April 22, 2010

Apabila MAD'U kecewa dgn DA'IE nya


"siti..saya rasa kecik hati dan kecewa dgn naqibah saya."..satu luahan dari shbt yg memanggil ana dgn nama siti di ym bbrp hari yg lalu. kenapa?...tambahnya lg "iman kita ibarat hp perlu dicharge dgn usrah setiap minggu, barulah iman itu hidup..betul x?..tapi kenapa ada naqibah yang jarang-jarang buat usrah dan ada jugak yg tak nak terima saya jugak..saya perlukan tarbiyah..saya benar2 tak faham.."

mendengar keluhan ini..ana pulak diselubung rasa bersalah...bagaimana dgn adik2 usrah ana?

apabila MAD'U kecewa pada DA'IEnya...dimanakah silapnya??

pernah x sahabat2 berfikir wujud di kalangan adik usrah seperti ini yang mahukan tarbiyah ttp komitmen dari naqib atau naqibah yang sudah luntur. bagaimanakah nasib mad'u2 seperti ini??...dibiarkan tanpa bertali..pengakhirannya takut2 si mad'u spt ini hanyut entah ke mana. fitnah juga pada agama..na'uzubillah..

ya..KOMITMEN itu jawapannya..hilangnya komitmen para DAIE...hancur segala2nya..

DAIE atau pendakwah adalah mata2 rantai perjuangan dari RASUL SAW.perlukah dibincangkan perihal komitmen bg para DAIE ini?..seandainya yakin JALAN DAKWAH itu, tiada lagi persoalan komitmen, hanya perlu perlaksanaan.

Wahai para penyeru kepada ISLAM, jadikan kisah2 NABI2 dan RASUL SAW berdakwah pada umatnya sebagai panduan. nabi NUH alaihissalam berdakwah selama 950 tahun pada umatnya.

Kisah perginya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam ke Taif , Baginda telah merentasi perjalanan yang tersangat jauh untuk menyampaikan da'wah. Namun, Baginda menerima penentangan dan penyeksaan.

Lihatlah kepada kesanggupan generasi Islam pertama menanggung kelaparan dan kehilangan segala-galanya pada jangka waktu pemboikotan di lembah Abi Talib selama tiga tahun, sehingga mereka hanya memakan daun-daun pokok. Namun, mereka tidak berganjak dari 'aqidah, mereka lebih mengutamakan da'wah Daripada kesedapan dunia.

NABI MUHAMMAD S.A.W BERSABDA : "BARANG SIAPA YANG TIDUR NYENYAK DAN TIDAK MENGAMBIL PEDULI URUSAN UMAT ISLAM, MAKA IA BUKAN DARI GOLONGAN MEREKA." (Hadith Riwayat al-Baihaqi)

Kisah2 sejarah ini terlalu banyak untuk diteladani dan dijadikan iktibar. Sama-sama muhasabah diri semula dan juga untuk diri sendiri.

Para DAIE sekalian ingatlah para MAD'U memerlukan anda. fikir2kan apa akan jadi apabila MAD'U kecewa dengan DAI'E nya...

wallahu'alam

5 comments:

picairin said...

saya kecewa ngan diri sbb tak berpeluang pom join...huhu

nurjihad said...

hee....jgn kecewa pkah..sempat lagi utk join...xpun sama2 berusaha utk tmbah ilmu lg...

mirdha said...

huu..mmg slah sndri..lma sgt da xbt usrah..doakn sy xslamany cmni..insyaAllah sy try mla blik sem dpan dgn lbey b'hati2 n skg tgh mluruskn kfhman sndri dlu..huhu..tkut dgn kata2 sndri sblm ni..b4 ni sy fokus 2 kata2 yg ntah apa2..huu..bkn pd 'aqidah pdhal nabi 13tahun b'sungguh pasak 'aqidah dlu then bru syariah..n sy m'beri ats dorongan smgat bkn dr ilmu..n actully 'aqidah sgt luas skop p'bincgn ny..sy tkut t'dri dr glongan yg ska exploitasi hadis utk kpntingan dri..mmg rsa amt b'slah jgk..doakn sy ya as..(^_^) syukran utk p'ingtn nie..

nurjihad said...

sme la dgn kte..sama2 lah kte perbaiki diri dan tingkatkan ilmu...mirdha pn ajar2 lah kte dan ingtkan jugak diri ini...insyaAllah kita doa sama2 agar sentiasa di jalanNYA..:)

azira zahadi said...

Salam as..
Syukran ingtkan akak..

Nak komen post ni sejak post ni keluar lg tp x smpat, bce je hr tu..

Moga2 andai Allah masih memberi peluang untk akak untk hidup sesi depan, moga2 akak boleh buat yang lbh baik berbanding thn ni dan thn sblm ni..

Syukran as..