April 27, 2011

bacalah

Assalammualaikum...pesta buku sedang berlangsung..jom kita borong buku..besar manfaatnya..bangsa membaca bangsa berjaya. hayati lagu raihan ni :)






Artist: Raihan
Album: Bacalah
Song Category: Nasyid
Bacalah dengan nama Tuhanmu
Itulah permulaan ilmu
Sebagai yang telah diwahyukan
Menuntut ilmu satu kewajipan

Ilmu menjadi penyuluh jalan
Dengan ilmu dapat kemuliaan
Ilmu memajukan kehidupan
Ilmu yang baik dapat keberkatan

Sabda Rasul junjungan
Carilah ilmu pengetahuan
Dari dalam buaian
Hingga hari kematian

Tuntutlah ilmu hai teman
Janganlah kita siakan
Untuk masa hadapan
Agama dan bangsa

Utlubul 'ilma
Walaw fissin
Tuntutlah ilmu
Walau ke negeri China

Jangan berilmu tanpa amalan
Bagai pohon tanpa buahnya
Ilmu yang berkat membuatkan taqwa
Bermanfaat sesama insan

April 19, 2011

asma ul husna



Alhamdulillah setinggi kesyukuran utk DIA yang MAHA pemurah dan penyayang. beberapa hari ini terasa sangat bersyukur dengan apa yang diatur olehNYA. Sesungguhnya ilmu dia Maha Luas.

beberapa hari lepas sahabat mengajak ke satu program yg belum pernah disertai sebelum ini. entah kenapa mulut terus laju menyatakan persetujuan. biarpun diri bukan lah selayaknya dan memang kurang mahir dalam menyentuh hati-hati manusia ini. tetapi terfikir juga, diri ini perlu untuk mengasah diri apabila berhadapan dengan masyarakat di tempat sendiri nanti.

Allah itu yg menggerakkan hati hambaNYA, maka sampailah bersama sahabat ke tempat program,perbincangan berkenaan Kem Anti Zina. Dalam fikiran, mungkin ianya adalah kem seperti sebelum ini yang pernah disertai. ternyata ianya berbeza dan sangat berbeza. mendengar setiap bait kata dan ucapan kak aisyah dan ustazah mengaitkan hidup dan perbuatan kita ini dengan segala asmaNYA. Allahuakbar tersentuh hati yang mungkin sebelum ini sebenarnya kurang menghayati Asma Allah' ini.

'penghayatan Asma ul Husna'. Ya! konsep ini yang dibawa dalam kem anti zina ini. konsep yang di bawa dan ditelusuri bersama-sama peserta nanti. Allahuakbar, memberi penghayatan kepada peserta kem berkenaan asma'NYA tetapi diri pun belum sepenuhnya menghayati.

'kita ini manusia yang tiada apa, kosong dan nothing, semuanya dariNYA, yakinlah dengan Allah alWahab yang Maha Memberi agar memberi kita ilham dan kekuatan untuk mengendalikan kem ini'

'bagaimana mahu mengukuhkan hati peserta-peserta ini? para fasi perlu membina hubungan dengan Alkhaliq terlebih dahulu'

'Kalau Allah nk biar adik2 kem ini buka tudung selepas kami berikan tudung, boleh ja. ttp Allah Al-musawwiru, dia yang Maha merupakan dan menggambarkan pd adik2 ini bhw kakak2 fasi masih sayang pada mereka dan ada sebab pada mereka dan mereka membiarkan sahaja tudung tersebut'

Allahuakbar,begitulah sedikit kata-kata dan peringatan dari ustazah dan k.aisyah. sentiasa mengingatkan kami dan sahabat-sahabat dengan DIA yang Maha Kuasa atas segalanya. Asma ul Husna jika diberi penghayatan akan mendekatkan diri kita denganNYA.

Sebelum pulang k. aisyah sempat memberi peringatan kepada saya dan sahabat yang seperti bimbang mendapat taklifan baru ' takpe dik, andai adik nnt tak dapat hadir waktu program, insyaAllah, Allah alWahab akan memberi pembantu yang lebih baik untuk bantu menjayakan program' . Allahuakbar ,sungguh optimis. Kami hanya diam dan mengiyakan. bersangka baik denganNYA.

Semoga Allah memberkati usaha ini dan menjadikan ianya sebagai platform untuk membaiki tarbiyah diri fasi dan peserta program ini. Allah ya Rahman, ya Rahim, ya Karim, ya Basith. Allahu'alam~

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa". (Al-A'raaf 7:164)

April 9, 2011

'ajak' dan 'seru' di hujung jari.





'ajak', 'seru' atau nama lainnya adalah 'dakwah'.

'dakwah di hujung jari'. Ya kini zaman milenia. hujung jari shj sudah boleh berdakwah ttp dgn hujung jari juga maksiat berleluasa.

topik 'dakwah di hujung jari' diulas dalam radio ikim.fm beberapa hari yg lepas dlm segmen warna pg. bagaimana manusia kini mudah mendapat pahala dan juga mudah mendapat dosa. contoh paling mudah di facebook, bercerai di facebook, berkenalan di facebook, popular juga di facebook. Sedar atau tidak status2, post2 dan gambar2 di facebook memberi saham di akhirat kelak. jika perkara tersebut baik dan diikuti ramai org, pahalanya berterusan. bagaimana pula jika ia perkara bertentangan, dosanya juga berterusan.. menambah dosa hanya di fb..belum lg dosa di luar fb..bukan nak menghentam fb ttp bagaimana muslim ini menggunakan fb sbg medan dakwah di hujung jarinya.

samalah jugak dgn blog. komen ustaz hasrizal ' apa niat kita utk berblog, kalau blog sekadar bersawang dan dibiarkan shj'..erk,, terkena pada diri sendiri, menggunakan blog sbg medium dakwah kerana ramai sbrnya manusia ini silent reader, mana tau dgn tulisan ini mampu mengubah hitam kpd putih, hodoh kpd cantik, jahat kpd baik. muhasabah..

benar kata shbt, berdakwah bukan dinilai dgn penerimaan manusia ttp lakukan krn Allah, terima atau tidak urusan DIA. tetapi rugi juga kalau berdakwah ttp tiada siapa dpt manfaatnya. sifirnya seperti analogi aminah yang sangat suka memasak, setiap hari dua atau tiga lauk di masaknya. tetapi apakan daya, tiada siapa yg mahu makan masakannya. kenapa? tawar! masin! dan macam2 komen hadir. itu kan rugi namanya.

Spt kata ustz syed kadir, daie mesti berfikir mad'u itu seperti berada di tepi gaung. andai tepat caranya, selamatlah mad'u tersebut. jika tidak, jatuh lah dia tanpa dpt menyelamatkannya.

Sekadar coretan untuk berfikir, kadang2 apabila ada ruang utk berdakwah terbentang spt usrah,blog dan sebagainya tidak digunakan sebaiknya. rugi sungguh daie. manusia semakin gersang tanpa tarbiyah kerana kurang usaha dakwah.

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Al-Nahl 16:125)

wallahu'alam~

jom dengar ikim :
http://radiotime.com/WebTuner.aspx?StationId=2456&#