January 28, 2009

Malaysia Diserang????



Assalamulaikum wbt.

Ingin berkongsi satu forwarded emel yg saya dpt dari seorg sahabat.
Boleh menjadi satu tazkirah (peringatan) yg baik utk kita yg sentiasa
berada di 'ZON SELESA'..

Mungkin ada yg pernah baca, tapi anggaplah ini sbg peringatan kedua.

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain….

Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau diserang
oleh askar kafir….. kita sering mendengar pemimpin-2 kita menggunakan
modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman dan damai…."
Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah ditulis setelah
ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia sedang berlaku.

Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari Serb, pada
malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah terlintas
bahawa keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka. Jadi,
untuk sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse engineering
iaitu: Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti
negara Islam lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?

MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah
terlepas ke malaysia …lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya
(CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal
selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera
untuk menyerang malaysia …

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan
sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan
PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu
pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang
Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar
tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq
kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada
Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada
Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi
suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan
Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita… YB Wakil
Rakyat… Parlimen dan ADUN… Tauke-tauke Cina yang kaya… semua cabut
lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing.
Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri,
menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya..
Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang
dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar
Al-Khattab… Khalifah Ali Abi Thalib… Khalifah Khalid Al-Walid…
Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi… yang sanggup berada dibarisan hadapan
berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula….

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti
negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom…melancar peluru
berpandu… membedil…menembak Rakyat Malaysia…mereka membunuh Orang tua…
perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita…sama seperti
Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!

AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran.
Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi
pesawat musuh silih berganti…..

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom
Kelantan, Terengganu, Pahang….datang lagi pesawat musuh silih berganti….

Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO…
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang
udaranya… menghujani bom-bom dan roket…kemudian Johor dan negeri
sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah….Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari
bahagian Utara…tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda…
menentang pintu rumah anda….anda bersama dengan Isteri yang sarat
mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah…

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda
depan mata anda…sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia
…muncung senapang ditujukan di kepala anda…
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya
2006…diajukan muncung senapang…

DUMMMMMM…anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu…
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati
ditembak.. anda tidak mempunyai perasaan apa-apa… sekarang berlaku
kepada diri sendiri… baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di
depan mata…..

Anda menangis ketakutan….

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa
menaiki trak…untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul
separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk
berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati….tetapi umur anda masih
panjang….anda masih hidup…anda merangkak menuju ke hutan berhampiran
disebuah bukit untuk menyembunyikan diri….

Anda mengalirkan air mata… INGAT AKAN ALLAH….

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini
tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan
negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba
hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan
diri.. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini….
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata…
Anak kecil ditembak didepan mata…
Isteri dirampas untuk diperkosa…. didepan mata!!!!
kawan-kawan…sahabat taulan… ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang
melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua dan
kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri…mereka tidak bernasib
baik seperti anda…

Diatas bukit itu juga…anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu
berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam
yang masih selamat… mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu
Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah… tetapi umat Islam lain yang
jadi mangsa…
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua
dengan Tentera bersekutu nanti….

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali…
BANTUAN ALLAH….
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH…

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN
KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA … ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN
ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA
MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA,
SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG
LAINNNNNN…..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI……

Tetapi tunggu punya tunggu…. bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba…

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang
Malaysia " (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas
tamat perang nanti…setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera
bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah… Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan
negara Malaysia yang dilanda peperangan…Kita semua patut bersyukur…
kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana
yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling
ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa… selepas peperangan tamat… Kami akan menghantar para
pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil Penduduk
Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam
Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan
pendapat…

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM
SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA
MEREKA??

fikir-fikirkan. ....

jangan letakkan anda dlm zon selesa...peringatan untuk semua termasuk
diri saya juga..

January 20, 2009

Alamak.....

Bayangkan tiba-tiba pintu rumah diketuk,pintu dibuka,
Ya Allah Rasulullah rupa-rupanya!!!

Barangkali kita berasa gembira, takjub, pemimpin paling agung muncul dipintu.
Mungkin kita bersalam, memeluk baginda, diajak baginda moga-moga sudi bermalam dirumah,

atau barangkali kita berfikir,meminta Rasulullah tunggu di pintu, rumah bersepah perlu dikemas,
tandas kotor perlu dibasuh,VCD 'adult rated' dimana harus disorok?
majalah-majalah picisan dimana hendak disimpan?

atau barangkali segera balik ke bilik, bagi muslimin seluar pendek perlu ditukar,
terkial-kial mencari pelikat, poster artis perlu dicabut, diganti dengan ayat seribu dinar,
pemberian peminta sedekah yang diletak di bawah katil.

atau barangkali malu, abah tak pernah jadi imam solat di rumah,
mama tercari-cari tudung dalam stor, jiran tetangga tak pernah kenal,
surau dekat rumah tak tahu kat mana, mengaji Al-Quran sebulan sekali.

atau barangkali kita terfikir, bagaimana dengan adik-adikku?
adik-adik selalu menyanyi, zikir dan Al-Quran jauh sekali,
abang hafal nama pemain man U, artis, artis, namun tidak keluarga baginda,
sahabat baginda yang baginda kasihi, tengok VCD hari-hari, Korea, Jepun, Inggeris, Al-Quran??
"Ala...sibuk la.." Buku agama?? "Exam agama lambat lagi.."

atau barangkali kita segan, baju kakak semua ketat,
baju yang ok ada 2,3 helai, baju kurung tanpa tudung,
yang dipakai setiap hari Isnin dan Jumaat untuk ke kuliah.

Kita mengaku cintakan Rasulullah, buktinya?
semasa Maulidur Rasul kita berarak,perang selawat kita selawat,
tapi tak faham apa-apa.habis berarak umpat urusetia majlis.
"Sunnah nabi?Apa tu?"."Dakwah? Ala..JAKIM kan ada..aku bukan ustaz/ustazah.."

Waalahu'alam...renung-renungkan

sumber: http://halaqah.net/