sahabat-sahabatku,
usah dipandang ke
belakang
melihat senja yang
sudah berlalu
tetapi lihatlah masa
depan kita
yakni perjalanan yang
panjang
tetapi sementara
sebelum sampai kepada
kematian.
sahabat-sahabatku
bila tiba waktu
pertemuan
usahlah ragu
mengungkapkan kata kemaafan
bila tiba waktu
perpisahan
usahlah tangisi
kepergian rakan-rakanmu
seperti mana mereka
menangisi kepergianmu
kerana sesungguhnya
semua itu
ada hikmah yang Allah
berikan.
sahabat-sahabatku,
jika ada kesalahan
dan kesilapan
antara kita,
marilah...marilah...
aku seru
sahabat-sahabatku semua
agar kita bermaafan
antara satu sama lain
supaya kelak tiada
yang merana
supaya kelak tiada
yang berduka
supaya kelak tiada
yang berpura-pura.
sahabat-sahabatku,
sesungguhnya
pertemuan kita
sudah ditentukan oleh
Allah SWT
oleh itu marilah kita
hargai pertemuan ini
dan sesungguhnya
perpisahan kelak
juga adalah takdir
Tuhan
yang harus kita
terima
terimalah ia dengan
penuh keredhaan.
sahabat-sahabatku,
terima kasih atas
segalanya
semoga kita akan
dipertemukan kembali
walaupun mungkin
pertemuan ini bukan
di dunia
tetapi Insya Allah,
berdoalah agar kita
dipertemukan di
akhirat kelak.
semoga Allah
menempatkan kamu sahabat-sahabatku
dalam kalangaan orang
yang beriman kelak....
*Allahuakbar, lama sgt tidak menulis. kini sgt2 merindui
shbt2 yg lama dah tak berjumpa. Rindu dengan kenangan terindah bersama-sama.
Makan bersama, Solat bersama, diskusi bersama, tidur, nangis, gembira,bermusafir....semuanya
bersama. Bincang, borak, serius, ketawa semua tak dapat dilupakan. Andai kenangan itu dpt kembali, pastinya
mahukannya lagi. Tetapi mana mungkin ianya datang lagi, apa yg tinggal kini,
semuanya dgn perjalanan hidup masing-masing. Hanya mampu berdoa dan ingatan utk semua.
Sahabatku anda semua masih
dihatiku. Semoga
Allah sentiasa permudahkan urusan kalian dan tetapkan hati agar sentiasa di
jalanNYA.
*gambar2 kenangan
sudah tiada kerana tersimpan di laptop lama yg tersadai di kedai. Boleh letak
gambar ini ja. Kalau dilihat gambar ini, byk maknanya. Sejauh mana pun
perbezaan antara kita, sebenarnya pasti ada kelebihan yg melengkapkan antara
kita samada sedar atau tidak. Oh shbt2 ku, anda semua mmg owsem!!
1 comment:
Salam..
kami pn rindu kat hangpa semua.. Dh keluar susah sgt nk cari memori yg sama.. Smga kalian sntiasa dbwh lindungan Allah.. ^^
Post a Comment