April 22, 2010

Apabila MAD'U kecewa dgn DA'IE nya


"siti..saya rasa kecik hati dan kecewa dgn naqibah saya."..satu luahan dari shbt yg memanggil ana dgn nama siti di ym bbrp hari yg lalu. kenapa?...tambahnya lg "iman kita ibarat hp perlu dicharge dgn usrah setiap minggu, barulah iman itu hidup..betul x?..tapi kenapa ada naqibah yang jarang-jarang buat usrah dan ada jugak yg tak nak terima saya jugak..saya perlukan tarbiyah..saya benar2 tak faham.."

mendengar keluhan ini..ana pulak diselubung rasa bersalah...bagaimana dgn adik2 usrah ana?

apabila MAD'U kecewa pada DA'IEnya...dimanakah silapnya??

pernah x sahabat2 berfikir wujud di kalangan adik usrah seperti ini yang mahukan tarbiyah ttp komitmen dari naqib atau naqibah yang sudah luntur. bagaimanakah nasib mad'u2 seperti ini??...dibiarkan tanpa bertali..pengakhirannya takut2 si mad'u spt ini hanyut entah ke mana. fitnah juga pada agama..na'uzubillah..

ya..KOMITMEN itu jawapannya..hilangnya komitmen para DAIE...hancur segala2nya..

DAIE atau pendakwah adalah mata2 rantai perjuangan dari RASUL SAW.perlukah dibincangkan perihal komitmen bg para DAIE ini?..seandainya yakin JALAN DAKWAH itu, tiada lagi persoalan komitmen, hanya perlu perlaksanaan.

Wahai para penyeru kepada ISLAM, jadikan kisah2 NABI2 dan RASUL SAW berdakwah pada umatnya sebagai panduan. nabi NUH alaihissalam berdakwah selama 950 tahun pada umatnya.

Kisah perginya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam ke Taif , Baginda telah merentasi perjalanan yang tersangat jauh untuk menyampaikan da'wah. Namun, Baginda menerima penentangan dan penyeksaan.

Lihatlah kepada kesanggupan generasi Islam pertama menanggung kelaparan dan kehilangan segala-galanya pada jangka waktu pemboikotan di lembah Abi Talib selama tiga tahun, sehingga mereka hanya memakan daun-daun pokok. Namun, mereka tidak berganjak dari 'aqidah, mereka lebih mengutamakan da'wah Daripada kesedapan dunia.

NABI MUHAMMAD S.A.W BERSABDA : "BARANG SIAPA YANG TIDUR NYENYAK DAN TIDAK MENGAMBIL PEDULI URUSAN UMAT ISLAM, MAKA IA BUKAN DARI GOLONGAN MEREKA." (Hadith Riwayat al-Baihaqi)

Kisah2 sejarah ini terlalu banyak untuk diteladani dan dijadikan iktibar. Sama-sama muhasabah diri semula dan juga untuk diri sendiri.

Para DAIE sekalian ingatlah para MAD'U memerlukan anda. fikir2kan apa akan jadi apabila MAD'U kecewa dengan DAI'E nya...

wallahu'alam

April 18, 2010

Monyet lebih sayang MANUSIA!


Sekadar renungan, iktibar, peringatan serta pengajaran untuk makhluk yang bergelar MANUSIA.

April 7, 2010

Mahasiswa Prihatinkah?


sekadar gambar hiasan


Assalammualaikum..

Diskusi maghrib di surau G sewaktu exam semakin hari semakin menarik dan semakin matang perbincangannya antara sahabat2. kali ini perbincangan isu Gejala Sosial dan Akhlak Remaja menjadi pilihan.

Ya..memang ini tajuk yg amat sesuai utk semua bincangkan...

MAHASISWA PRIHATINKAH kita?

sengaja di persoalkan perkara ini.sejauh mana kita semua prihatin dengan masalah sekeliling. tahap sosial dan masalah remaja semakin kritikal. kalau di hospital rasanya sudah sampai tahap 4 atau 5 iaitu tahap paling kritikal dan nazak. perlu dibedah segera tetapi adakala pembedahan itu 50-50..berjaya atau gagal..

isu 1: rokok..kanak2 darjah 5 pun dah merokok..kata seorang sahabat..sejauh mana gambar paru2 yg mengerikan itu memberi kesan pada perokok2 tegar ini? persoalan ditimbulkan..tambah lagi seorang sahabat..kerana ketagih mereka masih sanggup merokok..

isu 2: masalah zina...cerita seorang sahabat..murid sekolah rendah tanpa segan silu bercerita ttg perkara lucah..sekolah menengah apatah lagi...soal agama??

isu 3: pergaulan bebas..lelaki dan perempuan sejauh mana menjaga adab2 antara mereka..sudah hilang adabkah??...bertepuk dan bertampar serta bergelak ketawa tanpa segan silu..

cukuplah setakat tiga isu diuraikan...terlalu banyak masalah2 yang berlaku..belum lagi pada isu2 lain...MEB?...tetapi MAHASISWA PRIHATINkah kita?..setakat membaca surat khabar dan melepaskan geram pada pelaku2 perkara2 tersebut..TINDAKAN??...selepas itu masih dengan kehidupan biasa...

Persoalan bukan untuk menunding jari tetapi untuk diri sendiri..

di manakah asal usul punca masalah2 ini..sahabat2 tadi ada juga berbincang mencari SOLUSI..kenapa ada kempen katakan TAK NAK pd ROKOK?..tapi tiada kempen TAK NAK pd ZINA secara besar-besaran..or kempen JAUHI AKHLAK BURUK dan kempen INGAT ALLAH atau sebagainya...persoalan yang ditimbulkan...

MAHASISWA...apa perlu kita lakukan??

akar umbinya adalah ilmu...ilmu dunia + akhirat...sama2 fikirkan

wallahu'alam...

++jom turun surau G, cetuskan idea, matangkan diri++
++ maa'nnajah fil imtihan++