February 29, 2012

Jualan buku




Assalammualaikum,


Post yang lepas, berkenaan kenapa buku ini yang saya jadikan hadiah utk sahabat saya. tetapi post kali ini, saya menjual pula buku ini.

Ulasan boleh dibaca pada post ini : 'Prophetic parenting'

Memang sesuai utk sahabat yang mencari-cari metod dan cara membina keluarga islami. Buku ini boleh dijadikan salah satu panduan selain buku-buku yang lain.

Sesuai untuk semua yang sedang membuat persediaan. Persediaan itu bukan bermakna anda ingin kahwin dua bulan lagi atau hujung tahun ini sahaja. Persediaan utk kearah itu walaupun tidak kira lagi masanya.

Sesuai juga utk yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Saya ada terbaca komen fatimah syarha di blognya. Beliau meletakkan sasaran 50 buah buku berkenaan perkahwinan, pernikahan atau baitulmuslim sebelum beliau berkahwin.  Sangat terkejut, saya pula bagaimana, kalau 50 buku baru nak dihabiskan macam lambat lagi nampaknya.

Tetapi apa yang nak ditekankan adalah persediaan sejauh mana kita faham tentang alam rumahtangga dan perkahwinan.

Menjadi solehah utk mendapat yang soleh  :)

Bagi yang berminat boleh hubungi saya di nurjihad@gmail.com

Harga buku RM 65 sahaja. Tidak termasuk harga pos.

Boleh juga dijadikan hadiah untuk kawan-kawan yang baru berkahwin.

Selamat membeli dan membaca.

Wallahu'alam

February 24, 2012

"prophetic parenting"



Khusus utk tatapan sahabat-sahabat saya seperti yang dijanjikan. Inilah buku "prophetic parenting " yg dijadikan sebagai hadiah kahwin seorang sahabat. Gambar buku yang sudah dibalut dan kad ucapan dah ambil, tapi masih tak dapat nak 'upload'. 

Buku ini, saya pun belum pernah baca, tetapi tertarik dengan tajuknya "cara nabi mendidik anak". Siapa lagi qudwah hasanah utk manusia kalau bukan Kekasih Allah itu. Bukan tidak ada buku lain dalam cara mendidik anak ini, ada lagi seperti tarbiyatul aulad fil islam-abdullah nasih ulwan dan terjemahannya ada dalam dua jilid dan juga cdgn buku daripada john grey, maaf tak ingat tajuknya. Tetapi ini yang saya jumpa promosinya di fb. 

Bagi saya (baru tengok dan belek buku ini), sesuai dijadikan bahan bacaan untuk yg sudah berkahwin semestinya dan belum berkahwin juga apatah lagi sebagai ilmu persediaan sebelum berkahwin. 

Kandungannya penuh dengan ayat quran, hadis-hadis beserta sumbernya dan contoh peristiwa pada Nabi.

Ini antara bab-bab yang ada di dalamnya :

1. nasihat cinta utk calon orang tua (sebelum berkahwin)
2. metode mendidik anak hingga usia dua tahun
3. cara nabi mendidik anak
4. membentuk aktvitas ibadah anak
5. memelihara kesihatan anak

dan banyak lagi. Tak mampu nak menulis kesemuanya.

Semoga buku ini bermanfaat.


" barangsiapa  yg dgn sengaja tidak mengajarkan apa yang bermanfaat bagi anaknya dan meninggalkannya begitu saja, bererti dia telah melakukan satu kejahatan yang besar. Kerusakan pada diri anak kebanyakan datang dari sisi orangtua yang meninggalkan mereka dan tidak mengajarkan kewajiban-kewajiban dalam agama berikut sunnah-sunnahnya" -ibn qayyim aljauziyah 

wallahu'alam.

p/s : teringat satu tulisan drpd fatimah syarha ' andai diri kita masih tidak mampu menjaga fardu muslim diri sendiri spt solat dan amalan lain, makan minum, kebersihan dan sebagainya, mampukah kita utk menjaga seorang lagi hamba Allah yang diamanahkan.....~muhasabah~



February 21, 2012

Wanita~

Ilmu itu kadangkala datang dalam pelbagai cara.

