October 28, 2009

MuhasaBah utk Penggerak Dakwah

Assalammualaikum....

APA SEBENARNYA YANG ANDA PERCAYA?

Ini soalannya.

Apa sebenarnya yang kita percaya selama ini. Sebelum saya bertanya apakah sebenarnya yang kita perjuangkan selama ini?

Perjuangan adalah suatu komitmen kepada apa yang kita yakin. Tetapi jika keyakinan kita begitu goyah hingga sentiasa terganggu oleh usikan idea kontra dan gigitan nyamuk, maka itu bukan lagi keyakinan. Ia hanya taqlid dalam perjuangan. Taqlid boleh berlaku bukan hanya kepada soal fekah, ia adalah pembawaan yang juga boleh menguasai pejuang dan perjuangan.

Mengapa taqlid?

Kerana anda menghafal idea dan fikrah.

Tanda fikrah itu hanya hafalan, ialah apabila fikrah itu gagal berhubung dengan realiti semasa.

Da’ie menulis dan berceramah dengan membuat quotation dari sebanyak mungkin kata-kata tokoh. Si fulan berkata, si fulanah menyebut.

Ia boleh membantu memperlihatkan yang da’ie itu banyak membaca. Sekurang-kurangnya lebih dari anak buahnya. Tetapi semua yang beliau quote, adalah fikrah orang lain. Beliau sendiri, kita sendiri, apa yang kita faham, apa yang kita percaya?

Hal ini terjadi apabila kita tidak pernah mempersoalkan apa yang kita percaya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja saya mengajak kita semua memicit butang reset seperti yang dilakukan oleh Rene Discarte sejurus beliau menamatkan pengajian di Jesuit Academy of La Flèche.

Ragukan kembali semua yang telah dipelajari, dan cari jalan untuk mengembalikan keyakinan terhadap apa yang ingin kita pegang sebagai kepercayaan hidup.

Dubito, ergo cogito, ergo sum

Tetapi ia mungkin terlalu ekstrim.

Cukuplah dengan memulakan langkah memberanikan diri untuk berdiskusi. Gunakan minda untuk berwacana, lebih dari jari untuk menyumbat telinga.

Sekali lagi saya petik nasihat Abu Tayyib al-Mutanabbi, “jika kamu mahu menjadi seorang yang mempunyai pandangan, jadilah seorang yang berpendirian. Sesungguhnya pandangan boleh menjadi rosak, hanya kerana kamu berbelah bagi!”

Ketika mereka yang bersaing dengan Islam begitu aktif mengukuhkan kefahaman mereka terhadap apa yang mereka percaya, gerakan Islam akan hilang siginifikasinya jika ia didukung oleh daie yang fikrahnya seperti istana kaca!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Artikel ini ana edit dari saifulislam.com. Mungkin ada yang pernah baca artikel ini.Ana tertarik kerana artikel ini menarik dan membuatkan ana fikir, fikir, fikir dan terus berfikir. Mungkin ini juga salah satu jawapan kepada diskusi antara ana dan sahabat-sahabat di kampus dengan pelbagai masalah yang wujud sejak akhir-akhir ini. Masalah yang timbul dan solusi yang perlu dicari daripada akar umbinya. persoalan juga dari sahabat ana ttg ummah centric vs jemaah centric. Isu lama yg telah dibincangkan di alam maya ini ditimbulkan semula. Mungkin kerana timbulnya macam-macam perkara. ana bukan ahlinya untuk membincangkan perkara ini. tetapi kita boleh kaji, fikir dan berdiskusi mengenainya. artikel ini juga pandangan dari ustaz tersebut.Jika ada yang tidakbersetuju,terpulanglah.PEMIKIRAN dan KEYAKINAN itu perlu untuk terus berada di jalanNYA.

Wallahu'alam

2 comments:

Anonymous said...

pastikn kita serap apa perjuangan itu..pastikan kita serap apa yang cuba disampaikan oleh pak ostad ni..copy paste boleh tapi jum pahamkan KESELURUHAN maksud yang dicopy dan s paste 2....dan akhirnya jum muhasabah diri..kadang2 kita pun bertaklid buta tapi xsedar..jum tengok 'cermin'..peace 4 u coz Islam is peace..

Luqman said...

cam kenal je ayat nie