April 11, 2009

Sebuah Coretan......

Assalamualaikum..erm lama benar dah tak menulis di blog ni...xtau la sbb masa ke busy ke ketandusan idea ke...entahla..yang pastinya kolej kolej kt kg baru tu mmg xde internet..nak wat camne...mungkin untuk tarbiyah diri supaya jgn lalai sgt dengan internet ni sebenarnya...diri ni mmg x tahan kalo da jmpe internet ni...astaghfirullah..-kehidupan dunia yg melalaikan jika x dimanfaatkan-...apa ye nak tulis ni.....

firstly nak komen isu politik negara....bukan pe semakin hari mcm semakin berminat dengan isu ni yang mmg x akan sudah sampai bila pun...PR menang dua bukit...BN mnang batang je...huhu sedihnye untuk petadbiran negara..RAKYAT PERLUKAN PERUBAHAN....
Kabinet baru dah dibentuk..28 org menteri yg naik daripada 31 ahli kabinet lama...tp ada je spekulasi..mukhriz mcm mne boleh naik jadi timbalan menteri sedangkan x menang pun dalam pemilihan umno...erm...fikir..fikir..fikir...(mcm dalam kartun pooh yg kt astro tu)
Untuk PM baru pulak TAHNIAH untuk perlantikan baru...dengan slogan PM baru kte Datuk Seri Najib "SATU MALAYSIA"...dgn tema rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan....sokong sepenuhnya tema ini......semoga tema ini berjalan seiring dengan perlaksanaannya....bukan sahaja untuk negara sebenarnya tapi juga untuk ISLAM...
"UMMAH DIDAHULUKAN, ISLAM DIUTAMAKAN"
"kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan dari sekalian manusia untuk menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan merekalah org yg beriman kepada ALLAH" (surah ali-imran:ayat 110)
peringatan untuk semua pemimpin dan diri ini.
.....KEKUASAAN ITU UJIAN BUKAN KEISTIMEWAAN...

Isu kt ukm pulak....buat sahabat2 medik yang nk berhijrah ke HUKM...selamat berjuang kat sana...teruskan misi dakwah walau dimana kta berada...teruskan jalinan ukhwah agar kekal sentiasa...




Kepada pelajar-pelajar fskb, farmasi dan perubatan tahun satu kt ukm....teruskan perjuangan untuk peperiksaan final ini...usaha yang terbaik....masih ada lagi waktu untuk berusaha....fokuskan usaha dan tingkatkan kebergantungan kita kepada ALLAH..
....sesungguhnya segalanya berlaku atas kehendakNYA...







......Walahu'alam.....

April 1, 2009

DaErah Ini?????

DAERAH INI (ALGEBRA- YANG BENAR TETAP BENAR)

Mereka kata : kau akan sayu di daerah itu
Jawab ku : aku selalu bersama Tuhanku
Ku pasrah padaNya,
sehening tiupan salju
KernaNya aku rasa jitu dan mampu melebihi manusia beribu
Daerah ini daerah tenang
Sekalipun ada yang kata usang
Daerah ini daerah damai
Sekalipun sukar untuk sampai
Daerah ini daerah merdeka
Sekalipun ada yang memeranginya
Biarkan saja aku di daerah ini
Kata mereka : daerah mu itu jauh
Jawab ku : pada Tuhan aku bersauh kukuh
Yang jauh itu jiwa yang mungkir
Padaku daerah ini amat hampir
Kata mereka : Daerah kau itu sepi
Jawab ku : aku tak pernah sunyi dengan alunan murni
Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian
Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan
Daerah ini daerah berpendirian
Berpaksikan firman Tuhan
Bukan hukum insan, bukan gema sorakan, bukan riuh tepukan
Daerah ini tak pernah peduli
Apa kata abdi atau pembesar negeri
Daerah ini berpasakkan nabi
Bagindalah mimpi, bagindalah realiti
Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sendiri membawa diri dan sanubari
Biarkan saja aku di daerah ini
Sekalipun ada yang tak gemari
Biarkan saja aku di daerah ini
Kerna aku mengerti, ia amat suci dan abadi
Di daerah ini
Di daerah ini
Biarlah.. Aku..

