July 19, 2010

Kematian


Ketika kematian menghampiri Hudzaifah Ibnul Yaman r.a., ia menyambutnya dengan penuh rasa cinta. Ia berkata, “Wahai sang maut! Tenggelamkanlah aku di dalammu. Cengkeramlah aku dengan kuat. Hatiku tetap akan mencintaimu. Sebab, kehidupan yang membahagiakan akan tiba sesudah kedatanganmu. ….”

Ada sebuah perkara yang menarik ingin dibincangkan tentang kematian. Apalah yang nak dimenarikkan sangat dengan kematian. Tak begitu?

Ada satu kuliah di sebuah masjid. Ini antara perbualan ustaz dan jemaahnya..

Ustaz: Semua ingin masuk syurga?

Jemaah : Mahu!!

Ustaz: Semua ingin mati hari ini tak?

Jemaah: (diam)...

Rupanya tidak ada seorang pun yang mahu mati. Ustaz tersenyum lalu berkata "Bagaimana nak masuk syurga kalau semua tidak mati.."

Ustaz: Semua ini cintakan Allah ataupun tidak?

Jemaah: Iya..

Ustaz: Biasanya kalau orang jatuh cinta, dia tidak akan sabar untuk bertemu kekasihnya. Rakan jemaah semua ni sudah rindu ingin bertemu Allah?

Jemaah: (hening sehening pagi)

Renung-renungkan sejauh mana kita bersedia untuk kematian jika syurga yg ingin digapai. Ramai yang memandang kematian sesuatu kegelapan , pengakhiran sebuah kehidupan, kehilangan harta benda, tiada lagi suka ria dan bermacam lagi tanggapan negatif. Hakikatnya pandang sisi lain kematian ialah suatu ketenangan. Ketenangan sebagai suatu persediaan berjumpa denganNYA selepas mengembara mencari bekalan.Wallahu'alam..fikir-fikirkan sejauh sebesar mana bekal yang kita dapat bawa nanti

Hadis Nabi SAW: “ Kenapa aku perlu untuk cenderung kepada dunia sedangkan aku penuntut akhirat. Aku hanyalah di dunia ini seumpama musafir yang menunggang kenderaan yang singgah di sepohon pokok, kemudian berangkat meninggalkannya.”
(hadis riwayat tirmizi dan ibnu majah)



July 12, 2010

"yang tertutup itu indah"


“Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?” Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah

Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, “Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku. Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.” Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh

Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat

Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, “Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.” “Don’t judge people by its cover.” Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sekadar motivasi untuk diri untuk ke arah keredhaanNYA. wallahu'alam

sumber: fatimah syarha, solusi 21

July 2, 2010

TAHANAN 5891

Usah tanya siapa namaku, kerana namaku kini tidak penting. Nama hanya wujud jika digunakan-disebut,didengar, ditulis dan dibaca. Jika ia tidak disebut, didengar, ditulis dan dibaca,nama menjadi sesuatu yg tidak berguna serta tidak perlu wujud.

Aku hanyalah lealaki biasa pada zaman awal kehidupanku, lahir dan hidup sbg manusia biasa, yg tidak signifikan langsung di bwh bintang2 di langit terbuka. Aku manusia biasa yg Cuma ingin hidup, kerja, makan dan terus hidup.
Di koridor hayatku semua yg berada di sekelilingku sgt tidak penting buat diriku. Aku hidup dan kurg mengambil peduli ttg politik, sosial, ekonomi dan segalanya yg berputar di sekitar kewujudanku.
Semua pemikiran sedemikian merupakan sbhgian drpd diriku pd zaman mudaku. Pada umur sebegitu segalanya kelihatan cerahmeskipun kehidupan seharian dibungkus cabaran dan dugaan.

Namun tiba2 jln cerita hidupku berubah secara mendadak. Semuanya bermula pd suatu malam. Asalnya tiada apa yg istimewa pd mlm itu, hanya spt mlm2 biasa yg kulalui sblmnya. Aku pulang lewat drpd kerja, overtime. Sewaktu berjalan kaki ke tempat letak kereta yg terpencil utk mengambil motosikalku, aku terasa bagai diekori. Belum sempat aku menoleh, dgn tidak semena-mena aku dicekup dari belakang. Muka dan kepalaku ditutup dgn kain berwarna hitam. Aku ditarik arah lain.

“Diam!” satu suara menjerkahku apabila aku cuba melawan dan menjerit. Disebabkan wajahku tertutup, aku tidak dpt melihat siapa da brp bilangan penyerangku. Dua org memaut kedua-dua belah tgnku dan mengheretku pergi. Kemudian kurasakan tubuhku dimasukkan kedalam sebuah kenderaan.
“Hei, siapa kamu semua? Apa salah saya?” tanyaku dgn gementar. Anggota badanku menggeletar. Dua tubuh menghimpitku yg berada di bhgn tgh kenderaan itu.
“aku kata diam!” lelaki yg duduk di sblh kiriku memberi arahan. Kepalaku dilekuk. Kenderaan itu bergerak laju ke destinasi yg tidak kuketahui. Jantungku berdegup kencang dan fikiranku menggila dlm kecelaruan memikirkan segala kemungkinan. Perjalanan itu berjam-jam lamanya, namun gerak hatiku menyatakan sebahagian besar drpd tempoh masa perjalanan itu dihabiskan hanya dgn berpusing-pusing di tempat yg sama beberapa kali.
Akhirnya kenderaan itu berhenti. Aku diarah keluar dan seterusnya dibawa berjalan dgn dua lelaki masih memegang kemas kedua-dua belah lenganku. Walaupun penglihatanku dibataskan, aku dapat merasakan kami memasuki sebuah bangunan.

