February 23, 2010

Chocolate??

(click utk saiz besar)

Assalammualaikum..apa itu syubhah??...sebenarnya baru je balik dari lawatan sambil shopping di kilang coklat di Seri Kembangan, Selangor..memerhati cara2 pemprosesan coklat..dan shopping coklat kat kedai situ..rupanya dalam perjalanan pulang tanpa disedari ada terbeli satu jenis coklat yang xde tanda halal..mcm mna tu??..bincang ngan sorang sahabat yang turut beli..akhirnya..jalan penyelesaian..beri je coklat tu pada sahabat non muslim...rasanya ini yang terbaik..ttp ada jugak sahabat lain kata..."halal kot"...emmm...

Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.


(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)






Syubhah ialah sesuatu hukum yang tidak diketahui dengan jelas hukum halal dan haramnya.

Perbincangan Hadis :
1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas : Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik. manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.
2) Perkara-perkara Syubhat : berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya. yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.
3) Bila berhadapan dengan syubhat : tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa – redha Allah. syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita – mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
(kisah nabi dgn. Sofiah – dilihat oleh sahabat). tinggalkan syubhat – sifat wara’ – sempurna iman.
4) Peranan Hati : hati berpenyakit – jihadnya dengan mengikut manhaj Allah

Pengajaran hadis:
Melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah. Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi,demi menjaga maruah diri dan keheningan agama. Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.


**berusaha untuk tinggalkan perkara yang syubhah bukan sahaja dari segi makanan tetapi juga perkara2 lain kerana ia melibatkan diri kita.kita sebagai umat islam cubalah untuk tidak pandang remeh kpd perkara2 syubhah ini....

**paling gembiranya...rupa2nya coklat tu halal, sahabat2 yang pergi melawat utk sesi petang dah tanyakan pada owner...:)

**"keredhaan Allah itu melebihi keredhaan manusia"

**wallahu'alam



8 comments:

picairin said...

mesti coklat yg buy 1 free 1 2 kan???
kna ucap thnx kat nonad sb dia yg perasan xda tanda halal...=)

nurjihad said...

aah..hehe..kte yg perasan sbnrnye..then bgtau pd iz suh sebar2kan..hikhik..xkesahlah sumernya da selesai..:)

afiQ said...

chocolate salah eja...(ke sengaja?) tapi dah maju sekarang mula menulis sendiri, tahniah dan teruskan! ~_~

nurjihad said...

erk...alamak xperasan..apapun mksudnya ttp sama...syukran2

M.SYAMSUL ANAM BIN QAMARUL HUDA said...

salam .. a very good post ..satu cerita sintifik yg begitu menarik untk mnrngkn tntng klbhn mknn halal itu. trm ksih ats mklumat mklumat yg di postkn 2 .. sye bru tahu .. syukran .. huhu ..

nurjihad said...

syukran2...for more info...ikan keli pn dah di fatwakn haram oleh majlis fatwa kebangsaan...ikan keli yang di bela oleh orang cina kerana diberi makanan najis babi...wallahu'alam

ZOuL_89 said...

salam ukhuwah

komik dapat dari mana ek??

nurjihad said...

wassalam...komik tu..jmpe kt blog2 shbt yg xkenal..just search je...