April 7, 2010

Mahasiswa Prihatinkah?


sekadar gambar hiasan


Assalammualaikum..

Diskusi maghrib di surau G sewaktu exam semakin hari semakin menarik dan semakin matang perbincangannya antara sahabat2. kali ini perbincangan isu Gejala Sosial dan Akhlak Remaja menjadi pilihan.

Ya..memang ini tajuk yg amat sesuai utk semua bincangkan...

MAHASISWA PRIHATINKAH kita?

sengaja di persoalkan perkara ini.sejauh mana kita semua prihatin dengan masalah sekeliling. tahap sosial dan masalah remaja semakin kritikal. kalau di hospital rasanya sudah sampai tahap 4 atau 5 iaitu tahap paling kritikal dan nazak. perlu dibedah segera tetapi adakala pembedahan itu 50-50..berjaya atau gagal..

isu 1: rokok..kanak2 darjah 5 pun dah merokok..kata seorang sahabat..sejauh mana gambar paru2 yg mengerikan itu memberi kesan pada perokok2 tegar ini? persoalan ditimbulkan..tambah lagi seorang sahabat..kerana ketagih mereka masih sanggup merokok..

isu 2: masalah zina...cerita seorang sahabat..murid sekolah rendah tanpa segan silu bercerita ttg perkara lucah..sekolah menengah apatah lagi...soal agama??

isu 3: pergaulan bebas..lelaki dan perempuan sejauh mana menjaga adab2 antara mereka..sudah hilang adabkah??...bertepuk dan bertampar serta bergelak ketawa tanpa segan silu..

cukuplah setakat tiga isu diuraikan...terlalu banyak masalah2 yang berlaku..belum lagi pada isu2 lain...MEB?...tetapi MAHASISWA PRIHATINkah kita?..setakat membaca surat khabar dan melepaskan geram pada pelaku2 perkara2 tersebut..TINDAKAN??...selepas itu masih dengan kehidupan biasa...

Persoalan bukan untuk menunding jari tetapi untuk diri sendiri..

di manakah asal usul punca masalah2 ini..sahabat2 tadi ada juga berbincang mencari SOLUSI..kenapa ada kempen katakan TAK NAK pd ROKOK?..tapi tiada kempen TAK NAK pd ZINA secara besar-besaran..or kempen JAUHI AKHLAK BURUK dan kempen INGAT ALLAH atau sebagainya...persoalan yang ditimbulkan...

MAHASISWA...apa perlu kita lakukan??

akar umbinya adalah ilmu...ilmu dunia + akhirat...sama2 fikirkan

wallahu'alam...

++jom turun surau G, cetuskan idea, matangkan diri++
++ maa'nnajah fil imtihan++

March 13, 2010

Menjadi bukan mencari


Assalammualaikum.....

Sedikit pengisian dan peringatan utk diri yg serba lemah ini. Menjadi bukan Mencari. kata-kata keramat ustaz Hasrizal sewaktu forumnya di ukm kl beberapa hari yang lepas.

Ya! menjadi solehah dahulu baru mencari yang soleh.

ttpi bukan hal perkahwinan atau percintaan mahu dibincangkan disini. Bagaimana sudutnya mahu menjadi solehah? Hanya ilmu akar utama. penuhkan dengan ilmu barulah wujudnya amal dan melahirkan insan yg solehah beramal dengan amalan2 kepadaNYA.

ilmu yg bagaimana?ilmu akhirat,ilmu dunia dan bermacam2 ilmu. ahli gerakan juga perlukan ilmu bukannya hanya ilmu perjuangan. salah anggapan sesiapa shj yg berfikir ahli gerakan hanya perlukan ilmu2 perjuangan dan hadis perjuangan...ILMU ITU LUAS..

