May 18, 2012

Beri 'Hadiah'

"Puan, boleh ke luluskan pekerja saya ini, nanti saya bayar. Kawan-kawan saya kata boleh nak luluskan dengan bayar", seorang majikan bercakap dalam talian dengan saya.

Akal kata sabar dan fikir ayat yg terbaik utk diberi.

"maaf encik, kami tak boleh buat begitu. Committee kami yang luluskan pekerja ini dan bukan kuasa saya", jawapan saya.

"tetapi kawan-kawan saya kata boleh luluskan dengan bayar. tak kan tak boleh puan", majikan itu merayu lagi.

tarik nafas sekali lagi dan akal terus berputar mencari ayat lagi.

"encik , saya tak boleh buat macam tu, pertamanya, dalam pekerjaan ini tak ada cara mcm tu, keduanya, dalam agama kita kan tak boleh buat mcm tu".

"Memang dlm agama tak boleh buat mcm ni", ini shj jawapan yg diberi dan majikan tersebut terus senyap.

Situasi lain.

"Cik, boleh ya luluskan pekerja saya, saya bagi saguhati pada cik, bukan nak bagi rasuah tp bg hadiah ja", majikan berbangsa melayu merayu pada saya.

"maaf cik, keputusan telah dibuat dan pekerja encik telah gagal dalam ujian xray", jawapan spt biasa.

" tetapi cik, bolehlah 'kawtim' cik, takan tak boleh, saya pernah dgr ada org 'kawtim' nak lulus ni", tawaran lagi dgn bhs lain.

Tarik nafas tinggi dan hati dah mula rasa nak marah sebab ini kali pertama terima "tawaran" spt ini sepanjang bekerja.

"Maaf ya, hadiah ke saguhati ke, semuanya dikira rasuah ya. Saya tak boleh terima dan keputusan bukan di tangan saya", ini shj jwpn drpd saya dengan nada yang tinggi.


*****************************************************************************

Manusia yg ber'bin' dan ber 'binti' ini tidak malu menawarkan 'hadiah' semata-mata utk kesenangan sementara dan sengsara hingga ke hujung kehidupan.

Ikutkan hati mahu shj beri ceramah dalam panggilan spt itu. Kerja yang sangat banyak menyebabkan cepat-cepat mahu tamatkan panggilan yg menawarkan 'dosa'. 

'Hadiah, saguhati, rasuah'. Semuanya satu kapal kerana diberi dengan niat yang sama.

Didikan kepada umat tidak cukup dgn dalam talian itu shj. Umat islam kini perlu dibentuk akal dan pemikiran islamik. ' Begin with the end in mind'. Satu kata-kata yg selalu diucap dalam ceramah-ceramah ustaz. Bermula dengan pengakhiran dalam minda. Jika semua umat fikir akhirat dalam setiap tindak tanduknya pasti tidak ada dosa yang sanggup utk kita lakukan.

Mari berfikir apa cara terbaik utk beri didikan ini.



Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (alkahfi :46)

Saya tinggalkan link berkenaan 'hadiah drpd pelanggan' drpd Ustaz Zaharudin utk dirujuk dan berfikir.

Link daripada Dr. Asri pula : http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=62.

Wallahu'alam. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

May 11, 2012

utk shbt2 ku yg awsome!


sahabat-sahabatku,

usah dipandang ke belakang

melihat senja yang sudah berlalu

tetapi lihatlah masa depan kita

yakni perjalanan yang panjang

tetapi sementara

sebelum sampai kepada kematian.



sahabat-sahabatku

bila tiba waktu pertemuan

usahlah ragu mengungkapkan kata kemaafan

bila tiba waktu perpisahan

usahlah tangisi kepergian rakan-rakanmu

seperti mana mereka menangisi kepergianmu

kerana sesungguhnya semua itu

ada hikmah yang Allah berikan.



sahabat-sahabatku,

jika ada kesalahan dan kesilapan

antara kita, marilah...marilah...

aku seru sahabat-sahabatku semua

agar kita bermaafan antara satu sama lain

supaya kelak tiada yang merana

supaya kelak tiada yang berduka

supaya kelak tiada yang berpura-pura.



sahabat-sahabatku,

sesungguhnya pertemuan kita

sudah ditentukan oleh Allah SWT

oleh itu marilah kita hargai pertemuan ini

dan sesungguhnya perpisahan kelak

juga adalah takdir Tuhan

yang harus kita terima

terimalah ia dengan penuh keredhaan.



sahabat-sahabatku,

terima kasih atas segalanya

semoga kita akan dipertemukan kembali

walaupun mungkin

pertemuan ini bukan di dunia

tetapi Insya Allah, berdoalah agar kita

dipertemukan di akhirat kelak.



semoga Allah menempatkan kamu sahabat-sahabatku

dalam kalangaan orang yang beriman kelak....





*Allahuakbar, lama sgt tidak menulis. kini sgt2 merindui shbt2 yg lama dah tak berjumpa. Rindu dengan kenangan terindah bersama-sama. Makan bersama, Solat bersama, diskusi bersama, tidur, nangis, gembira,bermusafir....semuanya bersama. Bincang, borak, serius, ketawa semua tak dapat dilupakan.  Andai kenangan itu dpt kembali, pastinya mahukannya lagi. Tetapi mana mungkin ianya datang lagi, apa yg tinggal kini, semuanya dgn perjalanan hidup masing-masing.  Hanya mampu berdoa dan ingatan utk semua. Sahabatku anda semua masih dihatiku. Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kalian dan tetapkan hati agar sentiasa di jalanNYA.




*gambar2 kenangan sudah tiada kerana tersimpan di laptop lama yg tersadai di kedai. Boleh letak gambar ini ja. Kalau dilihat gambar ini, byk maknanya. Sejauh mana pun perbezaan antara kita, sebenarnya pasti ada kelebihan yg melengkapkan antara kita samada sedar atau tidak. Oh shbt2 ku, anda semua mmg owsem!!

February 29, 2012

Jualan buku




Assalammualaikum,


Post yang lepas, berkenaan kenapa buku ini yang saya jadikan hadiah utk sahabat saya. tetapi post kali ini, saya menjual pula buku ini.

Ulasan boleh dibaca pada post ini : 'Prophetic parenting'

Memang sesuai utk sahabat yang mencari-cari metod dan cara membina keluarga islami. Buku ini boleh dijadikan salah satu panduan selain buku-buku yang lain.

Sesuai untuk semua yang sedang membuat persediaan. Persediaan itu bukan bermakna anda ingin kahwin dua bulan lagi atau hujung tahun ini sahaja. Persediaan utk kearah itu walaupun tidak kira lagi masanya.

Sesuai juga utk yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Saya ada terbaca komen fatimah syarha di blognya. Beliau meletakkan sasaran 50 buah buku berkenaan perkahwinan, pernikahan atau baitulmuslim sebelum beliau berkahwin.  Sangat terkejut, saya pula bagaimana, kalau 50 buku baru nak dihabiskan macam lambat lagi nampaknya.

Tetapi apa yang nak ditekankan adalah persediaan sejauh mana kita faham tentang alam rumahtangga dan perkahwinan.

Menjadi solehah utk mendapat yang soleh  :)

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di nurjihad@gmail.com

Harga buku RM 65 sahaja. Tidak termasuk harga pos.

Boleh juga dijadikan hadiah untuk kawan-kawan yang baru berkahwin.

Selamat membeli dan membaca.

Wallahu'alam