November 22, 2008

~CINTA KERANA ALLAH~

Sementara itu, orang yang membiasakan keadaan hatinya lalai daripada
cahaya Allah S.W.T mungkin akan dihukum oleh Allah S.W.T untuk terus lalai dan
jauh dari –Nya, sebagaimana ingatan Allah dalam Al-A’raf (17): ayat 179 yang
bermaksud :
“dan janganlah kamu termasuk di antara orang yang lalai…’
Rasulullah S.A.W pula pernah berwasiat, baginda bersabda :
‘Janganlah kalian lalai maka kalian akan melupakan rahmat.’
Kalau ada di lintasan di hati kita untuk berhijrah dari jiwa yang lalai kepada
jiwa yang cintakan Allah S.W.T. maka bersegeralah untuk melakukannya kerana
percayalah bahawa itu adalah lintasan benar dari Allah S.W.T. Lintasan itu
merupakan hidayah yang takkan datang selalu. Jarang–jarang jea. Biasanya ianya
akan disertai keyakinan yang kuat. Namun, kalau kita sering bertangguh, mungkin
Allah S.W.T akan tarik balik hidayah–Nya itu. Taufiq dari–Nya bukan milik semua
orang. Bukan milik orang yang tak bersedia,” jelas Khazinatul Asrar lagi.
“Kak Asrar, adakah bercinta kerana Allah itu melalaikan?” Nur Fatihah mencetus
persoalan. Khazinatul Asrar tersenyum. Topik cinta sering menjadi masalah utama
adik–adik usrahnya selama dia bergelar Naqibah.
“Apa pendapat Syaqiera?” Khazinatul Asrar memberi peluang untuk mengemukakan
pandangan.
“Iera rasa ianya tak melalaikan! Bagi Iera , itulah cinta sejati. Cinta kerana Allah
biasanya diiringi wawasan untuk hidup bersama dan lahirkan zuriat yang soleh,”
jawab Syaqiera, petah.
“Juliea pula bagaimana?” Khazinatul Asrar bertanya lagi.
“ Juliea pun setuju dengan Iera! Apa sahaja perbuatan yang dibuat ikhlas kerana
Allah, mesti benda tue baik,” yakin jawapannya. “Tapi Kak Asrar…
Ziana confuse tentang cinta tu…” Roziana mencelah. “Confuse? Boleh kongsi?”
Khazinatul Asrar bernada lembut. “Ziana tak malu nak berkongsi pengalaman Ziana.
Ziana dicintai oleh seorang lelaki yang soleh orangnya. Dia betul–betul nak jadikan
Ziana teman hidupnya selepas tamat belajar nanti. Bagi Ziana, cinta kami kerana
Allah. Tapi…setelah dua tahun menjalinkan hubungan cinta, Ziana rasa hati Ziana
semakin jauh daripada mengingati Allah. Kalau dulu hati ini sering berzikir, tapi kini
sering ingat namanya sahaja. Rasa macam hati ini kotor. Hari – hari kami saling call.
Lebih parah lagi bila hati ni sering memujuk untuk berjumpa dengannya selalu,” luah
Roziana.
“Kenapa cinta yang dijalin kerana Allah pun melalaikan?” keluhnya lagi.
“Najah rasa, cinta memang melalaikan, cinta kerana Allah tu hanyalah nama hiasan
untuk menafikan kelalaian cinta,” Nik An-Najah bersuara tegas.
Syaqiera mengkeriukkan dahi. Tidak tenang dengan kenyataan setegas itu.
“Okey, Kak Asrar nak tanya, apakah ciri–ciri cinta yang adik–adik anggap adalah cinta
kerana Allah?” Khazinatul Asrar cuba membuka minda.

“Ianya adalah bercinta untuk berkahwin dan lahirkan anak–anak yang dididik dengan
cara hidup Islam, baitul Muslim” jawab Syaqiera spontan.
“Itu natijah cinta kerana Allah. Kak Asrar bertanyakan ciri- ciri cinta kerana Allah.
Ciri-ciri yang akak maksudkan itu adalah cara bercinta itu sendiri yang dikatakan
kerana Allah,” Khazinatul Asrar makin membuka minda mereka.
“Apa pendapat Kak Asrar tentang itu?” Sayyidah minta kepastian.
“Kadang–kadang manusia tersalah menganggap cintanya kerana Allah padahal
percintaannya menyebabkan makhluk Allah lebih diagungkan daripada Pencipta
makhluk itu sendiri. Allah diketepikan. Mungkin matlamatnya dah betul dan jelas,
tapi jalannya tak syaro’. Itulah yang disedihkan.
Dalam Islam ada beberapa perkara yang perlu disegerakan. Pertama, apabila solat
telah masuk waktunya. Kedua, apabila jenazah hendak dikebumikan. Dan ketiga,
apabila anak gadis telah bertemu calon suaminya. Kalau dilambatkan, buruk
padahnya. Kita boleh buat satu conclusion, salah satu ciri – ciri cinta kerana Allah
ialah apabila pasangan segera dijodohkan. Kuranglah maksiat hati yang sering
dilakukan ketika percintaan.”
“Tapi, takkan nak kahwin masa tengah belajar lagi ni?” getus Yusro
“Kalau dah tak tahan apa salahnya…tapi, kalau rasa masih tak sedia, baik jangan
berani untuk bercinta lagi,” nasihat Khazinatul Asrar.
“Kalau dah terjebak macam Ziana ni?” gerutu Roziana.
“ Ziana, jatuh cinta tak salah. Perasaan tu anugerah Allah. Tapi kalau Ziana rasa
ianya boleh melalaikan tentu ada perbuatan-perbuatan yang salah, yang Allah tak
redhai. Muhasabah balik. Sentiasalah berdoa pada Allah agar memelihara perasaan
cinta tu sebagaimana yang Dia kehendaki, yang tak menjauhkan Ziana dari–Nya. Allah
Maha Penyayang,” jelas Khazinatul Asrar.
“Praktikalnya?” Roziana mahu lebih jelas.
“Kikislah keaiban–keaiban cinta seperti hari–hari bergayut di telefon, bermujahadah
untuk buang nama si dia dalam solat dan sebagainya… Buatlah secara perlahan–lahan
dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Kak Asrar faham, Ziana
perlukan masa untuk merubah situasi sedia ada. Bukan secara mendadak. Tak
apalah…selagi ada kemahuan di situ ada jalan. Yakin dengan Allah,” senyum berputik
di bibir.

…petikan cerpen seindah mawar berduri…

Cinta kerana Allah wujud ke? jika manusia hanya melafazkan cintanya pada si dia kerana Allah tetapi setiap hari merinduinya melebihi dari sang Pencipta sedangkan Allah juga yang mencipta semua hambaNya…wajarkah kita mencintai hambanya melebihi Dia. Sedangkan Dia lebih berhak keatas cinta kita…Ukhwah Mahabbah Fillah..atau Ukhwah Fillah Abadan Abada,,,ungkapan ini kerap digunapakai bagi sesetengah insan yang menganggap cinta mereka kerana Allah…boleh ke?..cinta adalah fitrah dari NYA..tidak salah untuk bercinta tetapi pastikan cinta sang Pencipta melebihi segala-galanya..Hubungan yang sah wujud antara muslimin dan muslimat hanya selepas ikatan yang sah…..Janganlah bersedih wahai mujahidah solehah andai tiada jodoh pada waktu ini dan anggaplah muslimin tersebut sedang mempersiapkan dirinya untuk setaraf denganmu..Wanita solehah diciptakan Allah untuk lelaki yang soleh.
Waallahua’lam…

No comments: