October 30, 2010

Ukhwah itu....


Dalam sebuah hadith Qudsi dinyatakan:

"Orang-orang yang saling mencintai demi keagungan-Ku akan diberikan padanya mimbar dari cahaya yang dicemburui (ghibthah) oleh para Nabi dan syuhada.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitabal-Musnad V)

Dalam hadith Qudsi lainnya, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

“Cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang- orang yang saling menasihati kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku; cinta-Ku mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku"(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam kitaba l -M usnad V)

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihiwa sallam bersabda:

"Suatu hari, seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk mencegat di suatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut, Malaikat bertanya: “Hendak ke mana engkau?” Ia menjawab: “Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini.” Malaikat kembali bertanya: “Apakah kamu punya kepentingan duniawi yang diharapkan darinya?” Ia menjawab: “Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah.” Lantas Malaikat itu berkata (membuka identitasnya): “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dikirim kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudara-mu.”

Dalam sebuah riwayat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya di antara keduanya adalah yang lebih mulia.”( Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab al-Adab al-Mufrad no. 544 )

Suatu saat, 'Abdah bin Abu Lubabah bertemu Mujahidra him ah u lla h. Tiba-tiba Mujahid menjabat tangannya, lalu berkata: "Jika dua orang yang saling mencintai kerana Allah berjumpa, lalu salah seorang di antara mereka menjabat tangan dan tersenyum kepadanya, maka 'dosa- dpsanya berguguran seperti gugurnya dedaunan dari atas pohon." Abdah berkata: "Perbuatan itu (berjabat tangan dan senyum) terlalu ringan." Mujahid menjawab: "Jangan katakan seperti itu, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka"(&l-A nfa l [8]: 63).Ketika mendengar jawaban tersebut, Abdah bergumam: "Tahulah aku, ia lebih mengerti dariku." (Tafsir Ibni Katsir, Jilid II, hlm. 309)

October 29, 2010

Di manakah MASA itu?


Ketika kita mendengar firman Allah (2:267):
وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآَخِذِيهِ إِلَّا أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Jangan kamu mencari-cari suatu yang buruk dari hartamu kemudian kamu infaqnya. Sedangkan kamu sendiri tidak mahu mengambilnya kecuali dengan memejamkan mata padanya. Ketahuilah… Allah Maha Kaya dan Maha terpuji.


Maka apakah kita tidak malu bila kita hanya menginfaqkan hanya waktu lebihan dari waktu kerja, waktu belajar, waktu hobi, waktu santai dan waktu prime kita hanya untuk dakwah. Dakwah hanya mendapat lebihan waktu yang kita sendiri pun sudah penat, tidak mampu berfikir laju dan tidak mampu mengoptimiskan potensi kita…

Ketika waktu segar, cergas, mata bersinar-sinar dan otak boleh berfikir cerah, masa itu diinfaqkan untuk kerja harian kita dan membuat kerja lain yang kadangkala tidak ada kaitan langsung dengan dakwah….

Ya betul.. segala-galanya untuk dakwah. belajar seharian juga untuk dakwah… TETAPI bagaimana kita buktikan bahawa kerja seharian kita adalah untuk dakwah? Sedangkan seluruh harta yang diperolehi -kecuali peratusan yang terlalu sedikit sahaja- semuanya digunakan untuk santapan, karaoke, hiburan, bercuti dan kemewahan sendiri? Cukupkah peratusan yg sedikit tersebut sudah boleh dijadikan alasan bahawa kerja seharian kita yang memakan hampir 90% dari waktu terbaik kita itu semua untuk dakwah?

Islam tidak meminta masa lapang kita. Islam tidak meminta masa lebihan dan masa penat kita. Tetapi Islam mahukan lebih dari itu. Islam mahukan masa cergas, waktu segar dan fikiran bersinar-sinar kita untuk kita fikirkan untuk nya

Jika tidak… selamanya Islam akan berair mata menangisi generasi dakwah yang hanya membina timbunan harta dan pangkat yang tidak menambah apa-apa untuk perkembangannya.

Wallahu'alam..muhasabah utk diri...MASA utk DAKWAH..dimanakah?????