July 26, 2008

Asma bt Abu Bakar




Asma binti Abu Bakar, turut dikenali sebagai wanita besi yang
berumur panjang. Nama wanita ini pendek sahaja, tetapi, perjalanan
hidupnya tidak pendek seperti namanya. Allah memberinya umur panjang dan kecerdasan berfikir, hingga dia
dapat mewarnai perjalanan hidup generasi tabiin (pengikut Rasulullah)
dengan perjalanan kehidupan pada zaman Rasulullah.
Asma’, termasuk kelompok wanita yang pertama masuk Islam. Permulaan
Asma’ tidak boleh dipisahkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah dan
ayahnya Abu Bakar.


Dialah yang mengirimkan bekalan makanan dan minuman kepada mereka.
Lantaran peristiwa inilah, Asma’ digelar sebagai “dzatun nithaqain”
yang membawa maksud wanita yang mempunyai dua ikat pinggang.


Gelaran ini diberikan ketika Asma’ hendak mengikat karung makanan
dan tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah dan Abu Bakar.
Pada waktu itu, Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikatnya, maka dia
memotong ikat pinggangnya menjadi dua,satu untuk mengikat karung
makanan dan satu lagi untuk mengikat tempat air minum. Ketika Rasulullah mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga Allah
akan menggantikan ikat piinggang Asma’ dengan dua ikat pinggang yang
lebih baik dan indah di syurga.


Asma’ berkahwin dengan Zubir bin Awwam, seorang pemuda dari golongan
biasa yang tidak memiliki harta, kecuali seekor kuda. Namun demikian,
Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayan suaminya. Sekiranya
suaminya sibuk menyebarkan tugas daripada Rasulullah, Asma’ tidak segan
merawat dan menumbuk biji kurma untuk makanan kuda suaminya. Hasil
perkahwinannya, Allah menganugerahi mereka seorang anak yang cerdas
yang diberi nama Abdullah bin Zubir.


Asma’ memiliki beberapa sifat istimewa. Selain cantik, dia mempunyai
sifat yang hampir sama dengan dengan saudaranya Aisyah, cerdas, pantas
dan lincah. Sifatnya yang pemurah menjadi teladan kepada ramai orang.
Waktu terus berlalu, anaknya Abdullah bin Zubir diangkat menjadi
Khalifah menggantikan Yazid bin Mu’awwiyah yang wafat. Bani Umaiyah
tidak rela dengan kepemimpinan Abdullah bin Zubir. Mereka menyiapkan
tentera yang besar dalam pimpinan Panglima Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi
untuk menggulingkan Khalifah Abdullah bin Zubir.
Perang di antara dua kekuatan itu tidak dapat dihindari.Lalu,
Abdullah bin Zubir turun ke medan perang untuk memimpin pasukannya.


Tetapi, tenteranya belot dan pergi kepada pihak Bani Umaiyah.Akhirnya, dengan jumlah tentera yang sedikit, pasukan Abdullah binZubir undur ke Baitul Laham, bersembunyi di bawah Kaabah. Beberapa saatsebelum kekalahannya, Abdullah bin Zubir menemui ibunya. Ibunya bertanya,”Mengapa engkau datang ke sini, padahal batu besaryang dilontarkan pasukan Hajjaj kepada pasukanmu menggetarkan seluruhkota Makkah? “Aku datang hendak meminta nasihat daripada ibu,” jawab Abdullah dengan rasa hormat. “Mengenai apa?” tanya Asma’ lagi. “Tentera aku banyak yang belot.Mungkin kerana takut kepada Hajjaj atau mungkin juga merekamenginginkan sesuatu yang dijanjikan.



Tentera yang ada sekarangnampaknya tidak akan sabar bertahan lebih lama bersama aku. “Sementara itu, utusan Bani Umaiyah menawarkan kepadaku apa sajayang aku minta berupa kemewahan dunia, asal aku bersedia meletakkansenjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik bin Marwan sebagaiKhalifah. Bagaimana pendapat ibu?”tanya Abdullah. Asma’ menjawab dengansuara tinggi,”Terserah engkau, wahai Abdullah! Bukankah engkau sendiriyang lebih tahu tentang dirimu. ”Apabila engkau yakin dalam kebenaran, maka teguhkan hatimu sepertitentera engkau yang gugur.



Tetapi apabila engkau menginginkan kemewahan
dunia, tentu engkau seorang lelaki yang pengecut. Bererti engkau
mencelakakan diri sendiri, menjual murah sebuah kepahlawanan.”


Abdullah bin Zubir, menundukkan kepala di depan ibunya yang kecewa.
Ibunya, walaupun tua dan buta, namun Abdullah seorang khalifah dan
panglima yang gagah berani tidak sanggup melihat wajah ibunya kerana
rasa hormat dan kasih kepadanya.
“Tetapi aku akan terbunuh hari ini, ibu,”kata Abdullah lembut. “Itu lebih baik bagimu, daripada engkau menyerahkan diri kepadaHajjaj.



Akhirnya kepala kamu akan dipijak-pijak oleh Bani Umaiyah
dengan memberikan janji mereka yang sukar untuk dipercayai,”kata ibunya
tegas. “Aku tidak takut mati, ibu! Tetapi aku khuatir mereka akan
mencincang dan merobek-robek jenazah aku dengan kejam,” ujar Abdullah
lagi. “Tidak ada apa yang perlu ditakuti dengan perbuatan orang hidup
terhadap orang mati. Bukankah kambing yang disembelih tidak merasa
sakit lagi ketika disiat?” jawab Asma’. “Yang ibu khuatir kalau engkau mati di jalan yang sesat,” sambung
Asma’ lagi. “Percayalah ibu, aku tidak memiliki fikiran sesat untuk
melakukan perbuatan keji. Aku tidak akan melanggar hukum Allah. Aku
bukan pengecut dan aku lebih mengutamakan keredhaan Allah dan keredhaan
ibu,” ucap Abdullah bersemangat.


Nasihat Asma’ memberi semangat kepada Abdullah untuk mempertahankan
dan membela kebenaran. Sebelum matahari terbenam, Abdullah mati syahid
menemui Allah.

No comments: