February 21, 2009

Siapa pemimpin kita?...

Pemimpin Yang Adil
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

~sungguh berkesan lirik dalam lagu ini. ana mengira pemimpin seperti inilah yang diharap-harapkan rakyat pada masa ini.Mengharapkan pemimpin seperti dua Umar. salah satu sifat mereka,jika rakyatnya lapar, biarlah mereka orang pertama yang merasainya dan jika rakyatnya kenyang biarlah mereka orang yang terakhir merasainya..semoga Allah merahmati 2 Umar ini.Sedarlah wahai pemimpin di seluruh dunia dan setiap manusia itu adalah pemimpin,sesungguhnya amanah itu amatlah berat untuk dipikul.Kelak dirimu akan ditanya tgg amanah itu di negeri abadi..Wallahu'alam~

February 6, 2009

Usaha syaitan

Ibnul Qayyim menyebutkan dalam kitab Al-Bada'iul Fawaaid di akhir juz kedua sebagai berikut: "Sesungguhnya syaitan mengajak manusia kepada enam perkara. Ia baru melangkah kepada perkara kedua bila perkara pertama tidak berhasil dilakukannya.

Mengajaknya berbuat syirik dan kekufuran. Jika hal ini berhasil dilakukannya berarti syaitan telah menang dan tidak sibuk lagi dengannya.

Jika tidak berhasil, syaitan akan mengajaknya berbuat bid'ah. Jika sudah terjerumus ke dalamnya, maka syaitan akan membuat bid'ah itu indah di matanya hingga dia rela dan syaitan pun membuatnya puas dengan bid'ah itu.

Jika tidak berhasil juga, syaitan akan menjerumuskannya ke dalam dosa-dosa besar.

Jika tidak berhasil, syaitan akan menjerumuskannya ke dalam dosa-dosa kecil.

Jika ternyata tidak berhasil juga, syaitan akan menyibukkannya dengan perkara-perkara mubah hingga ia lupa beribadah.

Jika tidak mempan juga, syaitan akan membuainya dengan perkara-perkara kurang penting hingga ia abaikan perkara-perkara terpenting.

Jika gagal juga, maka syaitan akan melakukan tipu daya terakhir, jarang orang yang selamat darinya hingga para nabi dan rasul sekalipun. Iaitu mengerahkan bala tenteranya dari jenis manusia untuk menyerang orang-orang yang berpegang teguh dengan agamanya.


~Sekadar perkongsian dari pembacaan buat renungan, wallahu'alam~