"katakanlah Muhammad ' seandainya lautan itu menjadi tinta utk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, maka pasti habislah lautan itu sebelum selesai (penulisan) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula'" (alkahfi:109)


Bersama-samalah berusaha menggapai ilmuNYA yg maha luas. Menjadi solehah bukan setakat tahu hal2 agama ttpi juga mengamalkannya.

sekadar ingatan ttg ilmu...

masuk sedikit bab cinta manusia...
akhir2 ini, ada shbt2 yg bercerita ttg cinta kpd manusia...ada yg mahu berkahwin ketika belajar, ttp si perempuan belum bersedia..ada yg juga mahu bertunang ttp tidak mahu berkahwin lg..macam2 kisah diceritakan....ttp nasihat utk diri dan sahabat2...:-

~luaskan paradigma ttg cinta
~cinta bukan dilihat dari pandangan dekat
~cinta juga tidak boleh dilawan dan dilayan
~hakikatnya...inginkan cintaNYA dan cinta hambaNYA, juga memerlukan ilmuNYA...

~wallhu'alam..sekadar tulisan2...

February 23, 2010

Chocolate??

(click utk saiz besar)

Assalammualaikum..apa itu syubhah??...sebenarnya baru je balik dari lawatan sambil shopping di kilang coklat di Seri Kembangan, Selangor..memerhati cara2 pemprosesan coklat..dan shopping coklat kat kedai situ..rupanya dalam perjalanan pulang tanpa disedari ada terbeli satu jenis coklat yang xde tanda halal..mcm mna tu??..bincang ngan sorang sahabat yang turut beli..akhirnya..jalan penyelesaian..beri je coklat tu pada sahabat non muslim...rasanya ini yang terbaik..ttp ada jugak sahabat lain kata..."halal kot"...emmm...

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.


(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)






Syubhah ialah sesuatu hukum yang tidak diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya.

Perbincangan Hadis :
1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas : Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik. manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.
2) Perkara-perkara Syubhat : berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya. yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.
3) Bila berhadapan dengan syubhat : tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa – redha Allah. syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita – mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
(kisah nabi dgn. Sofiah – dilihat oleh sahabat). tinggalkan syubhat – sifat wara’ – sempurna iman.
4) Peranan Hati : hati berpenyakit – jihadnya dengan mengikut manhaj Allah

Pengajaran hadis:
Melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah. Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi,demi menjaga maruah diri dan keheningan agama. Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.


**berusaha untuk tinggalkan perkara yang syubhah bukan sahaja dari segi makanan tetapi juga perkara2 lain kerana ia melibatkan diri kita.kita sebagai umat islam cubalah untuk tidak pandang remeh kpd perkara2 syubhah ini....

**paling gembiranya...rupa2nya coklat tu halal, sahabat2 yang pergi melawat utk sesi petang dah tanyakan pada owner...:)

**"keredhaan Allah itu melebihi keredhaan manusia"

**wallahu'alam



February 19, 2010

USRAH utk siapa?

Hakikat usrah di sekolah2 dan di kampus2 sering disalah tafsir oleh org2 tertentu.

kata mereka:
"usrah utk 'budak tudung labuh' je. "usrah ni tempat berpolitik". "usrah ni macam2 la". dan ada juga yg sering melarikan diri dari usrah.

apa pun sblm kita memberi pndgn ttg usrah mari lihat pengalaman seorang sahabat ttg usrah.seterusnya terpulanglah utk menilai apa itu usrah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Petang itu kali pertama saya sujud dalam tempoh yang lama..dan pertama kali itu jugalah saya merasakan nikmatnya sujud kepada Allah..saya menangis terharu dan berterima kasih kepada Allah kerana melapangkan rezeki dan urusan saya serta wujudnya insan2 yg sudi membantu saya..my seniors

Menjejakkan kaki di United Kingdom, saya yg sebenarnya tiada keinginan langsung utk melanjutkan pelajaran diluar Negara rasakan bagai dicampak ketengah2 lautan..dengan beberapa masalah yg timbul, dan tidak mengenali walaupun rakan sebatch, saya rasakan saya hampir lemas. Dengan izin Allah, mereka menghulurkan tangan, membantu saya..walaupun x pernah jumpa saya..walaupun dalam hati saya sendiri bertanya “Siapa kamu?”

Dan malam itu sy tertidur diatas sofa mereka ketika mendengar mp3 surah yassin dalam handphone (sy simpan mp3 ni sbb saya takut hantu…hahaha..adesss)

Apabila saya sedar, tubuh saya berbalut dengan selimut..empuk dan hangat.. dan disisi saya, seorang kakak lena..menemani saya di ruang tamu rumahnya itu..

“siapakah kamu?”

Persoalan saya hanya dijawab dengan dengkuran.. saya hanya mampu tersenyum…

“kak U** Madu tu alim sikit…watch ur words” pesan rakan saya

Sebulan telah berlalu, hubungan saya dengan rakan sebatch telah bertambah baik. Begitu juga dengan seniors..mmg benar..kak U** Madu pakai tudung labuh dan sering mengenakan baju kurung…kebiasaannya saya cukup aware dengan org sebegini dan melarikan diri..saya lebih suka berkawan dengan org2 yg rock..entah mengapa kak U** Madu memberikan perasaan yg berbeza..begitu juga dengan rakan2nya..perasaan yang sangat selesa…

“siapakah kamu?” desis hati saya lagi

Akhirnya saya membuat keputusan untuk memagar diri..tetapi tetap berhubung dengan mereka demi kebaikan jangka masa panjang..(jahatkan saya?)

Jadi saya sering melarikan diri

“usrah? Apakah itu? Duduk sejenak utk beriman dengan Allah? Masa2 lain x boleh ke? Nak kena duduk2 jugak? Kalau saya x join bermakna saya x nak beriman ke?”

Begitulah persoalan yg sering berlegar2 dikepala saya..

Saya sayang agama saya. Saya bangga saya Islam. Saya jaga solat saya. X perlulah utk extreme sangat sampai buat usrah… org pakai tudung pun bkn semua baik. Tengok je la edisi siasat…

Benar..ketika itu saya memasang niat utk tidak memakai tudung. Malah saya pernah menggalakkan rakan saya utk berbuat demikian, sebagaimana yg dia suka. Sesuatu yg saya sesali hingga hari ini.. entah apa yg akan terjadi pada saya sekarang andainya hari itu saya masih berdegil..melarikan diri dari usrah. Entah mengapa petang itu saya rasa begitu tertarik utk mengetahui sendiri apa itu usrah. Maka saya stay, biasanya saya akan cari seribu alasan utk excuse diri…

Usrah dimulakan dengan tadabbur Quran seperti biasa. Seorg demi seorg membacakan ayat suci. Saya mendengar… kenapa ia sangat berbeza dengan tilawah yg sering keudara di tv2 dulu? (saya sering menukar saluran apabila tiba rancangan tilawah..hehe)

Seperti ada sesuatu yg lain..entah dimana… saya tidak membacakannya kerana ketika itu sy tidak sy tidak suci. Maka saya diminta agar membacakan terjemahannya.

Sy rasakan bagai jantung saya digenggam erat agar berhenti berdegup..

Apakah ini?

Apakah ini?

Apakah ini?

Inikah Al-Quran?

Selama ini saya pernah mendengarnya…tapi saya tidak pernah mengenalinya…

Saya tak pernah peduli akan maksudnya

Malah saya seakan2 tak tahu bahawa ayat2 ini mempunyai makna

Apakah ini?
ia seakan2 pesanan dari ibu yg menyayangi kita dan menasihati kita

Ia memberi amaran kepada kita dan kemudian ia menasihati kita malah menenangkan hati kita dengan kata yg ikhlas.

Tak…ia lebih dari pesanan ibu…ia jauh lebih…(saya x tergambarkan perasaannya)

Ia pastinya dari yang sangat menyayangi kita lebih dari ibu..lebih dari segalanya

Pastinya…pastinya ia dari pencipta..Allah yang maha besar!