Pergi usrah atau majlis ilmu.

borak-borak dengan kawan-kawan.

dan macam-macam lagi.
Semalam datang satu mesej dari seorang kawan tanya sesuatu. Kadangkala kita tahu sesuatu perkara tetapi tidak memahami dengan baik. Apabila datang yg bertanya, barulah mula tercari yang lebih tepat.

'Salam, berdasarkan yg ko faham, boleh ke orang yang haid mengajar budak2 baca quran ttp tak pegang quran tu'.

Jawapan sudah di beri dan daripada seorang ustazah yang saya tanya juga sudah diberi.

Tetapi disini saya 'tampal' satu jawapan yang rasa lebih mudah difahami. Kalau dicari kt internet, semua jawapan lebih kurang sama, tetapi penjelasan ini lebih jelas.

Baca dengan hati terbuka.



*****************************************************************************

Soalan; Ustaz, Saya ada kemusykilan tentang haid wanita. Apa yang saya tahu perempuan dalam haid dilarang melakukan puasa dan sembahyang, mengaji Alquran. tetapi tiada larangan untuk berzikir dan berdoa. Soalan saya, boleh tak ustaz tolong berikan hujah iaitu dalil al-Quran/Hadis tentang haid yang menjelaskan perkara diatas. Sekian terima kasih.

Jawapan;

1. Telah ijmak (sepakat) para ulamak bahawa wanita yang dalam haid dan nifas diharamkan mengerjakan solat dan juga puasa (termasuk puasa Ramadhan). Puasa Ramadhan wajib diqadha, adapun solat tidak perlu diqadha. Dalil larangan solat dan puasa tersebut ialah hadis Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. telah bertanya kaum wanita; “Bukankah kesaksian seorang wanita sama seperti separuh kesaksian seorang lelaki?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lalu berkata; “Itu tanda kurangnya akal wanita”. Baginda bertanya lagi; “Bukankah jika kamu kedatangan haid, kamu tidak boleh mengerjakan solat dan berpuasa?”. Mereka menjawab; “Ya”. Baginda lantas berkata; “Itu tanda kurangnya agama wanita” (HR Imam al-Bukhari dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.).

2. Adapun hukum membaca al-Quran, terdapat khilaf di kalangan ulamak seperti berikut;

A) Menurut Jumhur ulamak (yakni pandangan teramai ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat); Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lidahnya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah bersabda;”Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah). Berdalilkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan lidah. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

B) Imam Malik berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.

C) Terdapat ulamak-ulamak yang menganggahi pandangan jumhur ulamak di atas iaitulah Imam Daud az-Dzahiri, Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan beberapa lagi. Menurut mereka; harus bagi orang berjunub dan begitu juga wanita yang kedatangan haid membaca al-Quran keseluruhannya. Di kalangan Salaf, pendapat ini ada diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas dan juga Ibnu al-Musayyab. Dalil mereka ialah hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap ketika/masanya” (HR Imam Muslim) dan membaca al-Quran termasuk di dalam pengertian zikir. Adapun hadis yang dijadikan dalil oleh jumhur tadi, hadis tersebut adalah dhaif mengikut penilaian ulamak-ulamak hadis.

3. Mengenai zikir dan doa, tidak ada nas (dalil dari al-Quran atau as-Sunah) yang melarang wanita yang kedatangan haid dan nifas dari melakukannya. Oleh itu, ia kekal sebagai harus (tidak dilarang). Dalam kaedah Fiqh ada dinyatakan “Sesuatu itu kekal dalam hukum asalnya selagi tidak ada dalil yang mengubahnya atau mengecualikannya dari hukum asal”.

