January 6, 2010

MAHASISWA



mahasiswa,
kau insan muda yang bertenaga,
ideamu bernas sentiasa,
perjuangan demi perjuangan kau rela,
demi memastikan suaramu terbela.

mahasiswa,
kau bukan boneka mainan,
kau juga bukan hamba paksaan,
kau patut berdiri menegakkan kebenaran,
bukannya menjadi hamba pentadbiran.

mahasiswa,
pentas mu bukan bilik kuliah sahaja,
kau mampu seiring pemimpin negara,
menjana pemikiran mencorak perubahan,
memimpin masyarakat masa depan.

mahasiswa,
ayuh bangkit dan sedarlah,
berdiri dan laksanakan transformasi,
bukakan minda dan celikkan mata,
kau mampu mengubah DUNIA.

MAHASISWA MEMIMPIN PERUBAHAN