Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta kepada
kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada
penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu
kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi
sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang
yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia
adalah jodoh
yang ditetapkan olehMu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam
hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu
dan campakkanlah ke dalam
hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu
Namun
andainya dia bukanlah
jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar
pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan padaku
Saya jumpa disini : sajak cinta
p/s : setiap hari ada sahaja persoalan berkenaan kahwin atau jodoh yang dibincangkan oleh rakan sepejabat. Ada juga beberapa persoalan yg diutarakan. Agak-agaknya umur-umur begini, selagi belum berkahwin, selagi itu akn bercerita ttg perkara ini. Kadang-kadang rasa bosan, kadang-kadang rasa menarik juga kerana boleh juga berbincang utk kefahaman beberapa perkara yg dipentingkan agama dalam bab-bab ini.
boleh baca ini juga : jodohmu ada di tahajjud
2 comments:
itu tandanya..kena cepat-cepat lah kahwin cik siti aswati.
bila dah kahwin,xdela org nk tnya.."bila nak kahwin"..^_^
haha..itulah, tp kalau dah kahwin plak, nanti soalan lain pulak ditanya..^_^
Post a Comment