Dari keterangan di atas, kita dapat melihat bahawa ruang untuk wanita dalam haid dan nifas beribadah adalah luas seluas ruang doa dan zikir itu sendiri walaupun mereka tidak dibolehkan solat, puasa dan membaca al-Quran (mengikut pandangan jumhur tadi). Berikut kita senaraikan dengan terperinci ibadah-ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang berada dalam haid dan nifas;

1. Berdoa dengan apa sahaja doa termasuk dari al-Quran
2. Beristighfar; termasuk istighfar dari al-Quran
3. Berzikir; sama ada bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
4. Berselawat kepada Nabi
5. Mendengar bacaan al-Quran
6. Menghadiri/mendengar majlis ilmu (yang diadakan di tempat lain selain masjid)
7. Mengulang hafalan al-Quran (mengikut pandangan Imam Malik tadi)
8. Membaca buku-buku agama termasuk kitab-kitab hadis
9. Bersedekah
10. Membuat kebajikan kepada orang lain

Bagi doa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.
Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tamam al-Minnah, Syeikh Adil bin Yusuf al-Azzazi, jil. 1. Hlm. 144-145.
2. Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).
3. Haid Membawa Berkah, Lissa Malike dan Asmawati, hlm. 74.


********************************************************************************


Untuk orang umum seperti kita ini, boleh baca seperti ini, tetapi lebih molek tanya ustaz atau yang fakih lagi. Internet dan blog bukan sumber utama. Masalah-masalah umum seperti ini, kita tahu tetapi tidak tahu pula ada perbincangan dan khilaf daripada ulama-ulama kalau tidak mengkaji.

Membaca untuk mengkaji bukan menghukum.

wallahu'alam.

February 13, 2012

Seminar Muslim 2012




Jom pergi! Ajak adik, abang , kakak dan ahli keluarga utk kenal islam.

info di sini : saifulislam.com
daftar di sini : DAFTAR

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.


February 9, 2012

Nafsu

Pernah atau tidak sekali dalam hidup anda berfikir tentang rutin harian diri anda.
Bangun pagi, solat subuh, bersiap ke tempat kerja atau kampus, berkerja atau belajar hingga ke petang. Pulang petang mandi, makan, solat dan penat atau pun menonton drama bersiri di televisyen, kemudian tidur semula dan besoknya rutin harian yang sama.

Kadang-kadang saya tefikir betapa kosongnya hidup. Alquran hanya di baca ketika solat. Buku agama pula sekadar menghiasi rak buku kayu di bilik. Hati atau qolbun ini hanya terhibur dengan hiburan, kecantikan, matlamat keduniaan sahaja. Betapa masa yang ada hanya untuk itu. 

Di mana masa untuk menambah ilmu .

Di mana masa untuk berdakwah.

Diri ibarat membela nafsu bak kata ustaz zahazan dalam kuliah tafsir di ikim.

Kisah saidina Umar kpd anaknya, ketika itu anaknya baru pulang drpd pasar dan membawa bungkusan Umar bertanya pada anaknya, adakah setiap kali engkau mahu makan daging, engkau akan beli ia?. Jawab anaknya ' tidak, ayah'. Anaknya faham bahawa jika kita sentiasa turutkan apa yang kita mahukan kita ibarat 'membela nafsu'

Kita pula bagaimana?

Mahu makan daging, kita terus beli ja, mahu makan kfc, terus keluar dgn kawan-kawan.

(Ingatlah) bahawa kehidupan dunia (yang tidak berdasarkan iman dan taqwa) hanyalah ibarat permainan dan hiburan; dan jika kamu beriman serta bertaqwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu, dan Ia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya).


'Ya Allah, yang mengawal hati ini, peliharalah hati kami daripada perkara yang melalaikan. Tetapkan hati kami agar sentiasa dalam iman dan islam. Ya Allah, Maha Kuasa dan Maha Mendengar rintihan ini.'