AKU ADA WALI
Drama yang akan ditayangkan di TV Alhijrah pada 14 Jan 2014.
Sipnosis.
SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.
Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.
Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.
Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.
Saya menjual novel ini dengan harga RM33 termasuk pos. Berminat boleh hubungi saya di nurjihad@gmail.com/ atau di sini https://www.facebook.com/kafebukusaya?sk=messages_inbox
Selain buku ini ada juga buku-buku lain boleh klik Kafe Buku
---
.
No comments:
Post a Comment