February 9, 2012

Nafsu

Pernah atau tidak sekali dalam hidup anda berfikir tentang rutin harian diri anda.
Bangun pagi, solat subuh, bersiap ke tempat kerja atau kampus, berkerja atau belajar hingga ke petang. Pulang petang mandi, makan, solat dan penat atau pun menonton drama bersiri di televisyen, kemudian tidur semula dan besoknya rutin harian yang sama.

Kadang-kadang saya tefikir betapa kosongnya hidup. Alquran hanya di baca ketika solat. Buku agama pula sekadar menghiasi rak buku kayu di bilik. Hati atau qolbun ini hanya terhibur dengan hiburan, kecantikan, matlamat keduniaan sahaja. Betapa masa yang ada hanya untuk itu. 

Di mana masa untuk menambah ilmu .

Di mana masa untuk berdakwah.

Diri ibarat membela nafsu bak kata ustaz zahazan dalam kuliah tafsir di ikim.

Kisah saidina Umar kpd anaknya, ketika itu anaknya baru pulang drpd pasar dan membawa bungkusan Umar bertanya pada anaknya, adakah setiap kali engkau mahu makan daging, engkau akan beli ia?. Jawab anaknya ' tidak, ayah'. Anaknya faham bahawa jika kita sentiasa turutkan apa yang kita mahukan kita ibarat 'membela nafsu'

Kita pula bagaimana?

Mahu makan daging, kita terus beli ja, mahu makan kfc, terus keluar dgn kawan-kawan.

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).


'Ya Allah, yang mengawal hati ini, peliharalah hati kami daripada perkara yang melalaikan. Tetapkan hati kami agar sentiasa dalam iman dan islam. Ya Allah, Maha Kuasa dan Maha Mendengar rintihan ini.'




2 comments:

silence reader said...

salam..
teguran buat diri..~

Unknown said...

wassalam..teguran lebih utk penulis sbrnya