October 25, 2009

Janji Allah adalah Kepastian


Assalammualaikum....erm..tengah2 study ni rasa mcm nak post sesuatu kt sini...
Ini salah satu lagu yang ana minat sangat dengan liriknya..sangat memberi kesan untuk semua...tetapi alQuran itu lebih utama dijadikan panduan....kita sebagai hambaNYA mestilah yakin dengan janjiNYA. ana ada terbaca satu blog...kita selalu membaca ayat2NYA..percaya dengan ayat-ayatNYA..tetapi keyakinan padaNYA entah ada entah tidak..astaghfirullah....sama juga mcm sekarang ana lalui iaitu preparation for exam...jika yakin dengan janjiNYA...insyaAllah apa hasilnya kita serahkan kepadaNYA...

'Dan yang mereka bersungguh-sungguh mendapatkan Kami(Allah) nescaya Kami berikan petunjuk kepada mereka akan jalan-jalan Kami'
(surah Al-Ankabut:ayat 29)


Lirik Kepastian - In Team

Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

WaAllahu'alam

2 comments:

Anonymous said...

salam...
ermmmbetul2..
setuju sangat2...

Ya Allah kuatkanlah semangat....ameen..

Unknown said...

insyaAllah..semoga dipermudahkan..ameen...