June 16, 2011

Anak Burung


~bagaikan anak burung yang baru keluar dari sarung telurnya, disangkakan di luar selesa spt dlm tmptnya rupanya penuh dan sesak dgn tahi burung jenisnya sendiri. ia bagaikan mahu terbang tinggal bersama spesis yg lain~


Baru sahaja pulang daripada usrah bersama Ustaz Ridhuan Ismail.' realiti...' ..tajuk yang saya beri sendiri sebab tak tau apa tajuknya..sedikit sebanyak kisah dan cerita diungkapkan kepada kami yg mendengar agar memahami realiti sebenar didunia sendiri.

Ya memang benar, terlalu banyak najis2 spesis anak burung itu bertebaran dalam kehidupan spesisnya sendiri..seperti dia mahu terbang ke spesis lain..tetapi itu hanya anggapan dan angan-angan anak burung itu agar merasai kehidupan yang selesa agar dapat bergerak dengan baik. Hakikatnya sama sahaja malah mungkin lebih teruk daripada yg disangka.

Perjuangan yang berdasarkan maqasid syariah atau berlandaskan syariat tidak mungkin tunduk dengan perjuangan yang bermatlamatkan matlamat menghalalkan cara. Tetapi hakikatnya manusia menentang beberapa syariat yg telah termaktub demi mencapai tujuan masing-masing. saya bukanlah ahlinya dalam hal ini sekadar mencetuskan sedikit luahan berdasarkan pengisian tadi.

Lahirnya pejuang yang berpaksikan tadhiyah dan komitmen, tidak mampu melahirkan perjuangan yang benar-benar asli dan solid. Melahirkan bayi baru dalam jalan dakwah bukan berdasarkan kuantiti sahaja tetapi perlu ada kualiti. Saya mula berfikir adakah saya juga dilahirkan dikalangan yang penuh dengan komitmen sahaja tetapi kurangnya isi dan ilmu.

Mahu menjual barang, tetapi tidak tahu faedahnya barang itu.
Mahu mengajak kepada ISLAM, tetapi kata-kata omong kosong sahaja tiada kefahaman.

Kini, kita dah berada di dunia realiti perlu kepada kekuatan diri yang kuat. Terbang kepada spesis yang lain tidak menjanjikan apa-apa melainkan kita cuba mengubah dengan kekuatan yang kita telah bina di dalam sarung telur tadi. Tetapi hanya jika kita benar-benar telah binanya!!..

Ilmu dan komitmen..adakah kita benar-benar telah binanya?? adakah menjadi anak burung yang berkualiti??

~nasihat ustaz agar anak burung tidak terbang ke tempat lain dan masih berada dalam spesisnya tetapi cuba berfikir mencari solusi bagaimana mahu mengubah pesepsi dan membuang sedikit-demi sedikit tahi-tahi itu~

p/s: sekadar coretan untuk diri sendiri dan muhasabah selepas usrah, tiada dalil disertakan hanya analogi :)

2 comments:

ku tasneem said...

bagusnyer kalau sy boleh dengar sama kak as..bunyinya sangat menarik..terima kasih atas perkongsian..sedihnya..nak join juge usrah..rindu plak usrah kat surau g lepas maghrib..huhu..

Unknown said...

akk pn rindu saat-saat itu..bilalah akk bole bersama-sama dgn adik2 lg