December 22, 2008

Mudahnya mendapat ganjaran dariNYA


Assalammualaikum.

Ana baru selesai membaca sebuah artikel di harakah dalam ruangan English section yang bertajuk ‘ Reaching Out to Needy When School Reopens’ dan tergerak untuk dimuatkan isinya di dalam blog. Artikel ini mengetengahkan isu tentang kebimbangan ibu-bapa apabila sesi persekolahan bermula.
Penulis juga mempunyai seorang anak yang akan memasuki darjah enam. Katanya walaupun kementerian pendidikan telah memansuhkan yuran persekolahan tetapi itu tidak bermakna meringankan beban ibu bapa. Bayangkan kos persekolahan seorang anak boleh mencecah sehingga RM300 ke RM500. Pertamanya sudah tentu dengan senarai buku yang perlu dibeli iaitu kosnya shingga RM100 dan itu tidak termasuk yuran tambahan yang dikenakan sekolah serta peralatan seperti beg sekolah, baju, kasut dan macam-macam lagi. Lebih-lebih lagi harga barang yang masih lagi tinggi walaupun harga minyak sudah turun. Ini adalah kos untuk seorang anak dan bayangkan kalau anak yang bersekolah 4 atau 5. Agaknya memang pengsan si ibu bapa .
Ana masih belajar dan belum berkahwin mungkin ana belum dapat menjiwai masalah seperti ini sepenuhnya. Tetapi bila ana fikirkan semula mungkin inilah situasi mak dan abah ana lalui setiap kali ana dan adik- beradik memulakan persekolahan. Betapa mereka sedaya upaya berusaha agar anak-anaknya tetap bersekolah.
Tetapi bila difikirkan semula bagaimana pula dengan orang miskin. Bagaimanakah mereka mengahadapi situasi seperti ini?. Sebenarnya inilah yang ana nak ketengahkan dalam artikel ini. Penulis ini memberi satu cadangan jalan dakwah kepada kita untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan.
Kata si penulis, kumpulkan semua kertas atau bahagian buku yang tidak digunakan, kemudian stapler dgn cover book yg agak keras dan jadikan buku. Kita agihkan buku-buku ini kepada mereka yang tidak berkemampuan. Bayangkan projek ini telah dijalankan di sebuah daerah di Arab Saudi dan 4500 buah buku terhasil daripada projek ini. Ana setuju dengan projek ini kerana pertama, kita dapat bantu mereka yang tidak berkemampuan. Kedua,tidak berlaku pembaziran buku-buku tulis. Ana teringat waktu ana bersekolah rendah dahulu, sesetengah pelajaran hanya menggunakan bahagian hadapan buku sahaja iaitu dalam 10 mukasurat dan bakinya tinggal kosong ataupun ana gunakan untuk menconteng.Hanya dengan berbekal stapler dan cover book, kita dapat membantu beribu orang yang memerlukan. Bukan hanya mereka dapat belajar malah kita juga dapat ganjarannya. Subhanallah, mudahnya. Ana terfikir alangkah bagusnya jika projek ini dijalankan di negara kita. Bukan sedikit orang yang berkemampuan di Malaysia bahkan ramai. Bukan sahaja buku malah pakaian atau apa sahaja keperluan sekolah. Ana pasti jika projek ini berjalan,tiada lagi anak-anak yang tidak dapat bersekolah dalam program Bersamamu. Tiada lagi yang malu untuk ke sekolah. Sesungguhnya jika kita permudahkan jalan untuk orang lain, Allah akan juga akan permudahkan segala urusan kita.

Wallahua’lam

No comments: