Assaalammualaikum......
Alhamdulillah kesempatan untuk menghirup udaraNYA masih dirasai dan nikmat iman dan islam itu masih lagi diberi ketika ini. Ketika artikel ini ditulis banyak benar berita-berita hangat yang menggemparkan negara. Antaranya YB Nizar diumumkan sah sebagai MB Perak, rasanya berita ini membuatkan penduduk Perak mengucapkan syukur kepadaNYA kerana akhirnya kebenaran dan keadilan ditegakkan. Pelbagai kisah lagi yang sedang berlaku di Malaysia ini dan kalau diperhatikan semuanya adalah seperti tanda-tanda kiamat yang pernah diberitahu. Kadang-kadang kita bukannya lupa tetapi leka dengan dunia termasuk diri yang menulis ini. Disini, ana perlihatkan semula antara tanda-tanda kiamat sebagai peringatan kita bahawa hari kiamat itu pasti tiba seperti yang dijanjikanNYA dalam kitab Al-quran..
Tepuk dada tanya iman....fikir-fikirkan kiamat akan tiba bila-bila masa sahaja..Waallahua'lam
Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora