October 31, 2011
Hidayah
Alhamdulillah..rasa gembira hadir bila shbt2ku kembali pada fitrah..
Saya pernah berkawan dan menegurnya sewaktu di kampus, tetapi tidaklah sampai kepada bersahabat baik. tetapi kini, dia bersama dgn saya berkongsi ilmu. malu pula rasanya apabila di kampus tidak pernah menyampaikan hal agama pada dia. tetapi alhamdulillah dia kini ingin dekat kepada program dan pengisian ilmu. Alhamdulillah dan semoga saya terus bersahabat dgn dia.
Hidayah milik Allah dan DIA yang Maha Mengetahui.
'Ya Allah janganlah engkau paling hati-hati kami setelah engkau beri hidayah'
'Semoga hati-hati kami terus diisi dengan cinta kepadaMU ya Allah, sentiasa mengimpikan syurgaMU~
Alhamdulillah :)
October 27, 2011
JOM!
Hari Pertama : 28 Oktober 2011 - Jumaat
3.00 - 4.00 pm : Pendaftaran peserta
4.20 - 5.00 pm : Solat Asar dan Al Mathurat
5.15 - 5.45 pm : Taklimat program oleh Pengarah Akademi Tarbiyah
5.50 - 6.30 pm : Urus dan Hemat diri
6.35 - 7.10 pm : Tafakkur dan Munajat
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7.35 - 8.30 pm : Perasmian :
Oleh: Al Fadhil Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Aam PAS
8.40 - 8.55 pm : Solat Isyak berjamaah
9.00 - 9.30 pm : Makan Malam
9.40 - 11.40 pm : Pidato Tarbawi
Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
Ustaz Nasrudin bin Hassan
Syeikh Ahmad Najjar [ dari HAMAS Palestine ]
Yb Hj Salahudin bin Ayub
12.00 am : Program ditangguhkan dan tidur
HARI KEDUA 29 OKTOBER 2011 - sabtu
4.30 - 5.10 am : Qiamullail dan munajat
5.30 - 6.00 am : Solat Subuh berjamaah dan Al Mathurat
6.10 - 6.50 am : Kuliah ar Ruuhiyah:
Oleh: al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
7.00 - 8.00 am : Khidmat Diri dan Sarapan Pagi
8.30 - 9.20 am : Taujihat Amal Tarbawi 1:
Oleh: Dr. Mahdi Akif mantan Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimeen
9.30 - 10.20 am : Rehat
10.30 - 11.45 am : Pembentangan Kertas Kerja 1: PAS dan Tahaluf Siyasi
Pembentang : Ustaz Dr. Khairudin Aman Razali at Takiri
Pengerusi : Ust Syed Abdul Kader
12.00 - 12.50 pm : Makan Tengahari
1.00 - 1.20 pm : Solat Zuhur berjamaah.
2.00 - 3.30 pm : Forum Tarbawi: Masa Depan Perjuangan PAS dalam Landskap Politik Semasa
Ahli Panel :
Dato' Mustafa Ali
Ustaz Dato' Abu Bakar Chik
Moderator: Dr. Aminurrasyid Yatiban
4.30 - 5.10 pm : Solat Asar berjamaah dan Al Mathurat
5.15 - 6.10 pm : Bina jaringan Ukhuwwah
6.15 - 7.10 pm : Rehat dan Makan Malam
7.15 - 7.30 pm : Solat Maghrib berjamaah
7.35 - 8.35 pm : Kuliah Khas : PAS dan Ijtihad Politik
Oleh : al Fadhil Yb. Ustaz Nasharudin bin Mat Isa
[ Ahli Majlis Syura Ulama' ]
8.40 - 9.00 : Solat Isyak berjamaah
9.15 - 11.45 pm : Ceramah Pentas Pemuda
Penceramah:
Tuan Haji Muhammad bin Sabu - Timbalan Presiden PAS Pusat
Dr. Kamal Al Helbawi dari Ikhwanul Muslimin Mesir
Yb. Dato' Mahfuz Umar - Naib Presiden PAS
Ustazah Siti Zailah - Ketua Muslimat PAS Malaysia
Ustaz Nasrudin bin Hassan Tantawi (Ketua Pemuda DPPM) - Alu-aluan
Ustaz Riduan Mohamad Nor (ketua Penerangan DPPM) - Pengerusi
12.00am : Program ditangguhkan
HARI KETIGA 30 OKTOBER 2011 - ahad
4.30 - 5.40 am : Qiamullail dan munajat
5.50 - 6.30 am : Solat Subuh berjamaah dan al Mathurat
6.35 - 7.20 am : Kuliah Ar Ruuhiyah 2:
Oleh : Ustaz Idris Ahmad [Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat]
7.30 - 8.30 am : Khidmat Diri dan Sarapan pagi
9.00 - 10.00 am : Wacana Khas Pemuda :
Tajuk : Pemuda PAS Memimpin Kebangkitan Anak Muda
oleh :
Ust Nasrudin HassanTantawi
Ust Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
Dr. Raja Iskandar al Hiss
10. 05 - 11.00 am : Rehat
11.05 am - 12.35 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 1
oleh YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
12.40 - 1.30 pm : Makan Tengahari dan Solat Zuhur berjamaah
1.40 - 3.30 pm : Talaqqi Surah As Saff . vol 2
oleh Yb. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
3.40 - 4.40 pm : Perasmian Penutup:
oleh :
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi ,
Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss
Sany Hamzan [Pengarah JPP DPPM ]
4.45 pm . Solat Asar berjamaah, Al Mathurat , Doa Wehdah dan Bersurai
p/s : semoga Allah terus beri kekuatan dgn ujian kesihatan~
October 19, 2011
Karnival Anak Muda '11
October 9, 2011
Ekonomi Islam?
