September 2, 2010

Finding lailatulqadr~



Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Allah dengan mudah memberi satu malam lebih baik dengan seribu bulan tetapi umat masih ada yang tidak sedar kenikmatan ini. bak kata Sis Zabrina (penulis buku life-is an open secret),bayangkan pasaraya giant atau midvalley dan seumpamanya beri diskaun sampai 80 peratus atau 90 peratus, kita akan berebut-rebut nak pergi membeli-belah. Allah dengan rahmatNYA memberi sebulan penuh keberkatan dan Malam seribu bulan, beribadah sahaja...masih lagi ada hambaNYA yang menolak. ruginya....nikmat mana lagi yang kamu mahu dustakan.

wallahu'alam~

No comments: