Peringatan untuk ana dan sahabat,kita sedang berada di zaman yang ke 4...menurut Pendakwah Indonesia, Muhammad Ihsan Arlansyah Tanjung (lebih dikenali sebagai Ihsan Tanjung) ada menghuraikan isu ini.
Katanya, menurut hadis sahih, masa akhir zaman ini terbahagi kepada lima iaitu pada zaman Rasulullah SAW masih hidup, zaman Khulafa ar-Rasyidin (empat sahabat Nabi Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali), zaman maalikan ‘adhan atau khalifah Islam selepas Ali bin Abi Talib hingga runtuhnya kerajaan Uthmaniah di Turki (1924), zaman maalikan jabariyan atau penguasa diktator (zaman sekarang) dan terakhir zaman kembalinya kegemilangan Islam mengikut sistem khalifah.
Berdasarkan lima zaman ini, Ihsan berpendapat zaman kita sekarang adalah zaman keempat atau maalikan jabariyan, sesuai dengan keadaan semasa yang mana penguasa diktator bermaharajalela dan menyaksikan kekalahan umat Islam di mana-mana pelusuk dunia.
Malah, ada pendapat bahawa kita semakin menghampiri penghujung zaman diktator berdasarkan kata-kata sahabat yang disebutkan dalam Atsar, menerangkan tanda sudah dekatnya kemunculan Imam Mahdi yang akan menegakkan khalifah Islam bagi zaman kelima itu.
Menurut riwayat, apabila sudah dekat kedatangan Imam Mahdi, banyak terjadi pembunuhan dan peperangan. Orang mahu berbunuhan kerana masalah remeh-temeh dan berperang antara kumpulan atau negara kerana masalah kecil.
Bencana seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliung dan banjir semakin banyak terjadi. Begitu juga penyakit, semakin banyak jenis penyakit dan semakin ramai manusia berpenyakit.
“Melihat fenomena yang terjadi dalam masyarakat sekarang ini, nampaknya tanda kiamat atau akhir zaman sudah terjadi semuanya? Belum semua. Sudah kira-kira 95 peratus, jadi masih ada lima peratus yang belum terjadi,” kata Ihsan.(sumber harian metro)
Ingatlah sahabat marilah kita kembali kepada jalan yang diredhaiNYA agar kita bahagia di dunia abadi...jadikan hidup ini perjuangan hakiki...
No comments:
Post a Comment