May 22, 2009

Indonesia-->Bukit Tinggi-->Hamka

KeNangAn terIndaH

Perjalanan selama 5 hari 4 malam ke Indonesia memberi seribu kenangan dan sejuta pengalaman. Terbang ke negara orang melihat ciptaanNYA dan kebesaranNYA. Berkunjung ke sana ibarat melancong ke Malaysia juga kerana cuaca yang tidak banyak beza dan warna kulit rakyatnya sama. Tetapi apa yang membezakan bahasa dan budaya serta pemandangannya. Kiri dan kanan jalan sentiasa dipenuhi dengan tanaman iaitu tidak kira sawah padi mahupun sayur-sayuran. Sesuai dengan kedudukannya iaitu di kaki gunung Merapi dan gunung Singkalang Program bermula di Universiti Andalas (UNAND) bersama pelajar-pelajar fakulti perubatan beserta dekan dan timbalan rektornya. Hari-hari berikutnya lebih kepada mengenali budaya dan melawat tempat bersejarah dan membeli-belah.
Antara tempat yang terkesan di hati ialah sewaktu melawat Buya Hamka ataupun Perpustakaan Hamka yg terletak berdekatan Tasik Maninjau dan perlu melalui Kelok 44. Tak sangka boleh juga ana mendengar tazkirah sewaktu melancong ini. Semangat ana terus naik apabila mendengar sejarah perjuangan Hamka daripada anak saudaranya, Pak Hanif. Kata-kata Pak Hanif yang juga bersemangat menceritakan bagaimana Hamka berusaha menegakkan Islam di bumi Indonesia.
Kata-kata Pak Hanif bukan sahaja sekadar cerita sejarah tetapi terselit unsur nasihat dan dakwah kepada kami yang mendengar agar berusaha menegakkan Islam di mana jua dan walau siapa pun kita. Pak Hanif juga menekankan bahawa Hamka dahulunya pernah dipenjara tetapi dibebaskan dengan bantuan MAHASISWA. Tersenyum ana mendengar kerana kagum dengan mahasiswa yang berusaha ke tahap itu. Harapnya bukan ana sahaja yang bersemangat malah rakan-rakan lain yang mendengar juga.
Tazkirah pak Hanif berakhir dengan pesanan daripada Hamka. Hanya beberapa yang sempat ana catatkan disini iaitu Orang yang pintar akan merasa bodoh apabila tidak membaca, Orang yang bisa berhubungan dengan Allah ialah orang yang menyucikan hati dan dirinya, Orang yang berbahagia adalah orang yang ingat pada asal-usulnya dan kata Hamka, Ketika pintu rumahku diketuk kemiskinan, aku akan lompat keluar. Miskin adalah dari segi miskin ilmu,iman, akhlak dahn harta. InsyaAllah akan ana ingat pesanan ini. Akhirul kalam, pak Hanif memberi persoalan kepada kami, adakan akan muncul Hamka ke-2 selepas ini?...tambahan dari Pak Hanif, biarlah hamka ke-2 itu muncul di Malaysia dan golongan MAHASISWA yang perlu memulakannya.
Hari-hari lain lawatan tertumpu kepada sejarah dan budaya masyarakat tempatan dan Minangkabau iaitu Istana Silindung Bulan, Minangkabau Village, Lubang Jepang, Ngarai Sianok dan beberapa tempat lain selain membeli-belah. Semoga kenangan terindah ini tidak hanya kekal di ingatan sahaja tetapi menghasilkan semangat yang baru

“ Ya Rabbi, bagiMu segala puji seagung kemuliaan wajahMU dan kebesaran kekuasaanMu”




di hadapan Istana Temenggong di Minangkabau Village

Ngarai Sianok ataupun lembah Sianok


Lubang Jepang


Tugu peringatan askar Jepun


Tasik Maninjau sewaktu melalui kelok 44


Kenangan bersama Pak Hanif di Buya Hamka


Bersama pelajar UNAND di kampus perubatan


Sumbangan kepada tour guide Pak Ardi


bersama pelajar perubatan UNAND di kampus induk

2 comments:

Riuz said...

pandai pun menulis...pengalaman yang berharga, tahniah

Unknown said...

xlah pandai mana....syukran