June 13, 2009

Alhamdulillah wa syukurillah


Assalammualaikum.....
lama sudah ana tidak menulis di sini.erm hanya sedikit perkongsian dari kuliah subuh yang baru ana baru ikuti oleh Ustaz Malik.Allah ar-Rahman.
Betapa besarnya nama Allah yang satu ini.Mari kita renungkan bersama betapa besarnya nikmat yang Allah kurniakan kepada manusia ini. Tetapi mengapa masih wujud lagi manusia yang sombong di muka bumi ini?..Ustaz Malik menambah cubalah kita fikir-fikirkan, kenapa manusia ini Allah ciptakan daripada air mani? tidak dari air ke batu ke..erm..kenapa ye...jawapan hanya satu..kerana Allah tahu manusia itu akan sombong dengan nikmat-nikmatNYA yang diberi. Di dalam Alquran, Allah telah berfirman aku ciptakan udara yakni oksigen untuk manusia hidup di dunia ini. Tetapi masih ada yang ingkar kepadaNYA..
ana bawakan satu cerita daripada ustaz ini.."ada seorang pilot ini datang berjumpa dengan ustaz dan bertanya, macam mana ni ustaz, atas kapal terbang yang saya pandu ada orang berzina, apa yang saya perlu buat?.kalau ikut hati mmg nak terjun laut je ustaz,apa yang perlu saya buat ye ustaz?" Kata pilot itu lagi " tapi satu je yang biasa saya buat ustaz, saya akn cakap 'anda sedang berada dalam zon bahaya' dan saya akan bawa laju atau pun terbalik-balik sikit supaya biar botol-botol arak itu bergelimpangan dan orang yang nak berzina itupun, tidak jadi buat maksiat"... ustaz malik menghabiskan ceritanya disini...ini adalah salah satu contoh orang yangberfikir (pilot) tetapi orang yang melakukan maksiat itu tidak berfikir akan nikmatNYA yang diberi akan ditarik bila-bila masa..Ya Allah na'uzubillah..erm ana berfikir diri ini adakah sudah bersyukur dengan nikmat kuniaanNYA tiap-tiap hari ini..peringatan buat ana dan sahabat sekalian, hidup kita ini adalah dibawah kawalan Yang Maha Kuasa. Hanya Dia tuan dan kita hambaNYA..

Wallahu'alam

No comments: