January 6, 2012

Sajak untukmu


Ingatlah sahabat
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.


Sahabatku…
Engkau bukan layu seperti bunga,
Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,
Lambang bunga lambang sementara cuma,
Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,
Daerah kita bukan daerah cinta,
Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,
Tiada senda gurau memanjang yang meleka,
Kerana kita dalam memperjuangkan agama.


Sahabatku..
Disini uda dan dara telah berkubur,
Kita bina atasnya jihad yang subur.


Ingatlah sahabat
Bumi kita bumi yang payah,
Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,
Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,
Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,
Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah,
Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya
keredhaan dari Allah.


Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.


Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.

 
Senyumlah sahabat..
Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.


p/s: kini sedang rindu semua sahabat-sahabat seperjuangan. dedikasi khas untuk sahabat yg diingati. semoga terus dalam jalan ini. semoga pertemuan esok juga menjadi kenyataan.


"Ya Allah, kuatkanlah ikatan ini hanya keranaMU"

sumber: sajak

5 comments:

hamba gelandangan said...

like.......\(^_^)/

Unknown said...

mmg utk kamu ^_^

Menapak kubur said...

Sgt best.. Thanks as!!!.. Really miss u all..

kembara mukmin said...

don't walk in front of me, I won't follow you
don't walk behind me, I may not lead
walk beside me, be my friends forever...^_^

Unknown said...

kak zira..:)

k.zah: i like ur comment, insyaAllah i'll be.