December 22, 2011

Rezeki

Alhamdulillah~

Hari ini masih diberi nikmat nyawa serta iman dan islam lagi di muka bumi ini.

Hari ini juga ada berita gembira yang baru dapat.

Alhamdulillah, Allahuakbar.

Setiap nikmat yang kita terima, sentiasa muhasabah diri sejauh mana kita syukurinya. Semakin bersyukur atau semakin kufur. Adakalanya tanpa kita sedari, kita menganggap rezeki itu datang dari kita sendiri.

"Aku dapat benda ni rasanya sbb aku perform baik dalam interview td."

"Rasanya kebetulan aku dapat benda ini sebab aku cakap bagus, aku hafal betul-betul tadi."

Samada kita ucapkan atau dalam hati sahaja. Lintasan-lintasan ini pasti ada. Merasakan diri inilah buat yang terbaik, tanpa syukur kepadaNYA. Sama juga bab ibadah.

Manusia tanpa sedar mengagungkan diri sendiri. Hakikatnya ianya sekadar asab kepada hasilnya. Walhal rahmat Allah itu yang lebih utama dan patut kita agungkan.

Syukur padaNYA yang pertama sekali kerana dia memberi rahmat dan memberi segala rezeki dan nikmat tersebut. Tanpa rahmat Allah tidak mungkin kita berjaya melakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan itu.

Syukurlah pada DIA, Al Wahhab, Alrazzaq, Al Mutakkabir.


Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Ibrahim 14:7)


Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu, supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). (Al-Baqarah 2:152)


sumber : rusydee artz


p/s: muhasabah atas nikmat dan rezeki dariNYA setiap hari .

2 comments:

hamba gelandangan said...

assalamualaikum..dh dapat keje tetap ke? ke cerita lain?..pape pun berita gembira tu, tahniah in advance:D

Unknown said...

waalaikumsalam..rindunya sama kamu..bila nak jmpa nih...syukran atas ucapan, alhamdulillah Allah bg rezeki utk hambaNYA utk terus kerja kt tmpt skrg... :D