December 16, 2011

Ikhlas~

Hari ini ingin berbicara ttg ikhlas.

Maksud ikhlas. Semua orang pasti tahu dan boleh cari di mana-mana sahaja. Tetapi anda faham ke erti ikhlas yg sebenar?.

Saya baru sahaja mlm kelmarin menonton satu drama di oasis berkenaan watak utama mencari erti keikhlasan. Akhrinya Allah uji dengan satu musibah dan setiap kejadian yg dilalui dihadapi tanpa mengharap balasan. Selepas itu, drama ini menujukkan setiap peristiwa ini dibalas dgn kebaikan atas keikhlasan watak tersebut.

Macam senang bukan?..Kalau kita ikhlas mmg akan dibalas dgn kebaikan kpd kita. Tetapi bagaimana pula ikhlas dlm berjuang.

Semenjak dua menjak ini, saya berusaha untuk bergerak aktif selepas keluar dari kampus. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang. Tetapi pada masa yang sama , Allah tunjukkan beberapa jenis perjuangan manusia ini yang saya tak pasti ttg mereka (bukan nak berburuk sangka).
Tetapi ada beberapa perbuatan yang Allah tunjukkan pada saya.Inilah realiti perjuangan. Bukan semua niat sama, walaupun dari segi luaran, manusia nampak matlamat yang suci iaitu ISLAM.

Bila beberapa siri kejadian berlaku di depan mata sendiri. Kadang-kadang saya sendiri rasa keliru. Tapi alhamdulillah masih ada lagi pihak yang datang kepada saya dan berusaha menerangkan sesuatu dan memberi kefahaman dan menjelaskan perkara sebenar.

Inilah realiti perjuangan. Tidak seindah digambar dan dikata. Manusia tetap manusia. Jika iman kuat di dada, niat itu insyaAllah akan suci dan ikhlas, tetapi jika datang bisikan syaitan, semuanya menjadi lain.

Satu nasihat yang sangat terkesan bagi saya oleh seorang yang dihormati " As, awal-awal lagi dah didedahkan dengan pelbagai masalah dalaman, walau apapun yg berlaku, jgn terlaku fokus dgn masalah, kerana kita yang akan parah. Tetapi teruslah dengan niat kita dan gerak kerja untuk ISLAM. InsyaAllah, akan dibantu"

Walau apapun, jangan fokus dgn masalah. Ya teruskan ikhlas dalam berjuang.

Niat kerana manusia, akan merana.
Niat kerana harta , akan sempit.
Niat kerana Allah, insyaAllah DIA ada sentiasa.

Buat shbt2 yang spt saya juga, baru berjinak-jinak dgn dunia luar, carilah mereka yang lebih kita rasa arif dan kenal kerana manusia ini pelbagai.

  "Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim"



No comments: