December 13, 2008

Salju Sakinah



Sinopsis

NOVEL Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah siswi tahun akhir Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

Sumayyah, 25 tahun berhadapan pelbagai rona ujian yang mencabar kematangannya dan wibawanya sebagai pelajar jurusan Syariah di universiti Timur Tengah.

Novel ini mengambil dua latar tempat iaitu Jordan dan Malaysia. Juga dua latar waktu iaitu ketika Sumayah menghabiskan semester terakhirnya dan ketika dia berada di kampungnya, di Senggarang, Batu Pahat.

Walaupun watak Sumayyah menjadi sudut pandangan utama di dalam novel ini, tetapi persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik, sosial dan ilmu turut disentuh di dalamnya. Lantaran, sewaktu di Jordan, Sumayyah amat intim dengan isu Palestin, Iraq dan dunia Islam sekitarnya disebabkan pergaulannya dengan pelajar-pelajar Arab yang tinggal berjiran dengannya. Sedaya mungkin Sumayyah cuba membantu teman-temannya yang menghadapi kesan dan tekanan perang.

Selain itu, novel ini juga tidak melupakan aspek sosial dengan mengenengahkan isu sumbang mahram, hasad dengki, fitnah -memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat. Sumayyah berhadapan dengan fitnah daripada jirannya dan akhirnya berjaya membongkar kes sumbang mahram yang dialami jirannya itu.

Bahkan, ia juga mengupas aspek ekonomi orang Islam dengan perusahaan kerepek yang diwarisi Sumayyah daripada ayahnya. Industri desa yang popular di Batu Pahat ini menjadi latar utama novel ini sepanjang watak Sumayyah berada di kampungnya.

Novel ini berlangsung selama kira-kira sembilan bulan. Bermula pada musim panas pertengahan Mei dan berakhir pada musim sejuk akhir Januari tahun berikutnya. Ia dimulakan dengan kejutan-kejutan di luar duga dalam diri Sumayyah di penghujung pengajiannya: Hubungannya dengan Afnan, siswa Universiti al-Azhar terputus, beberapa masalah persatuan pelajar, malah turut berkongsi derita dengan pelajar-pelajar Palestin.

Seminggu selepas peperiksaan akhirnya pada awal Jun, tanpa menunggu keputusan rasminya keluar, Sumayyah terbang pulang ke Malaysia. Apabila tiba di rumah, dia terkejut apabila mendapati ayahnya baru sahaja meninggal dunia sepuluh hari yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Berita duka itu sengaja dirahsiakan keluarganya memandangkan peperiksaan akhir yang sedang dijalaninya.

Di kampungnya di Senggarang, Batu Pahat, Sumayyah meneruskan usaha ayahnya membangunkan kilang kerepek bersama ibunya dan Muazam, pembantu ayahnya. Pelbagai cabaran dihadapi oleh Sumayyah dalam meneruskan industri yang makin berkembang, namun dia mendapat sokongan kuat daripada Muazam, pemilik Diploma Pengajian Perniagaan. Kerjasama ini menguatkan hubungan mereka yang direstui ibunya.

Di samping itu, Sumayyah tidak lupa menumpahkan khidmat ilmu kepada masyarakat dengan aktif memberi kuliah agama, menjadi tempat rujuk masyarakat dan terlibat dengan pergerakan wanita di kampungnya bersama bekas gurunya, Ustazah Samihah. Program Yaasin dan tazkirah dari rumah ke rumah yang sebelumnya mati dihidupkannya semula.

Namun, dia diuji apabila jiran sebelah rumahnya yang baru bersuami muda mula memfitnahnya. Lebih memeritkan, kakak dan abang iparnya sendiri terpengaruh dengan ajaran sesat.

Bagaimanapun pada pertengahan September, Sumayyah menerima kejutan yang sangat mencabar keimanannya apabila menerima panggilan telefon dari Jordan. Dia diberitakan gagal salah satu kertas yang diambilnya pada semester terakhir apabila slip sebenar keputusan rasmi dikeluarkan pihak senat universiti ? walhal sebelumnya dia telah diberitakan lulus berdasarkan keputusan tidak rasmi yang ditampal oleh pensyarah. Maknanya, dia masih belum bergelar graduan.

Dia malu amat, sukar untuk menerima kenyataan. Tetapi terpaksa juga secara senyap-senyap kembali ke Jordan pada awal Oktober untuk meneruskan satu subjek yang masih tersangkut setelah didesak oleh ibunya yang baru sedikit pulih daripada serangan kencing manis. Urusan kilang diserahkan kepada Muazam.

Walaupun terasa sangat malu, namun ditabahkan hatinya berhadapan dengan teman-teman. Peluang keduanya belajar di Jordan dihabiskan dengan ?menadah? kitab dengan ulama dan para pensyarah. Namun kesedihan itu terubat kerana dia dilamar oleh Naufal, pelajar sarjana yang selama ini meminatinya secara diam-diam.

Pada akhirnya, salji yang lebat turun menduga kesabarannya apabila suami yang dinanti tidak pulang kerana terperangkap dalam ribut salji di Amman. Walau bagaimanapun novel ini masih diakhiri dengan kejutan di luar jangka yang positif.

Selebihnya, novel ini menawarkan nilai-nilai murni yang wajar diteladani pembaca. Justeru sebagai sebuah novel Islamik, sirah Rasulullah, kisah para Nabi dan sahabat turut dititipkan kepada pembaca sebagai peringatan; tanpa melupakan firman Tuhan dan hadis Nabi yang diselitkan juga sebagai panduan. Insya-Allah.

p/s:buku ini sudah lama berada di pasaran. tapi boleh juga didapati di http://www.ujanailmu.com.my/

December 10, 2008

Bahagiakah aku?

Ibnu Abbas telah mengatakan bahawa terdapat 7 kunci kebahagiaan hidup di dunia:

1. azwaju solihah (pasangan yg soleh). pasangan yg soleh akan mencipta rumahtangga yg soleh dah di akhirat kelak si suami akan dipertanggungjawabkan ke atasnya amal soleh ahli keluarganya.berbahagialah jika memiliki pasangan yg soleh

2. Qalbun syukran (hati yg mensyukuri). memiliki hati yg mensyukuri atas nikmat Allah bererti menerima sekadar adanya segala rezeki yg diberi NYA. kita akan merasa cukup atas segala yg ada.

3. Memiliki umur yg berkat. umur yg semakin tua adalah semakin soleh dan diisi dgn amal ibadat dan sentiasa mempersiapkan diri untuk menemuiNYA.berbahgialah org yg memiliki umur yg berkat

4. Al auladun abrar(anak ug solehah).anak yg solehah pastinya permata keluarga.Anak yg soleh dapat mendoakan ibubapanya.

5. Albiatu solihah(suasana yg kondusif utk iman kita). berbahgialah jika kita berada dlm bia'h solehah.berkawan dgn org2 yg soleh yg selalu mengajak kpd kebaikan

6. Semangat utk memahami agama. berbahagialah org yg mempunyai semangat yg tinggi dlm memahami ilmu agama Islam. semakin byk ilmu dituntut semakin dekat pada Allah.

7. Harta yang halal. harta yang banyak tidak menjamin kehidupan tetapi harta yg halal disisiNYA itu yg lebih bernilai. berbahagialah menjadi org yg mempunyai harta yg halal kerana doanya dimakbulkan Allah.

Semoga kita mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Waallahua'alam

Salam Takziah..



Salam Takziah buat keluarga yang terlibat dengan kejadian banglo ranap ini. sedang umat Islam yg lain membuat persiapan menyambut aidiladha,mereka meratap kesedihan di atas apa yang berlaku. Segala ketentuan hanya Dia yg maha mengetahui. Bagi kita yg masih dalam keadaan selesa ini sepatutnya mengambil iktibar atas apa yg berlaku. sebahagian org yg saya temui bersimpati atas kejadian tersebut tetapi ada juga yang mencemuh..'padan muka.Itulah bala Allah bg. Ntah apa yg dibuat kt situ'..Kita sebagai hambaNYA tidak layak menilai dan menghukum hambanya yg lain.Segala yg Allah tentukan ada hikmahnya. Sama ada baik atau pun buruk..Jadikanlah ia satu peringatan dan pengajaran bukan satu bahan ejekan. Hari ini nasib mereka begini..entah esok lusa bagaimana pula dgn kita..Anggaplah ia satu ujian keimanan yg Allah beri pada hambanya yg disayangi...surah al-Ankabut ayat 2,“Apakah manusia mengira mereka akan dibiarkan hanya mengatakan, ‘Kami telah beriman,’ sedangkan mereka belum diuji.”

Waallahua'lam

December 9, 2008

Gabungan Mahasiswa UKM



Gabungan Mahasiswa UKM kembali..kini gm kampus kl telah ada blog sendiri. Segala informasi dan maklumat terkini sila layari http://gmkkl.blogspot.com

Harapan Baru Mahasiswa.

Bersama Mahasiswa, Memimpin Kecemerlangan Mahasiswa.

December 5, 2008

Cukupkah kerja kita untuk jemaah?

