September 23, 2010

Abang ipar?



Mempunyai adik beradik yang ramai telah berkahwin menyebabkan mesti bertudung sepanjang masa dalam rumah...lebih-lebih sepanjang musim raya ni bila semua balik kampung....ini kewajipan tetapi ada juga yang tidak tahu.

"apa salahnya bukak, abang ipar sendiri je pun"

Mungkin perkongsian ini dapat membantu menjawab soalan ini....


Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina .

Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ) . Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat .

Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di dapur ) . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .

Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya . Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai " makna jahat " !? .

Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) .

Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam . Di samping kemudahan diberikan , Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan .

Tidak dapat dinafikan , di dalam dunia moden ini kadang-kadang seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan ipar-duainya lantaran perkerjaan ataupun pengajian . Hubungan ipar-duai itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya .

Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu .

Tapi BAHAYA ipar-duai ini juga perlu diawasi . Tidak sedikit manusia yang " TERLAJAK " dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini LEBIH HALUS , LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA .

Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa " Ipar-duai itu adalah MAUT " iaitu , " hubungan sumbang " dengan ipar-duai sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yang tiada kaitan kekeluargaan dan persemendaan . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

Ertinya : Drp Saidina 'Uqbah Bin 'Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (( " Jaga-jaga ! , Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~ khalwat ~ dengan mana-mana wanita " )) , maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya : " Bagaimana pula dengan ipar-duai ? " . Jawab Baginda s.a.w : " Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT " )) . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh ( 9 / 5232 ) dan al-Imam Muslim rh ( 4 / 2172 ) . Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4 / 149 ) dan al-Imam at-Tirmidzie rh ( 3 / 1171 ) serta al-Imam as-Suyuthi rh ( Al- Jamie? as-Soghir : 2905 ) .

Sebaik-baiknya kita tidak duduk serumah dengan adik-beradik ipar kita .

Namun jika AMAN DRP SEBARANG BAHAYA ( apatah lagi dengan keganjilan perilaku dan kecenderungan seks zaman sekarang ) , maka TIDAKLAH MENGAPA tinggal serumah dengan mereka .

Mudah-mudahan Allah Ta'ala menyelamatkan kita sentiasa drpd musibah2x yg xdiingini.... Amin Ya Rabbal Alamin .

5 comments:

Siti Khadijah said...

salam..
mungkin juga peringatan untuk musim2 perayaan ni.. selalunya kita akan pulang ke kampung2 halaman.. dan bertemu dgn sanak saudara, duduk di rumah atuk, nenek.. Harapnya dapat juga dijaga auratnya, sama sperti aurat kita dgn org yg bukan dr kalangan keluarga terutama bg yang muslimat... aurat tetap perlu dijaga.. =)

Wallahua'lam..

picairin said...

salam...
nak tanya... boleh ya sinting lengan baju n xpakai socks depan abg ipar??? as tak nyatakan sumber... boleh tak gitau sumber pembolehan tu...mungkin hadis or ulama2...nak tanya direct tapi xberjaya jumpa dan cakap ngan kamu face to face...=)

nurjihad said...

wassalam..sykran pkah tlg ingtkan

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.(surah an-Nuur:31)


Aurat dengan abang ipar ialah sebagaimana dengan lelaki bukan muhrim.
Ini berdalilkan ayat di atas. Oleh kerana abang ipar itu muhrim sementara, maka diberi sedikit kelonggaran berupa tidak perlu memakai stokin (bagi madzhab jumhur yg menetapkan kaki itu aurat), dalam mazhab hanafi, kaki tidak aurat dan dima'afkan jika terselak lengan ketika melakukan kerja-kerja spt kerja dapur (atas alasan kesulitan). (Dr Abdul Karim Zaydan, alMufassal, Syaikh Atiyah Saqr, Seem wal Jeem; Syaikh Ali asySyabuni, Tafsir ayatu Ahkam )

wallahu'alam

Anonymous said...

salam..
saya hendak bertanya..
adik ipar boleh atau tidak jika bersalam?

nurjihad said...

wassalam...adik ipar lelaki dan abang ipar adalah haram sementara, tidak boleh bersalam..