ialah persediaan menempuh alam hidup berumah tangga. Ini termasuk merancang kewangan keluarga.

Jika semua simpanan dihabiskan untuk majlis perkahwinan, bagaimana dengan pelan membina kehidupan berkeluarga. Bebanan hutang hanya akan mendatangkan masalah kepada pasangan suami isteri yang baru mengenal alam rumah tangga. Adalah tidak wajar mereka dibebankan dengan masalah kewangan majlis kenduri.

Oleh itu, di sebalik keghairahan merancang majlis perkahwinan, sebaiknya bakal suami isteri mempersiapkan diri dengan memahami tugas serta tanggungjawab yang perlu dipikul bagi memastikan rumah tangga disinari kasih sayang dan persefahaman.

Pasangan bakal berkahwin jangan terlalu mengikut perasaan sebaliknya meneladani konsep perkahwinan yang sederhana dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

Sikap bersederhana mengelak umat Islam terjerumus pembaziran yang hanya akan merugikan bukan saja dari aspek mengadakan majlis perkahwinan, juga dalam pelbagai tuntutan kehidupan yang lain.

Kemeriahan majlis perkahwinan bukan terletak pada mahalnya kos penganjuran kerana majlis yang sederhana juga boleh meninggalkan kesan mendalam kepada tetamu jika dilaksanakan mengikut syariat Islam melalui amalan gotong royong serta hubungan bermasyarakat.

Keberkatan dalam rumah tangga bermula dari majlis perkahwinan sederhana serta mas kahwin berpatutan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya.” (Hadis riwayat Ibn Hibban)



                           
p/s : sekadar copy dari paper. Teringat topik perbincangn di warna pagi IKIM, kenduri jadi adat atau ibadat. Buat peringatan semua dan diri sendiri dan jgak utk abang yang akan  melangkah ke arah ini.
sumber : berita harian

December 12, 2011

Suri Teladan di Jalan Dakwah

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (As-Saff 61:14)
' Apa yg anak-anak faham ttg dakwah?'. Seorang demi seorang soalan ini ditujukan oleh Ustazah Syimah ketika permulaan usrah minggu lepas sambil memegang buku 'Suri teladan di sepanjang jalan dakwah' karangan Mustafa Masyhur.

Setiap org memberi jawapan yang hampir sama.

Ustazah syimah meneruskan kata-katanya 'tiada yang salah berkenaan dakwah tetapi dakwah itu menurut sheikh mustafa masyhur dlm bukunya ini ada empat iaitu :-

1. dakwah itu menggerakkan jemaah
2. dakwah bermatlamat menegakkan negara Islam
3. dakwah utk memantapkan agama Allah
4. dakwah  itu jalan yang diikuti oleh orang yg jujur.

Seperti di permulaan ayat ke-14 surah assof : wahai org-org yg beriman, jadilah diri kamu pembela agama Allah... Andai kita ini menjadi orang beriman berusahalah utk menjadi pembela agamaNYA bukan pemusnah.

Dan dengan dakwah ini jugalah mampu menegakkan negara islam. Dakwah utk menegakkan akidah dalam diri masyarakat utk lebih memahami Islam.

Ibarat pokok dan pagar,tidak bermanfaat ada pagar tetapi pokoknya belum tumbuh.

Ustazah menambah lagi makna dakwah oleh mustafa masyhur dalam huraian buku ini :-

" dakwah dalam tiga perkataan iaitu dakwah itu amal, usaha dan jihad"

Dakwah itu amal kerana bermulanya dakwah dengan amalan kita. Pendakwah mesti rasa seronok beramal, baru dakwah itu berkesan. Contohnya, seperti di depan orang lain, adab makan begitu di jaga, tetapi dirumah bagaimana pula kita menjaga adab dan akhlak?.

Dakwah itu usaha. Kerana usaha itu perlu ada pergerakan. Maka dakwah perlu ada usaha dan pergerakan, barulah boleh berjaya. Seperti  bagaimana Nabi SAW berdakwah sehingga mampu membina Daulah islamiyah.

Dakwah itu Jihad. Jihad itu berjuang. Mesti ada rasa dan semangat dan pengorbanan. Selagi pendakwah itu masih ada alasan atas setiap perkara dakwah, makanya perjalanan hidupnya masih ada lagi kurang. Contohnya setiap kali mesej usrah sampai, ttp hatinya masih lagi rasa mengharapkan usrah dibatalkan, perlu lagi utk muhasabah diri. Tidak seperti Nabi kita yang sentiasa risau akan umatnya."

Banyak lagi kata-kata dan peringatan dari ustazah.

Setiap kali usrah, pasti ada perkara yang terkena pada diri. Kali ini berkenaan dakwah. Berada di landasan sebenar lebih banyak perkara yang kita tak nak berlaku. Sebagai orang baru, keluar juga keluhan demi keluhan. "Tetapi siapa kita utk rasa hebat dengan hanya secebis ilmu yang ada. Nabi yang mampu menjadi kaya pun menolak menjadi kaya. Inikan pula manusia seperti kita" salah satu nasihat ustazah.

Akhir usrah, diakhiri dengan satu pertanyaan berkenaan pemuda yang berfikrah tidak membenarkan isteri yang berfikrah untuk terlibat dengan dakwah. Saya ingat perkara ini tak berlaku, tetapi rupanya mmg benar berlaku.Ada beberapa nasihat dan solusi dari ustazah juga.

Semoga saya sentiasa diberi peringatan melalui usrah-usrah seperti ini.



p/s: sedikit perkongsian utk shbt2 yg belum berkesempatan  join usrah..