Adakah aku ditahan oleh polis atau pihak lain dlm kerajaan ? jika ya, apa kesalahan ygtelah kulakukan?Apakah yg menantiku slps ini? Soal siasat ? seksaan? Lokap ? berbagai-bagai kebarangkalian hinggap di fikiranku.
Beberapa ketika kemudian tingkap kecil bilikku dibuka, sedulang makanan dihulurkan menerusinya. Aku bergegas ke arah org yg mengedarkan makanan itu.
“Encik, kenapa saya disini? Apa slh saya? Encik…” tanyaku bertalu-talu. Lelaki itu tidak menjawab. Aku melunjurkan tgnku keluar mll tingkap kecil itu seraaya terus mengajukan soalan2 yg serupa.
Lelaki tersebut menghentakkan daun tingkap itu ke tgnku yg menganjur keluar. Lantas ku tarik semula tgnku sambil merintih kesakitan. Dlm masa yg sama dia menutp semula jendela bilik kecil itu.
“ encik, apa salah saya? Berapa lama saya akn dikurung disini? “ pertanyaan sebegini kulontarkan tanpa henti dgn meminta nada belas kasihan.
“ engkau boleh diam tak?” bentak pengawal itu. Dia menghulurkan talam yg berisi makanan kpdku. Ku tepis dulang berkenaan dan kupegang tgnnya. Makanan itu jatuh ke lantai.
“celaka!” rengusnya semasa menutup tingkap kurunganku. Dapat ku dengar rungutan dan maki hamunnya sewaktu bunyi langkahnya makin menjauh.
Ya, aku marah. Aku marah kerana diperlakukan begini. Dadaku yg sebak mula bertukar panas. Kepanasan itulah yg barangkali dipanggil sbg dendam.

Pada waktu malam esoknya aku tetap mealkukan perkara yg sama-menoal dan melunjurkan tgnku keluar dan menggenggam lengan serta kolar bajunya. Dan nasib yg sama juga menimpaku-dijerkah dan tgnku dihentak dgn kayu cota.
Namun ketikapengawal itu berlalu pergi mulutku terus mencaci dan memakinya. Pelbagai sumaph seranah kuhamburkan. Aku telah menjadi berani sedikit drpd sebelumnya, setidak-tidaknya lebih berani melepaskan geram. Kemudian aku terbaring sendirian dan kepenatan diselimuti kegelapanyg membelenggu jasadku. Aku menangis lagi.
Aku cuba menjadi seorang yg degil. Tindakan yang sama ku teruskan apabila sampai waktu makan. Dan kesudahan yg sama menemuiku. Aku dapat bertahan begitu selama seminggu. Namun lama-kelamaan, disebabkan tiada hasil, aku mengalah.
Aku tidak bertanya lagi. Aku hanya menerima makanan yg diberikan dan makan.
Aku diberikan nama baru-5891. Nama yg diberi ayahku semasa lahir tidak digunakan di sini. Pengawal bertugas hanya memanggilku dgn nama(nombor) yg diberikan mereka-5891.

Sudah terlalu lama aku tidak melihat matahari. Sudah terlalu lama kau tidak menatap bulan. Mungkin aku sudah lupa akan teriknya sinaran matahari. Mungkin aku juga akan lupa jernihnya cahaya bulan penuh.
Aku mula teringat pd para pejuang kebebasanyg bergerak aktif diluar sana, kpd golongan2 yg lantang menuntut hak mrk yg dahulu tidak ku pedulikan.
Jika mereka menjadi sebab ak berada disini, maka celaka bagi mereka. Atau –celaka bg org yg menahanku di sini? Siapa yg harus dipersalahkan?
Namun andainya kutahu sebab diriku ditahan, atau siapa yg boleh kupersalahkan, adakah is mengubah hakikat bhw aku dirantai di bilik gelap ini selama lebih 10 thn?