'salam, tau tak apa-apa psl pinjaman rumah dan kereta tanpa riba?', satu SMS dr shbt yg baru sy terima.
Erk, jujur saya katakan saya berada di kampus, memang menjiwai dunia kampus sahaja dan belum lg berfikir pasal rumah dan kereta. Anda bagaimana?..ah rasanya ramai yang dah tau, mgkin saya shj yang belum mencari.
Mujurlah ada kakak dan abg ipar yg benar-benar faham dalam perkara ini. Tetapi mereka mmg patut kena faham kerana setiap urusan dalam hidup muslim mestilah acuan islam termasuklah hudud. Saya dan anda juga patut faham. Lebih-lebih lagi dah berada di dunia sendiri dan mengatur hidup sendiri.
Selepas maghrib, saya adakan 'halaqah' kecil dan minta penjelasan daripada abg ipar dan kakak saya utk perkara ini dan menjawab persoalan shbt disamping ilmu baru utk saya juga.
urusan pinjaman rumah dan kereta tanpa riba
Urusan ini boleh dijalankan di mana-mana bank di Malaysia dengan pembiayaan islamik, jika disediakan. Ia mudah shj kalau pergi terus ke bank tetapi apa yg nak dijelaskan di sini adalah konsepnya. Konsep jual beli.
Konsep Islam.
Abg ipar mulakan dgn analogi, jika saya hendak beli kereta yang berharga rm6000 dan perlukan pinjaman. Konsepnya pihak bank akan beli kereta tersebut dari penjual dengan harga rm6000. So kereta sudah milik pihak bank. Pihak bank berhak jual kereta tersebut dgn harga mereka sendiri. Makanya pihak bank akan jual pada saya harga kereta tersebut rm8000 kerana mrk perlu untung rm2000 (ini hak peniaga). Makanya, saya perlu bayar pada pihak bank RM8000. Tidak timbul soal riba kerana harga yang berbeza drpd asal adalah atas keuntungan peniaga iaitu pihak bank.
Ini pula konvensional.
Bank tidak beli kereta tersebut daripada penjual sebaliknya terus beri pinjaman pada pembeli dan bayaran semula pada bank lebih tinggi daripada pinjaman. Inilah riba secara ringkasnya.
Pinjaman urusan beli tanah juga sama konsepnya seperti kereta.
Inilah untungnya dalami pelbagai ilmu tetapi mengikut acuan islam. Tahu lebih banyak perkara tentang islam menghindarkan kita daripada terjebak dengan perkara yg haram dalam samar.
Ada lagi juga penerangan tambahan berkenaan kewangan persendirian (personal finance). Konsep ini agak rumit kalau tidak benar-benar faham. Ingin meminjam duit utk kegunaan sendiri ttp konsep islam tidak dipanggil pinjaman. Ada konsep akad di sebaliknya. Panjang kalau saya nak terang kerana saya belum faham sepenuhnya mungkin bole tanya pada yg lebih faqih dalam hal ini.
Lihatlah indahnya ISLAM, Allah syariatkan sesuatu perkara pasti ada hikmahnya, dan Allah larang sesuatu perkara pasti ada sebabnya.
Hudud juga begitu, jika difahami sebenarnya, ia sangat indah untuk kesejahteraan umat.
Islam untuk Semua~
p/s: sekadar penerangan ringkas shj.carilah yg lebih detail.
~kereta idaman satu hari nanti, insyaAllah~