Assalammualaikum....
Lama sudah blog ini tidak update. Hari ini ana terbaca tentang penubuhan MASISNA oleh MPMUM di mahasiswakini. Apa yang ana mahu ucapkan kpd pimpinan yang menubuhkan ialah TAHNIAH, MABRUK dan CONGRATE...teruskan usaha kalian...penubuhan majlis ini membuktikan mahasiswa sebagai agen penggerak dan perubahan untuk masyarakat dan negara. Mahasiwa tidak hanya mampu berpencak di pentas akademik tetapi sebenarnya lebih daripada itu.
Majlis Mahasiswi Nasional adalah nama pnjg untuk MASISNA. pembentangan untuk penubuhan majlis ini telah diadakan pada Majlis Perundingan Kebangsaan yang lalu oleh SU MPMUM, Shah Rizul Ayuni Zulkiply. Usaha ini telah disokong sepenuhnya oleh YB Datuk Seri Shahrizat Jalil selepas merasmikan FEMINA 09 di UM kelmarin.
Majlis Mahasiswi Nasional (Masisna) boleh membantu kerajaan menangani isu masyarakat dan pembangunan negara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata, penglibatan Masisna yang dianggotai oleh generasi muda berpendidikan itu bukan hanya menyokong usaha kerajaan, tetapi membawa mereka bersama-sama merancang pembangunan negara.
Serba sedikit info mengenainya :MAJLIS MAHASISWI NASIONAL(MASISNA)
DI LETAKKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT.
MENYUMBANG KEPADA RAKYAT :
i. Bantuan kajian/penyelidikan/data
ii. Sukarelawan program
iii. Mobilasi tenaga untuk tujuan kebajikan
iv. Penglibatan aktif dalam NGO
v. Agen penerang
Semoga agenda MASISNA dapat direncanakan sebaiknya dan dijalankan dengan jayanya selari dengan objektif penubuhannya dan juga mampu melahirkan muslimah yang berketrampilan.Akhirnya...SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN, GOOD LUCK, MA'AN NAJAH FIL IMTIHAN untuk sahabat-sahabat mahasiswa sekalian.
No comments:
Post a Comment