May 18, 2012

Beri 'Hadiah'

"Puan, boleh ke luluskan pekerja saya ini, nanti saya bayar. Kawan-kawan saya kata boleh nak luluskan dengan bayar", seorang majikan bercakap dalam talian dengan saya.

Akal kata sabar dan fikir ayat yg terbaik utk diberi.

"maaf encik, kami tak boleh buat begitu. Committee kami yang luluskan pekerja ini dan bukan kuasa saya", jawapan saya.

"tetapi kawan-kawan saya kata boleh luluskan dengan bayar. tak kan tak boleh puan", majikan itu merayu lagi.

tarik nafas sekali lagi dan akal terus berputar mencari ayat lagi.

"encik , saya tak boleh buat macam tu, pertamanya, dalam pekerjaan ini tak ada cara mcm tu, keduanya, dalam agama kita kan tak boleh buat mcm tu".

"Memang dlm agama tak boleh buat mcm ni", ini shj jawapan yg diberi dan majikan tersebut terus senyap.

Situasi lain.

"Cik, boleh ya luluskan pekerja saya, saya bagi saguhati pada cik, bukan nak bagi rasuah tp bg hadiah ja", majikan berbangsa melayu merayu pada saya.

"maaf cik, keputusan telah dibuat dan pekerja encik telah gagal dalam ujian xray", jawapan spt biasa.

" tetapi cik, bolehlah 'kawtim' cik, takan tak boleh, saya pernah dgr ada org 'kawtim' nak lulus ni", tawaran lagi dgn bhs lain.

Tarik nafas tinggi dan hati dah mula rasa nak marah sebab ini kali pertama terima "tawaran" spt ini sepanjang bekerja.

"Maaf ya, hadiah ke saguhati ke, semuanya dikira rasuah ya. Saya tak boleh terima dan keputusan bukan di tangan saya", ini shj jwpn drpd saya dengan nada yang tinggi.


*****************************************************************************

Manusia yg ber'bin' dan ber 'binti' ini tidak malu menawarkan 'hadiah' semata-mata utk kesenangan sementara dan sengsara hingga ke hujung kehidupan.

Ikutkan hati mahu shj beri ceramah dalam panggilan spt itu. Kerja yang sangat banyak menyebabkan cepat-cepat mahu tamatkan panggilan yg menawarkan 'dosa'. 

'Hadiah, saguhati, rasuah'. Semuanya satu kapal kerana diberi dengan niat yang sama.

Didikan kepada umat tidak cukup dgn dalam talian itu shj. Umat islam kini perlu dibentuk akal dan pemikiran islamik. ' Begin with the end in mind'. Satu kata-kata yg selalu diucap dalam ceramah-ceramah ustaz. Bermula dengan pengakhiran dalam minda. Jika semua umat fikir akhirat dalam setiap tindak tanduknya pasti tidak ada dosa yang sanggup utk kita lakukan.

Mari berfikir apa cara terbaik utk beri didikan ini.



Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (alkahfi :46)

Saya tinggalkan link berkenaan 'hadiah drpd pelanggan' drpd Ustaz Zaharudin utk dirujuk dan berfikir.

Link daripada Dr. Asri pula : http://drmaza.com/himpunan_fatwa/?p=62.

Wallahu'alam. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

No comments: