July 31, 2009

Muhasabah H1n1


Assalammualaikum...
alhamdulillah wa syukurillah
ketika ana menulis entry ini, ana telah berada di rumah bersama ahli keluarga yang lain sempena cuti kuarantin H1N1 yg diberi selama seminggu. Ana mengambil peluang cuti ini untuk menjadi suri rumah sementara ketiadaan mak abah minggu ni. Tetapi hari ini, hati ini tiba-tiba merasa amat sedih dan sayu bila ana terbaca blog adik junior yang sedang dikuarantin di blok lain. Pada mulanya mereka hanya ada ILI, tetapi setelah beberapa hari rupanya mereka disahkan positif. terkejut ana dengan berita ini.Kasihan mereka.. Sesungguhnya ujian itu tanda sayang Allah pada hambaNYA, semoga adik-adik dan sahabat tabah menghadapinya. La Tahzan..bagaimana dengan sahabat sebilik ana disana?..Ya Allah harapnye..dia sihat sejahtera..ameen..
Buat peringatan untuk diri ini dan sahabat-sahabat lain yang masih sihat.Kita masih di beri peluang mengecapi nikmatnya tanpa perlu membayar apa-apa. Setiap minit dan setiap saat nafas ini adalah di bawah kekuasaanNYA. janganlah kita lalai dengan nikmat yang diberi ini. Samalah juga dengan cuti yang diberi ini, gunakanlah sebaiknya dengan memaksimumkan penggunaan masa yang ada. Firmannya " Demi masa, manusia sering berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dalam kebenaran dan kesabaran". Jauhkan diri kita daripada menjadi manusia yg kerugian itu. Dalam tafsir al-Azhar karangan HAMKA, perumpamaan orang yang rugi ini ibarat setiap masa yang dilalui rugi daripada ia kecil hinggalah ia mati. Peringatan juga dari Nabi SAW" dua nikmat yang sering kita lupa ialah nikmat sihat dan masa lapang". sama-samalah muhasabah diri semula..Kita yang tidak diberi ujian ini berwaspada dengan ujian-ujian lain yang akan diberikanNYA tanpa kita sedari.
Astaghfirullah, Wallahu'alam

July 21, 2009

SaLam Israk MikraJ



Assalammualaikum...

Salam Israk Mikraj utk semua...cukuplah sekadar ucapan salam untuk semua.. Jika nak diceritakan sejarahnya..ramai yang lebih arif dan boleh sahaja dicari di internet ini.Semoga kita hayati kisah Nabi SAW ini dengan lebih mendalam.


Waalahu'alam

Universiti Kehidupan

+++renungan dan panduan+++

"Ustaz, boleh tak sampaikan sedikit kuliah dalam 10 minit pada saudara-saudara kita di sini" minta kak Liza.

Mmm, eee, kita taaruf dahululah ye, Nama saya…..

Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.

Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.

Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.

Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.

Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.

Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,

"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan".

Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,

"Imam masjid sebelah selalu datang"

Hati saya menyapa:-

Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah…"

"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah."

Hati saya menyapa:-

"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."

Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan?

Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?

"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:-

"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."

Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-

"Ah… pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah…"

Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.

Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-

"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."

Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya,

"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"

Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib. Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.

Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-

"Nanti datang lagi ye.."

Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak putus-putus berdoa:-

"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah."

Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.

Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam.

Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.

InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam.

Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin…

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
24 Jun 09, jam 2.15 pagi







July 15, 2009

KoNSerT AnTArA duNia


KONSERT ANTARA DUNIA 2009

PERTEMUAN 4 GERGASI NASYID
- SHOUTUL HAROKAH
- RABBANI
- RAIHAN
- HIJJAZ

Tema : MENYEMARAK KEBANGKITAN, MENERAJU UMMAH

Tarikh & Masa : 1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 - 11.00 malam

Tempat : Stadium Malawati, Shah Alam

Maklumat lanjut di http://gamisconcert .blogspot. com

Harga Tiket
Kanak - Kanak : RM 5
Dewasa : RM 10
* VIP : RM 50
* Famili (2 VIP + 4 Kanak -kanak) : RM 100

* Terbuka kepada sesiapa yang mahu dapatkan tempat duduk VIP, berdekatan dengan pentas. Bagi pakej bukan VIP, tempat duduk adalah berasingan. Lelaki dan perempuan diasingkan.
* Bagi Pakej Famili yang mana kanak-kanak tidak sampai 4 orang, boleh ajak kanak-kanak lain untuk turut serta bagi mencukupi kuota.