Ajaibnya…

Hebatnya…

Ajaibnya…inikah yg terkandung dalam sebuah buku yg selama ini saya akui saya sanjungi sehingga saya meletakkan ia diatas almari tertinggi dirumah saya dan akhirnya membiarkan ia tidak bersentuh? Kitab yg tiada effort utk sy pelajarinya?

Inikah selama ini yg telah saya abaikan?

Sebuah keajaiban…

saya dapat rasakan seluruh tubuh saya menggigil,terutama sekali apabila saya mengingatkan kembali alunan ayat2 suci ini yg dibacakan rakan2 usrah.

Dan dari situ saya mulai jatuh cinta pada Al-Quran

Saya mula menjinak2kan diri dengan usrah..

Saya nekad hadirkan diri saya pada minggu seterusnya. Dan dengan kehadiran tersebut bermakna akan tibanya masa utk saya pula mentilawahkan beberapa potong ayat al-Quran.. saya takut.. saya sgt takut..saya sememangnya tidak reti membaca al-Quran.. semasa sekolah agama saya ponteng..bila dihantar belajar mengaji saya nyorok…(masalah betullah saya ni)

Tapi tiada seorg pun dari mereka mentertawakan bacaan saya. Malah mereka dengar dengan alert. Dan memperbetulkan bacaan saya. Dan membantu saya menguasainya..saya yg sememangnya egoist, tangisan pada saya hanyalah utk pengecut yang lemah..tapi dikala itu,airmata bagaikan murah..menitis laju..saya terharu..kerana keajaiban Al-Quran,dan juga kerana kehangatan ‘mereka’ dibumi UK yg sejuk…

Usrah tidak hanya sekadar membaca Al-Quran, disini kami turut memahami agama junjungan kami. Pelbagai perbincangan yang diadakan.. soalan2 yg pernah bersarang minda saya rupa-rupanya jelas di dalam al-Quran

Mengapa kita dilahirkan? Mengapa sy seorg manusia, bukan kucing?

Apakah yg menanti saya selepas mati?

Dari mana hadirnya saya dan kemana?

Semua persoalan tersebut jelas terjawab..malah saya turut terpegun dengan timbunan dalil yang menyuruh kita agar tidak mengabaikan pelajaran..

(Ia seperti tattoo.. ia haram kerana ia menzalimi diri kita sendiri..malah ia mengabaikan tubuh badan yg merupakan nikmat Allah kepada kita…Setiap kita berhak mendapat ilmu..tidak mempelajari ilmu seakan2 menzalimi diri dan mengabaikan nikmat yang diturunkan Allah swt yg telah mengajar kita apa yg tidak kita ketahui…Wajarkah kita mengabaikan pelajaran? Mungkinkah kami menolak pembelajaran kami ketepi? Dan banyak lagi perkara yg lebih bermanfaat dan penting utk difikirkan dalam usrah berbanding kahwin…)

Akhirnya saya bertemu Islam…mutiara yg telah saya abaikan selama 20thn saya hidup..

Syukur kepada Allah yg pemurah dengan rahmatnya, saya masih lagi diberi peluang bertaubat..

2thn telah berlalu,telah banyak usrah saya sertai. Bukan kumpulan ini yg akn menentukan syurga atau neraka buat kita tetapi semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Suatu hari nanti kita akan dihisab sendiri

Disana…kita sendirian..dan iman..

Namun ia masih lagi memeranjatkan saya,betapa kuatnya iman saya kita bersama2 dan betapa lemahnya saya sendirian..ya..saya merindui suasana itu..suasana usrah..suasana dimana kami berkumpul hanya demi Allah..

Walaupun ia mengambil masa hanya 2 jam dari 168 jam seminggu (saya rasa masa yg kita gunakan utk ketandas lagi banyak dari dua jam ini kan?)

Dan akhirnya saya dapat jawapan kepada persoalan saya tanpa bertanya mereka..

“siapakah kamu?”

“kami hanya hamba Allah, muslim yg mencari mardhatillah. Dan kami mengajak kamu bersama2 menikmati redha Allah..pencipta yang satu..”
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++