July 6, 2011

Sepahit jadam


`Sepahit Jadam'. "Jadam tu apa?" soal abg ipar. "entah, baca je buku ni'". sambil tangan menaip cari pakcik google untuk jawapan. Anda tahu dan pernah makan jadam?.

Jadam sejenis perubatan herba yang sangat pahit (sumber : hpaoline). Saya pun baru tahu mengapa penulis meletakkan tajuk buku seperti ini. Perjalanan perjuangan seperti pahitnya jadam dimakan.

Jutaan terima kasih buat sahabat yang beri buku ini ketika tukar-tukar hadiah yang lepas. Buku ini sebenarnya kompilasi tulisan blog ustaz nik abduh yang lepas-lepas. Buku yang sarat dengan pengalaman dan pendapatnya berkenaan perjuangan PAS di bumi Malaysia dan juga berkenaan ayahandanya tercinta.

Saya bukanlah arif sebagai penganalisa buku. tapi buku ini bagus untuk bacaan umum.

Artikel yang paling menyentuh hati adalah berkenaan ustaz nik Adli dimasukkan ke dalam ISA. membaca seorang diri ketika di dalam bas ke Batu Pahat sangat memberi kesan sehingga menitis air mata. Bagaimana Nik Adli dimasukkan ke ISA dan dipisahkan daripada isteri dan anaknya dan doa seorang bapa supaya kezaliman terhadap anaknya terbela. Bagaimana undang-undang rimba ini dijalankan pada pelaku yang hanya menegakkan ISLAM tercinta di muka bumi ini. memang sangat patut perjuangkan anti-ISA!

dan artikel-artikel lain berkenaan dirinya dan ayahandanya..kata-kata ayahanda yang sangat memberi makna.

' kita sentiasa berada di jalan yg lurus, manusia ini sendiri yang menjadikannya bengkok dan berduri'-nik abduh

anda baca dan rasailah tulisan ustaz nik abduh ini sendiri. Semoga Allah permudahkan urusan keluarganya.

p/s: nak pinjam buku pun boleh. ini blog ustaz: http://nikabduh.wordpress.com/

waallahu'alam

2 comments:

suraya said...

assalamualaikum...haish, nak buat like pn xleh coz takde simbol tu..hehe, syukran atas perkongsian...hmmm, bila la nak stat tls perkongsian "biar orang cina pimpin Islam"...doakan saya semoga dapat buat mcm as ni:D

nurjihad said...

waalaikumsalam..buatlah jgak ye nnti..kte doakan su dpt wt..boleh kte tau jgak kndngannya, nak tggu baca buku tu msti lmbat lg...yg kte buat ni pn sket ja...buat dari hati ya :)..kita doakan