Satu hari dlm tahun ke-10 penahananku, pintu kamarku dibuka dan buat kali pertama, diiringi dua pengawal di kiri kananku tentunya, aku melangkah keluar dari tmpt kurungan itu. Aku dibawa memasuki sebuah bilik. Bilik itu agak besar, jauh lebih besar drpd blik kecil tmpt aku bermastautin selama satu dekad yg lepas. Di situ ada beberapa rak dan meja yg dipenuhi dgn buku serta kertas. Di hujung bilik itu, ada org yg berpakaian seragam sedang mengelilingi seorang lelaki. Kucuba mengecam wajah lelaki itu.
“Tuan perdana menteri?” kata-kata itu terpacul drpd mulut aku yg terlalu terkejut dgn kehadirannya di situ.
Lelaki itu tersenyum. Begitu juga orang lain di sekelilingnya yg kelihatan spt para pegawai berpangkat tinggi. Dgn nada santai lelaki itu bersuara “Kamu memang hebat. Siapa sangka 10 tahun di dlm penjarakamu tetap mengikuti perkembangan politik semasa.”
“Apa..apa makna semua ini?” perlakuan mereka, dan segala-galanya di sekitarku kini terlalu mengelirukanku.
“Tuan,” soalku, suasana begini padaku amat sukar difahami, “ kenapa saya berada disini selama 10 tahun ini? Apa salah saya? Apa makna semua ini?”
“Saja, tiada apa-apa sebab istimewa,” jwb lelaki tersebut dgn tenang. Wajahnya tersenyum manis.
“ha?” aku tidak faham.
“Seperti yg saya katakan ,” lelaki itu menerangkan. “Kamu ditempatkan disini tanpa apa-apa alsan. Saja suka-suka. Saya harap kamu menikmati percutian kamu disini.”
Aku masih keliru. Semuanya bagaikan begitu tiba-tiba. Adakah aku bermimpi? Betulkah org yg duduk dihadapanku sekarang ialah perdana menteri?
“ Atau mungkin juga,” sambungnya, “sebagai memperingati thn saya dilantik menjadi perdana menteri negara ini-tahun itu juga saya rasa saya perlu menyimpan sesuatu sbg cenderamata,iaitu kamu.”
Aku tetap tidak faham.
“La…tak faham lagikah?” lelaki berkenaan meneruskan penerangannya, “ tahun pertama kamu tinggal di sini adalah tahun pertama saya menjadi PM. Sekarang tahun ke-10 kamu tinggal disini, yg juga tahun ke-10 saya menjadi PM. Kamu adalah cenderamata, penanda waktu sepanjang saya menjawat jawatan perdana menteri. Selagi saya menjadi PM, selagi itu kamu dibenarkan utk menginap disini.”
Dibenarkan menginap di sini? Siapa yg ingin tinggal di sini? Kegilaan apakah ini?
“Tapi..kenapa?” tanyaku.

“Seperti yg saya katakan tadi, saja suka-suka,” jawabnya riang. “ Kebetulan pula negara kita membenarkan penahanan tanpa bicara. Jadi , tiada masalah bukan?”
Semudah itu?
Aku menerpa ke arahnya tetapi dua pengawal yg berada di belakangku dgn pantas meragut tubuhku dan mengautku ke belakang semula.
“Kau celaka!” jeritku sambil meronta.
Lelaki sial itu tetap tenang. Dia melangkah merapatiku yg kini tidak mampu lagi melakukan apa-apa terhadapnya.
“Oh, ada satu lagi perkara yg ingin saya beritahu kamu,” dia merendahkan badannya agar mukanya betul-betul mengahdap mukaku, “ saya baru memenangi pilihan raya umum baru-baru ini. Jadi saya harap kamu sudi tinggal di sini utk satu penggal lagi ya.”
“Kau dayus!” aku meraung kepadanya.
“Kenapa aku?” tanyaku. “Aku tidak pernah melawan kau! Aku tidak pernah ambil tahu hal engkau dan semua perkara yg kau buat pun!”
Dia menatap wajahku lama-lama. Sekali lagi dia mengukir senyuman yg amat menyakitkan hati itu. Lalu dia berkata, “Sebab kamu tidak berbuat apa-apalah saya tahan kamu. Kalau saya tangkap orang yg menentang dan terkenal pula,penyokong-penyokongnya dan org lain akan protes. Tapi kamu tidak bernama, maka kehilangan kamu tidak membawa apa-apa makna dan tidak akan disedari langsung.”
“Kamu org biasa yg hanya mahu hidup seperti biasa-cukup makan dan tempat tinggal. Jadi saya kabulkan hasrat kamu itu. Kami sediakan utk kamu makanan dan tempat tinggal. Kalau kamu sakit, kami berikan rawatan. Kamu tidak perlu bekerja lagi. Kamu patut berterima kasih atas segala yg kami berikan pd kamu,” dia terus berbicara. Hujah paling tidak logik yg pernah kudengar.

“Jadi, sampai jumpa lagi, 5891..”ujarnya sambil bersiap-siap utk pergi, “..jumpa lagi selepas pilihan raya akan datang. Doakan asaya menang lagi ya, supaya bolehlah kamu terus tingal disini,”
Perdana Menteri dan pengikutnya melangkah keluar dari bilik itu. Tinggallah aku di dalamnya mengutuk, mencerca dan mencaruti mereka semua ttp tidak dipedulikan. Mereka hanya ketawa terbahak-bahak.

**********************************************************************************
p/s: Cerpen oleh irfan es. Harakah bil. 1552…terpulang pada membaca utk berfikir.