"Bang... mana pergi. Lama tak dengar berita?" Seorang sahabat menyapaku.
"Lama tak tulis artikel... ingatkan pergi buat haji?" Sapa seorang blogger.

Beberapa minggu ini aku memang sibuk. Sibuk dengan urusan parti, sibuk dengan urusan kerja, sibuk dengan urusan anak... ditambah pula dengan komputerku yang selalu meragam. Kesibukan seperti inilah yang selalu menjadi alasan untuk tidak menginfakkan tenaga untuk Islam dan jamaah. Ramai yang menganggap bahawa aku kerja sendiri, kenapa tak boleh adjust time kerja? Apa guna kerja sendiri kalau dikongkong oleh masa juga. Aku jawab selamba je... kerja sendiri lagi susah. Sebab ada kerja ada 'gaji' tak de kerja tak de 'gaji'. Sapa nak bayar aku?

Sememangnya begitulah bagi sesiapa yang kerja sendiri. Selain dari mempunyai motivasi tinggi dan keyakinan yang tinggi bahawa rezeki itu datangnya dari Allah, rupa-rupanya kerja sendiri juga menuntut pengorbanan yang tinggi iaitu kena buat kerja jamaah 'betul-betul' tidak berbayar... hanya mengharapkan ganjaran Allah di akhirat. Jadi, aku pernah nasihat adik-adik, kalau kalian tidak bersedia untuk pengorbanan itu, jangan cari pasal kerja sendiri. Kecualilah kalian tidak bersedia untuk berkorban bersama jamaah, kalian nak mengumpul kekayaan dan 'bersara awal', kalian pilihlah kerja sendiri.

Aku kadang-kadang rasa pelik juga dengan sikap dan anggapan anggota jamaah kita. Kadang-kadang pimpinanpun macam tu. Mereka boleh terima kalau seseorang yang kerja kerajaan tu beri alasan yang dia kerja atau on-call untuk tidak dapat memberikan tenaga dalam sesuatu program, tetapi tidak boleh terima kalau aku yang kerja sendiri ni memberikan alasan yang serupa. Kadang-kadang terpaksa explain beberapa kali, bahawa orang kerja kerajaan ni boleh ambik cuti untuk terlibat, di mana cutinya ada 30 hari setahun yang tidak menjejaskan gajinya. Tapi aku kena kerja hari ini kerana ada.... begitulah kadang-kadang tanggungjawab kita kepada kerja tu bukan semata-mata tanggungjawab untuk mengisi poket sendiri, tapi ada amanah lain yang terpaksa ditunaikan. Entahlah mereka faham atau tidak... tapi yang nyata dari air muka mereka itu memang jelas tidak puas hati.

Bagi pendokong perjuangan yang juga mempunyai tanggungjawab yang besar di tempat kerja, mereka perlu merancang untuk memberikan kerjasama dari hati yang ikhlas untuk Islam. Hanya dirinya dengan Allah sahaja yang tahu sejauh mana keikhlasannya untuk berkorban untuk agama Allah. Mereka boleh memberikan 1001 alasan untuk tidak bersama, tetapi Allah tahu akan alasannya. Jika alasan yang sengaja diada-adakan, mereka juga tidak beruntung di akhirat kelak. Tidak kira kita siapa dan di mana kita berada, marilah kita ikhlaskan hati-hati kita untuk memberikan semaksima mungkin sumbangan untuk perjuangan. Allah tidak akan mensesiakan kerja-kerja kita untuk perjuangan itu kerana ganjarannya tersangat besar di akhirat nanti.

Lihatlah sedikit peringatan yang sempat aku tuliskan. Pada hari Kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia iaitu:

1) Allah menolak alasan dari orang kaya kalau sekiranya ia berkata,"Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan." Firman Allah kepadanya, "Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa dari mengingati Aku."

2) Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata, "Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu." Firman Allah kepadanya, "Utusan-Ku Nabi Yusuf juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula ia leka dari mengerjakan ibadatnya kepadaKu."

3) Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata, "Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu." Firman Allah kepadanya, "Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah sebagaimana miskinnya seorang utusanKu iaitu Nabi Isa a.s dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawabnya kepada-Ku."

4) Allah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya ia berkata, "Penyakit inilah yang menghalang aku dari melakukan sujud kepada-Mu. Firman Allah kepadanya, "Penyakitmu tidaklah seteruk seperti apa yang dialami oleh hamba-Ku yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s. tetapi lidah dan hatinya sedikitpun tidak berhenti dari menyebutkan akan nama-Ku."


Sekian.

http://papismatrg.blogspot.com/