AkTiViti BaRu.....







Assalamualaikum wbt..

Jom memeriahkan program-program yang akan berlangsung ini.


KARNIVAL KELUARGA PRIHATIN BANDAR BARU KLANG 2009

Tempat
Surau Bandar Baru Klang

Tarikh
4hb April 2009 (Sabtu)

Masa
8.30 pagi – 5.00 petang

Tentatif

Masa


Tentatif

8.30 pagi


Ketibaan peserta

9.00 pagi





Ucapan alu-aluan VIP & Perasmian oleh Y.B. TUAN YAAKOB BIN SAPARI

ADUN Kota Anggerik

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO)

10.00 pagi


Ceramah & Tayangan Multimedia Palestin oleh EN RIDZUAN HARON

Palestin Centre of Excellence (PACE)

11.30 pagi


Ceramah Local Agenda 21 MPK

12.30 tengahari


Rehat/Mkn Tgh/Solat Zuhur Berjemaah

2.00 petang


Ceramah Denggi /SPRM /PDRM /Gameshow

4.00 petang


Penyampaian Hadiah & Cenderamata

4.30 petang


Solat Asar Berjemaah

5.00 petang


Bersurai


Acara lain:
PAMERAN DAN PEMERIKSAAN KESIHATAN/DENGGI; CERAMAH DAN PAMERAN PDRM; CERAMAH DAN PAMERAN SPRM; KAUNTER MPK; KAUNTER PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM) & RAUDHATUS SAKINAH; KAUNTER WARGA EMAS SELANGOR; KAUNTER TABUNG WAKAF ANAK SELANGOR (TAWAS); PERTANDINGAN MEWARNA DAN PERMAINAN KANAK-KANAK; GERAI JUALAN

Anjuran:
JK Penduduk DUN N40/N41
JK Surau Bandar Baru Klang
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
Palestine Centre of Excellence (PACE)
Majlis Perbandaran Klang (MPK)

Dijemput beramai-ramai ke majlis ini.

............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ........

The iron wall

"If you ever wondered why the Israel-Palestine conflict is so complicated but were afraid to ask, then this is the film to see" -Current magazine

Date:5 April 2009 (Sunday)

Time: 9.30 am

Veneu:Auditorium DBKL


Program:


Time


Tentative

9.30 am


Arrival of Guests

10.00 am


Welcome address by COMPLETE Chairman

10.15 am


Official Opening by YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim

10.30 am


Screening of The Iron Wall

11.30 am


The Iron Wall Forum

Panelist:

1.
Ambassador of the State of Palestin
2.
Senoir Official from the Ministry of Foreign Affairs
3.
An Ambasssador from a foreign mission

12.30 pm


Q & A

1.00 pm


Palestine Awareness Campaign at PLUS toll booths


For ticket purchases and donation, please contact:

Mimi Nora-012-3723135
Azra Banu-016-2094500
Samsia Mansoor-012- 2954964

............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ..

Seminar "Penganiayaan dan Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak Dalam Perundangan Islam":

Tarikh:
5 hb April 2009 (Ahad)

Masa:
8:30 pagi - 2:00 petang

Tempat:
Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan, UPM Serdang

Yuran Pendaftaran:
RM 10

Penceramah :
Prof Madya Dr Zulfakar Ramlee,UIA
Pn Rosmawati Zainal, Pengarah Raudhatus Sakinah

Penyertaan:
Terbuka kepada semua lelaki dan wanita.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
012 368 4141 @ 019 340 9345

Anjuran
Wanita JIM Sepang & Hulu Langat dengan kerjasama Kolej Komuniti Hulu Langat
............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ......... ..

Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan kesabaran.

Al-Asr:1-3