July 31, 2011

Niat



Assalammualaikum...
alhamdulillah dan alhamdulillah....setinggi kesyukuran padaNYA yang masih memberikan hambaNYA ini nafas utk bernyawa sehingga kini sehingga masuknya ramadhan nanti.. Allahukabar...

Alhamdulillah juga masih diberi kesempatan bersama-sama beberapa sahabat untuk berusrah dan berbincang... alhamdulillah..semoga apa yg disampaikan mendapat pengajaran untuk yg bercakap dan juga untuk yg mendengar.

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162)


'hanyalah untuk Allah'- ayat ini telah menggambarkan keseluruhan hidup ini hanya utk DIA. Tidak ada selain dia, tiada dan tiada. Berbincang dengan sahabat berkenaan niat.

Niat penentu amalan. tiada amalan tanpa niat. mustahil dan mustahil ada amalan tanpa niat. walhal perkara buruk pun ada niatnya. menulis blog ini pun dah terniat dalam hati secara automatiknya untuk menulis.

Tetapi niat bagaimanakah perlu ada dalam hati ini.

Hati adalah seketul daging dan raja pada diri. Baik raja baiklah rakyatnya. begitulah hati, bersih hati maka bersihlah juga diri dan jiwa. Maka kata imam Ibn Qayim Aljauziyah, letaknya niat pada hati. Oleh itu tentulah, niat yang ikhlas dan baik perlu pada hati yang bersih. Setiap amalan perlukan niat bukan sekadar ibadah khusus tetapi juga adat kebiasaan.

Niat mampu membezakan dosa dan pahala.
Niat mampu membezakan adat dan ibadat.
Niat mampu menjadikan amalan dunia kepada amalan akhirat, dan amalan akhirat kepada amalan dunia.

Niat yang baik tentulah niat yang ikhlas. niat yang ikhlas mampu melahirkan amal ikhlas juga. Imam Nawawi mensyarahkan dalam hadis Arbai'an tentang amalan ikhlas dalam hadis niat mempunyai 3 jenis:

1. amalan hamba- kerana takutkan Allah
2. amalan saudagar- kerana harapkan pahala dan ganjaran syurga
3. amalan yang merdeka- kerana takutkanNYA dan setiasa rasa kehambaan dan merasa diri sentiasa kurang.

Di manakah jenis amal kita, entah-entah tiada langsung ada. Astaghfirullah.

Bagaimana pula mahu niat yang ikhlas jika hati kotor.

Hati kotor adalah penyakit dan setiap penyakit pada ubatnya. Jom sama-sama kita nyanyi lagu 'ubat hati'. Ubat hati ada 5, boleh cari rasanya untuk bersihkan hati supaya dapat lahirkan niat yang ikhlas.

Satu kisah ulamak yang berusaha bersihkan hatinya dengan membasuh tandas awam di pasar sekitar rumahnya. Cara ulamak tersebut menyucikan jiwanya daripada terus diselubungi jiwa megah. Mengalir air mata seorang sahabat bila kisah ini diceritakan tadi.

Ya bukan mudah mahu menyucikan jiwa tetapi perlu juga untuk ikhlaskan niat. Apatah lagi bagi individu yang berusaha nak menegakkan Islam pasti ada sahaja lintasan-lintasan hati datang.

Lintasan apakah itu?

Lintasan riya'. Riya' yang wujud mengotorkan amalan kita. Allahuakbar...sejauh mana amal kita bersih selama kita hidup di muka bumiNYA..

Kisah seorang sahabat bertanya pada Rasul SAW, bagaimanakah amalan seorang hamba yang bersedeqah hanya kerana mahu dipuji?. Nabi hanya mendiamkan shj sehingga Allah turunkan ayat ini.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Al-Kahfi 18:110)

Ya! nikmat paling besar di akhirat sana ialah pertemuan dgn DIA yg Maha Esa. Tetapi perlukan 2 syarat :

1. mengerjakan amal soleh
2. jangan mempersekutukan sesiapapun dlm ibadatnya.

bagaimana?..nak berjumpa dengan kekasih agung, hanya dua syaratnya tetapi mujahadah yg tinggi untuk lakukannya.

Lihatlah betapa besarnya peranan niat kerana ia penentu ouput kepada amalan kita.

Sempena Ramadhan yg akan hadir beberapa minit lagi, kita luruskan dan perbaharui niat untuk benar2 melakukan amalan keranaNYA di bulan ini. Bak kata dalam blog seorang sahabat, bulan ramadhan adalah bulan berkat dalam berkat, berkatest. Ganjaran yang menggunung dariNYA dan sebagai latihan untuk istiqamah selepas ramadhan.

Semoga saya juga dapat berusaha dan berjaya untuk tetapkan niat dan matlamat dalam bulan barakah ini. Salam Ramadhan Kareem, Ahlan Wasahlan ya Ramadhan.


July 26, 2011

kemenangan agung


Kemenangan yang agung,

Kemenangan apakah itu,

Kemenangan duit beribu-ribu?

Atau adakah kemenangan kuasa?

Atau kemenangan pilihan raya?

Oh tidak mungkin!


Kemenangan itu tidak hadir dengan percuma,

Malah berbayar lagi!

Kemenangan duduk di atas kerusi mewah (dipan-dipan),

Dilayani si dia yg bermata indah,

seperti telur didalam kulitnya lagi,

ia terjaga dengan rapi,

Sambil duduk-duduk, minum-minum air yg berkat mengalir,

Warnanya putih, Tidak memabukkan, bukan arak!


Oh! Aku dahagakan kemenangan agung itu!!

Tapi bagaimana.

Duduk bersembang kosong di kedai kopi bukan metodnya,

Hidangan rasuah yg dijamah spt gula-gula,

menjauhkan lagi darinya.

Tangisan kerana si artis entahkan siapa, membantutkan juga.

Tanggapan diri lebih besar dari yang MAHA BESAR,

lagi menghilangkan cahaya kearahnya.


Oh bagaimana kemenangan yg berbayar ini!

Berapa nilainya yg harus dibayar!

Cukuplah bayarannya dambaan sepenuh hati pada DIA dan kekasihNYA.

Ikhlas seikhlasnya kerana DIA.

Berjuang kerana DIA.

Beramal bagi orang yang mampu beramal.

Pasti kemenangan agung itu milik kita!


(as-saffat: 40-61)

Jom sama-sama koreksi jiwa sempena bulan ramadhan yang mulia dan dengan pahala yg berlipat kali ganda untuk kita perolehi kemenangan agung itu.

wallahu'alam

July 13, 2011

9711

sehingga saat ini, sedih dan sedih dan sedih masih lagi menyelubungi diri..kenapa?...

event besar dan ditunggu-tunggu..ttp saya hanya mampu duduk rumah sahaja...mahu menjerit sahaja ketika itu..setiap masa saya fikirkan solusi untuk pergi tp apakan daya itu Allah tetapkan untuk saya...

setiap kali video dan gambar ditatapi, sedih itu pasti datang ttp sy bangga dengan semua yg turun.

apa lagi yg saya mahu komen..

tahniah! dan syabas! utk rakyat Malaysia..

terima kasih polis krn menunjukkan sikap anda yg sebenar ( tengok dlm video ja).

thniah utk shbt2 yg ditangkap, anda sbnrnya dpt tarbiyah dan pengalaman dari itu.

kesian kpd mrk yg berusaha menutup pekung di dada padahal rakyat adalah saksinya.

kesian juga pd individu yg merasakan mrk yg berjuang utk keadilan ini kufur nikmat yg kerajaan bg..sedar2lah ya..pandanglah dunia dgn pndangan akidah (surah alkahfi).

tak sabar menunggu bersih 3.0 jika ada.




July 6, 2011

Sepahit jadam


`Sepahit Jadam'. "Jadam tu apa?" soal abg ipar. "entah, baca je buku ni'". sambil tangan menaip cari pakcik google untuk jawapan. Anda tahu dan pernah makan jadam?.

Jadam sejenis perubatan herba yang sangat pahit (sumber : hpaoline). Saya pun baru tahu mengapa penulis meletakkan tajuk buku seperti ini. Perjalanan perjuangan seperti pahitnya jadam dimakan.

Jutaan terima kasih buat sahabat yang beri buku ini ketika tukar-tukar hadiah yang lepas. Buku ini sebenarnya kompilasi tulisan blog ustaz nik abduh yang lepas-lepas. Buku yang sarat dengan pengalaman dan pendapatnya berkenaan perjuangan PAS di bumi Malaysia dan juga berkenaan ayahandanya tercinta.

Saya bukanlah arif sebagai penganalisa buku. tapi buku ini bagus untuk bacaan umum.

Artikel yang paling menyentuh hati adalah berkenaan ustaz nik Adli dimasukkan ke dalam ISA. membaca seorang diri ketika di dalam bas ke Batu Pahat sangat memberi kesan sehingga menitis air mata. Bagaimana Nik Adli dimasukkan ke ISA dan dipisahkan daripada isteri dan anaknya dan doa seorang bapa supaya kezaliman terhadap anaknya terbela. Bagaimana undang-undang rimba ini dijalankan pada pelaku yang hanya menegakkan ISLAM tercinta di muka bumi ini. memang sangat patut perjuangkan anti-ISA!

dan artikel-artikel lain berkenaan dirinya dan ayahandanya..kata-kata ayahanda yang sangat memberi makna.

' kita sentiasa berada di jalan yg lurus, manusia ini sendiri yang menjadikannya bengkok dan berduri'-nik abduh

anda baca dan rasailah tulisan ustaz nik abduh ini sendiri. Semoga Allah permudahkan urusan keluarganya.

p/s: nak pinjam buku pun boleh. ini blog ustaz: http://nikabduh.wordpress.com/

waallahu'alam