December 16, 2011

Ikhlas~

Hari ini ingin berbicara ttg ikhlas.

Maksud ikhlas. Semua orang pasti tahu dan boleh cari di mana-mana sahaja. Tetapi anda faham ke erti ikhlas yg sebenar?.

Saya baru sahaja mlm kelmarin menonton satu drama di oasis berkenaan watak utama mencari erti keikhlasan. Akhrinya Allah uji dengan satu musibah dan setiap kejadian yg dilalui dihadapi tanpa mengharap balasan. Selepas itu, drama ini menujukkan setiap peristiwa ini dibalas dgn kebaikan atas keikhlasan watak tersebut.

Macam senang bukan?..Kalau kita ikhlas mmg akan dibalas dgn kebaikan kpd kita. Tetapi bagaimana pula ikhlas dlm berjuang.

Semenjak dua menjak ini, saya berusaha untuk bergerak aktif selepas keluar dari kampus. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang. Tetapi pada masa yang sama , Allah tunjukkan beberapa jenis perjuangan manusia ini yang saya tak pasti ttg mereka (bukan nak berburuk sangka).
Tetapi ada beberapa perbuatan yang Allah tunjukkan pada saya.Inilah realiti perjuangan. Bukan semua niat sama, walaupun dari segi luaran, manusia nampak matlamat yang suci iaitu ISLAM.

Bila beberapa siri kejadian berlaku di depan mata sendiri. Kadang-kadang saya sendiri rasa keliru. Tapi alhamdulillah masih ada lagi pihak yang datang kepada saya dan berusaha menerangkan sesuatu dan memberi kefahaman dan menjelaskan perkara sebenar.

Inilah realiti perjuangan. Tidak seindah digambar dan dikata. Manusia tetap manusia. Jika iman kuat di dada, niat itu insyaAllah akan suci dan ikhlas, tetapi jika datang bisikan syaitan, semuanya menjadi lain.

Satu nasihat yang sangat terkesan bagi saya oleh seorang yang dihormati " As, awal-awal lagi dah didedahkan dengan pelbagai masalah dalaman, walau apapun yg berlaku, jgn terlaku fokus dgn masalah, kerana kita yang akan parah. Tetapi teruslah dengan niat kita dan gerak kerja untuk ISLAM. InsyaAllah, akan dibantu"

Walau apapun, jangan fokus dgn masalah. Ya teruskan ikhlas dalam berjuang.

Niat kerana manusia, akan merana.
Niat kerana harta , akan sempit.
Niat kerana Allah, insyaAllah DIA ada sentiasa.

Buat shbt2 yang spt saya juga, baru berjinak-jinak dgn dunia luar, carilah mereka yang lebih kita rasa arif dan kenal kerana manusia ini pelbagai.

  "Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim"



December 15, 2011

Kenduri adat atau ibadat?

MENGADAKAN majlis perkahwinan bertujuan meraikan pasangan yang bernikah dan menghebahkan berita gembira itu kepada saudara-mara serta masyarakat sekeliling. Makluman itu juga bagi mengelak fitnah serta prasangka dalam masyarakat.

Namun, matlamat majlis perkahwinan kini sudah jauh menyimpang daripada tujuan asal apabila wujud perasaan ingin memastikan kenduri yang diadakan lebih meriah daripada orang lain dan memiliki kelainan.




Menganjurkan majlis gilang-gemilang secara besar-besaran tidak dihalang tetapi sebaiknya niat hendaklah menepati kehendak syarak dan tidak menyebabkan timbul masalah kemudian hari seperti menanggung hutang.

Bahkan, digalakkan mereka yang berkemampuan untuk mengadakan majlis untuk meraikan serta menjamu tetamu tanpa mengira latar belakang serta pangkat bagi meluaskan pahala bersedekah.

Bagaimanapun, tidak dinafikan, masyarakat hari ini berlumba-lumba menganjurkan majlis kenduri walaupun sedar perancangan dibuat ada kalanya melampaui kemampuan semata-mata ingin menyaingi orang lain.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang boros itulah saudara syaitan. Dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra, ayat 27)

Mengadakan majlis walimatul urus adalah sunat muakad kepada golongan yang mampu. Daripada Anas Malik, Rasulullah SAW melihat di kepala Abdul Rahman Auf kesan kuning, lalu Baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: Wahai Rasulullah aku telah berkahwin dengan seorang perempuan dengan mas kahwin satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas. Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman Auf dan berkata: Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” (Muttafaqun alaih)

Malangnya, majlis perkahwinan masa kini sudah bermula dengan bibit awal pembaziran melalui kad undangan yang dicetak eksklusif dan mahal harganya. Itu belum mengambil kira pakaian pengantin, pelamin, solekan, hantaran, tema, sistem bunyi dan cenderahati untuk tetamu.

Semua persediaan walaupun untuk barangan kecil akan membabitkan kos yang ada kalanya membebankan pengantin dan keluarga tetapi hendak juga disediakan kerana semua pasangan yang berkahwin melakukan perkara sama.

Fenomena majlis kenduri yang gah dan penuh pembaziran wajar dielak. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Walimah pada hari pertama adalah suatu hal yang benar. Pada hari kedua adalah suatu perkenalan, sedangkan hari ketiga adalah pamer dan mencari kemasyhuran.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Sebaik perancangan untuk pengantin selain menganjurkan majlis perkahwinan secara besar-besaran ialah persediaan menempuh alam hidup berumah tangga. Ini termasuk merancang kewangan keluarga.

Jika semua simpanan dihabiskan untuk majlis perkahwinan, bagaimana dengan pelan membina kehidupan berkeluarga. Bebanan hutang hanya akan mendatangkan masalah kepada pasangan suami isteri yang baru mengenal alam rumah tangga. Adalah tidak wajar mereka dibebankan dengan masalah kewangan majlis kenduri.

Oleh itu, di sebalik keghairahan merancang majlis perkahwinan, sebaiknya bakal suami isteri mempersiapkan diri dengan memahami tugas serta tanggungjawab yang perlu dipikul bagi memastikan rumah tangga disinari kasih sayang dan persefahaman.

Pasangan bakal berkahwin jangan terlalu mengikut perasaan sebaliknya meneladani konsep perkahwinan yang sederhana dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

Sikap bersederhana mengelak umat Islam terjerumus pembaziran yang hanya akan merugikan bukan saja dari aspek mengadakan majlis perkahwinan, juga dalam pelbagai tuntutan kehidupan yang lain.

Kemeriahan majlis perkahwinan bukan terletak pada mahalnya kos penganjuran kerana majlis yang sederhana juga boleh meninggalkan kesan mendalam kepada tetamu jika dilaksanakan mengikut syariat Islam melalui amalan gotong royong serta hubungan bermasyarakat.

Keberkatan dalam rumah tangga bermula dari majlis perkahwinan sederhana serta mas kahwin berpatutan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya wanita paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya.” (Hadis riwayat Ibn Hibban)



                           
p/s : sekadar copy dari paper. Teringat topik perbincangn di warna pagi IKIM, kenduri jadi adat atau ibadat. Buat peringatan semua dan diri sendiri dan jgak utk abang yang akan  melangkah ke arah ini.
sumber : berita harian

December 12, 2011

Suri Teladan di Jalan Dakwah

Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (As-Saff 61:14)
' Apa yg anak-anak faham ttg dakwah?'. Seorang demi seorang soalan ini ditujukan oleh Ustazah Syimah ketika permulaan usrah minggu lepas sambil memegang buku 'Suri teladan di sepanjang jalan dakwah' karangan Mustafa Masyhur.

Setiap org memberi jawapan yang hampir sama.

Ustazah syimah meneruskan kata-katanya 'tiada yang salah berkenaan dakwah tetapi dakwah itu menurut sheikh mustafa masyhur dlm bukunya ini ada empat iaitu :-

1. dakwah itu menggerakkan jemaah
2. dakwah bermatlamat menegakkan negara Islam
3. dakwah utk memantapkan agama Allah
4. dakwah  itu jalan yang diikuti oleh orang yg jujur.

Seperti di permulaan ayat ke-14 surah assof : wahai org-org yg beriman, jadilah diri kamu pembela agama Allah... Andai kita ini menjadi orang beriman berusahalah utk menjadi pembela agamaNYA bukan pemusnah.