Wakil - wakil Pengedar Tiket :
USIM Nilai - Ainul Faridah binti Abdullah : 013-2497420
UKM Bangi - Shukri : 019-3672554
UPM Serdang - Nur Shalihati Mohd Yusof : 019-4358727
POLISAS Kuantan - Mohd Fakhrullah bin Mohd Ghazali : 013-9953341
Zaim
UTHM Johor - Fardhullah bin aminuddin : 013-7598624
RCMP Ipoh - Husni Zain bin Ab Latiff : 019-4082994
USM Pulau Pinang - Mohd Hanif Bin Alias : 013-4422839
UPM Bintulu - Nor Hafizah Binti Abu Koshin : 013-5695562

Anjuran : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia & Rabbani Productions (M) Sdn Bhd

Dengan Kerjasama : Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan & Majlis Bandaraya Shah Alam

July 13, 2009

ceramah: Isra' Mikraj

TALKSHOW

( sempena Isra’ Mikraj )

Bertajuk :

“Isra` Mikraj : Tersingkap Sebuah Rahsia”

Penceramah :

Ustaz Uda Bin Kassim

( Mantan Ketua Bahagian Dakwah & Penerangan Lembaga Zakat Selangor)

Tarikh : 19 Julai 2009 (Ahad)

Jam : 2.00 PTG -5.00 PTG

Tempat : Dewan Seminar, MASJID AS-SYAKIRIN, KLCC



Muslimin dan Muslimat dijemput hadir beramai-ramai. ......

Makanan PERCUMA disediakan!!

Hubungi :

019-205 0319 @ 013-918 1078 @ 013-200 9426

( Unit Pembangunan Insan )

NISA` Wilayah Persekutuan

July 12, 2009

Cara mENgejutkaN oRaNg yang Tidur


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam
keadaan berikut:


Pertama:


Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan
hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:
خرجت مع النبي صلى الله عليه وسلم لصلاة الصبح فكان لا يمر برجل إلا ناداه
بالصلاة أو حركه برجله
“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak
lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau
menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”
(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua:


Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang
solat.


Ketiga:


Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah saw bersabda:
من بات على ظهر بيت ليس له حجار فقد برئت منه الذمة
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari
jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana
pihak (sekiranya jatuh).
(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:


Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi
tidak kena.
Nabi saw bersabda:
إذا كان أحدكم في الشمس فلقص عنه الظل وصار بعضه في الشمس وبعضه في الظل فليقم


“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian
matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan
sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”
(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima:


Tidur waktu subuh.
Nabi saw bersabda:
الصبحة تمنع الرزق
“Tidur subuh menegah rezki.”
(Hr Ahmad – sanad lemah)


Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh,
beliau mengejutkannya dan berkata:
الأرزاق تقسم وأنت نائم
“Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”


Keenam:


Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis
yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:
كان يكره النوم قبلها والحديث بعدها
“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang
selepasnya.”
(Hr Bukhari - sahih)


Ketujuh:


Tidur lepas solat asar.
Nabi saw bersabda:
من نام بعد العصر فاختلس عقله فلا يلومن إلا نفسه
" Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia
mencela melainkan dirinya.”
(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Kelapan:


Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam
kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.

Kesembilan:


Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang
disebut dalam kitab yang sama.
Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.

Kesepuluh:


Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:
إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah
dan Rasulnya.”
(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)


Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur
meniarap di Masjid.. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah
cara tidur ahli neraka jahannam.”
(Hr Ibnu Majah)


Kesebelas:


Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail..
Nabi saw bersabda:
رحم الله رجلا قام من الليل فصلى وأيقظ امرأته فإن أبت نضح في وجهها الماء رحم
الله امرأة قامت من الليل فصلت وأيقظت زوجها فإن أبى نضحت في وجهه الماء
“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan
isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka
isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan
menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke
muka suaminya.
(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)


Kedua belas:


Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi saw bersabda:
إن بلالا ينادي بليل فكلوا واشربواحتى ينادي ابن مكتوم
“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum
subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan
azan subuh.”
(Hr Muslim)



Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud
oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.
Selamat Beramal....