June 29, 2009

Tahukah Anda


Assalammulaikum...sekadar entry santai dari email sahabat

FAKTA

1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas
dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air
sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempelengadalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku. hehehehehhehehehehe eh....... ....Sentuh la telinga kurang ngan siku
sampai ia kena.......Tak normal la korang maknanya..

June 28, 2009

Tag dari siti

Assalammualaikum..

Peraturannya:


Sahlan ginddan2.. Mai check this out..

Perkara2 yang perlu anda lakukan ialah:

1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..

June 24, 2009

Jejak-izzatul islam

Assalammualaikum

Di sini ana nak kongsikan sebuah lagu perjuangan yang ana dapat daripada sebuah program yang ana sertai beberapa hari yg lalu. Lagu yang berjaya menaikkan semangat semua peserta program termasuklah ana. Marilah sama-sama kita hayati.
Takbir…ALLAHUAKBAR



JEJAK
By Izzatul Islam

Menapaki langkah-langkah berduri
Menyusuri rawa dan lembah dan hutan
Berjalan di antara tebing curam
Semua dilalui demi perjuangan
Letih tubuh di dalam perjalanan
Saat hujan dan badai merasuki badan
Namun jiwa harus terus bertahan
Kerna perjalanan masih panjang

Kami adalah tentera Allah
Siap melangkah menuju ke medan juang
Walau tertatih kaki ini berjalan
Jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan
Wahai tentera Allah bertahanlah
Jangan menangis walau jasadmu terluka
Sebelum engkau bergelar syuhada
Tetaplah bertahan dan bersiap siagalah


~Wallahu’alam~

June 19, 2009

MaDah ImaM Syafie


Assalammualaikum....
email yang ana dapat dari sahabat ana..renungan untuk semua :)...


IMAM Al-Shafie bijak mengungkaikan madah bagi menyampaikan maksud
ajaran Islam dengan mendalam. Ungkapannya bertujuan tidak melukakan hati
pendengar, selain membolehkan pengikutnya menghalusi maksud di sebalik ajarannya.

Sebahagian besar madahnya mengajak manusia memikirkan arah tuju
kehidupan, selain melakukan muhasabah diri bagi memperbetulkan kesilapan yang
dilakukan.

Antaranya:-

Perhiasan ulama itu ialah takwanya, keelokannya akhlak mulia dan
kecantikannya murah hati.

Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmu melainkan dia
berada
dalam kekurangan.

Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ulama, selain daripada
kesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai oleh Allah

Ilmu itu bukannya yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.

Kemiskinan ulama itu disebabkan Faqrul Ikhtiyar (kerana
pilihan),sedangkan
kemiskinan orang bodoh itu disebabkan Faqrul Idhthirar (kerana
terpaksa).



Barang siapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia
banyak
berkhalwat (menyendiri) , mengurangkan makan, tidak bergaul dengan
orang
bodoh yang buruk pekertinya, serta tidak berkumpul dengan kalangan
orang
berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.

Orang yang berakal itu adalah orang yang diikat oleh akalnya daripada
segala
perbuatan tercela.

Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman
sahabatnya dan
menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.

Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat dan
tidak ada
kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.

Barang siapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti dia
menginginkan kebaikannya.

Barang siapa menasihati saudaranya di tengah khalayak ramai, bermakna
dia telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.

Barang siapa yang tidak dimuliakan oleh takwa, maka tidak ada
kemuliaan baginya.

Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja
kerana kalau anda ucapkan satu kalimat saja bererti kalimat itu telah
menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya.

Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan, sebenarnya lebih
tercela.

Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan
Allah



Wallahua'lam

June 15, 2009

Perginya seorang ulama...


Assalammualaikum
alfatihah buat alfadhil ustaz Fathi Yakan yang telah kembali ke rahmatullah pada beberapa hari yang lalu. Semoga segala ilmu dan sumbangan beliau dapat dimanfaatkan seluruh umat Islam di dunia ini.

June 13, 2009

Alhamdulillah wa syukurillah


Assalammualaikum.....
lama sudah ana tidak menulis di sini.erm hanya sedikit perkongsian dari kuliah subuh yang baru ana baru ikuti oleh Ustaz Malik.Allah ar-Rahman.
Betapa besarnya nama Allah yang satu ini.Mari kita renungkan bersama betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia ini. Tetapi mengapa masih wujud lagi manusia yang sombong di muka bumi ini?..Ustaz Malik menambah cubalah kita fikir-fikirkan, kenapa manusia ini Allah ciptakan daripada air mani? tidak dari air ke batu ke..erm..kenapa ye...jawapan hanya satu..kerana Allah tahu manusia itu akan sombong dengan nikmat-nikmatNYA yang diberi. Di dalam Alquran, Allah telah berfirman aku ciptakan udara yakni oksigen untuk manusia hidup di dunia ini. Tetapi masih ada yang ingkar kepadaNYA..
ana bawakan satu cerita daripada ustaz ini.."ada seorang pilot ini datang berjumpa dengan ustaz dan bertanya, macam mana ni ustaz, atas kapal terbang yang saya pandu ada orang berzina, apa yang saya perlu buat?.kalau ikut hati mmg nak terjun laut je ustaz,apa yang perlu saya buat ye ustaz?" Kata pilot itu lagi " tapi satu je yang biasa saya buat ustaz, saya akn cakap 'anda sedang berada dalam zon bahaya' dan saya akan bawa laju atau pun terbalik-balik sikit supaya biar botol-botol arak itu bergelimpangan dan orang yang nak berzina itupun, tidak jadi buat maksiat"... ustaz malik menghabiskan ceritanya disini...ini adalah salah satu contoh orang yangberfikir (pilot) tetapi orang yang melakukan maksiat itu tidak berfikir akan nikmatNYA yang diberi akan ditarik bila-bila masa..Ya Allah na'uzubillah..erm ana berfikir diri ini adakah sudah bersyukur dengan nikmat kuniaanNYA tiap-tiap hari ini..peringatan buat ana dan sahabat sekalian, hidup kita ini adalah dibawah kawalan Yang Maha Kuasa. Hanya Dia tuan dan kita hambaNYA..

Wallahu'alam