Dan dengan dakwah ini jugalah mampu menegakkan negara islam. Dakwah utk menegakkan akidah dalam diri masyarakat utk lebih memahami Islam.

Ibarat pokok dan pagar,tidak bermanfaat ada pagar tetapi pokoknya belum tumbuh.

Ustazah menambah lagi makna dakwah oleh mustafa masyhur dalam huraian buku ini :-

" dakwah dalam tiga perkataan iaitu dakwah itu amal, usaha dan jihad"

Dakwah itu amal kerana bermulanya dakwah dengan amalan kita. Pendakwah mesti rasa seronok beramal, baru dakwah itu berkesan. Contohnya, seperti di depan orang lain, adab makan begitu di jaga, tetapi dirumah bagaimana pula kita menjaga adab dan akhlak?.

Dakwah itu usaha. Kerana usaha itu perlu ada pergerakan. Maka dakwah perlu ada usaha dan pergerakan, barulah boleh berjaya. Seperti  bagaimana Nabi SAW berdakwah sehingga mampu membina Daulah islamiyah.

Dakwah itu Jihad. Jihad itu berjuang. Mesti ada rasa dan semangat dan pengorbanan. Selagi pendakwah itu masih ada alasan atas setiap perkara dakwah, makanya perjalanan hidupnya masih ada lagi kurang. Contohnya setiap kali mesej usrah sampai, ttp hatinya masih lagi rasa mengharapkan usrah dibatalkan, perlu lagi utk muhasabah diri. Tidak seperti Nabi kita yang sentiasa risau akan umatnya."

Banyak lagi kata-kata dan peringatan dari ustazah.

Setiap kali usrah, pasti ada perkara yang terkena pada diri. Kali ini berkenaan dakwah. Berada di landasan sebenar lebih banyak perkara yang kita tak nak berlaku. Sebagai orang baru, keluar juga keluhan demi keluhan. "Tetapi siapa kita utk rasa hebat dengan hanya secebis ilmu yang ada. Nabi yang mampu menjadi kaya pun menolak menjadi kaya. Inikan pula manusia seperti kita" salah satu nasihat ustazah.

Akhir usrah, diakhiri dengan satu pertanyaan berkenaan pemuda yang berfikrah tidak membenarkan isteri yang berfikrah untuk terlibat dengan dakwah. Saya ingat perkara ini tak berlaku, tetapi rupanya mmg benar berlaku.Ada beberapa nasihat dan solusi dari ustazah juga.

Semoga saya sentiasa diberi peringatan melalui usrah-usrah seperti ini.



p/s: sedikit perkongsian utk shbt2 yg belum berkesempatan  join usrah..

December 8, 2011

DIA bukan dia



Mencari redha DIA bukan dia.

Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (A-li'Imraan 3:77)


Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir. (A-li'Imraan 3:147)


Emergency. Need treatment immediately.


Sebarkan cintaMu ~

p/s: belum baca lagi pun buku ni, beli pun tak, review dr sahabat ja....harapnya sempat beli :)

December 1, 2011

Doa


Daripada Abu Darda' r.a. bahawasanya:

Rasulullah s.a.w bersabda: "Di antara doa Nabi Daud 'alaihissalam ialah: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat menyampaikanku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin."Dan bila Rasulullah s.a.w mengingat Nabi Daud 'a.s beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah S.W.T."(HR Tirmidzi 3412)





Qasidah yg meruntun jiwa minggu lepas

Qasidah istighfar

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya (2x)

Robbi zidni i`lman nafia`
Wawafiqni a`malan maqbula
Wahabli rizqon wasia`
Watub a`laina taubatan nasukha (2x)

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya

Walihaza sirri adu` fi yasari wa a`sari
Ana a`bdun soro faqri inna faqri waddhirori
Inna faqri waddhirori

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya

Walkafani i`lmu robbi
Bil suali wakhtiyari
Ya Ilahi wa maliki
Anta ta`lam kaifa khali (2x)

Astaghfirullah robbal baraya
Astaghfirullah minal khotoya



sumber : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3977-ku-cinta-dia.html
sumber : http://cahayarumahku.com/qasidah-istighfar-yg-meruntun-hati/