June 13, 2011

Minda Sabar


Assalammualaikum...

Sabar dan sabar..baru sahaja lebih kurang sebulan lebih di rumah, dah mula rindukan alam kampus, bersama-sama dengan sahabat, ke sana dan ke mari, buat assignment, meeting dan sebagainya. diri dah mula rasa susah jugak jadi suri rumah ni...

Mahu bercerita tentang sabar..hari sudah 2 tawaran kerja sementara dapat tapi kedua-duanya tak dapat diterima kerana jauh dari rumah. ayah xbagi pulak..sabar je la kan, mesti ada hikmahnya..

bagaimana sabar ?

Pecahan sabar dalam umat islam:

sabar menahan kehendak syahwat perut dan kemaluan- IFFAH
sabar menghadapi musibah - SABAR
sabar dlm kehidupan yg cukup dan mampu - MENGAWAL NAFSU
sabar dlm peperangan dan pertempuran - SHAJA'AH (berani)
sabar dlm mengekang marah - ALHILM (lemah lembut)
sabar menyimpan rahsia - KATM
sabar memiliki kemewahan dan kelbihan -ZUHUD

tahap manakah sabar kita..dan kategori manakah kita...bukan mudah untuk sabar.

tapi dengan sabar itu, pahala dariNYA tidak terkira..cuba bayangkan dengan sabar menahan marah, Allah bagi pahala dalam bentuk harta beribu-ribu tidak terkira banyak nya, tetapi Allah kurniakan pahala pada hambaNYA dalam bentuk yg tidak nampak. Mujahadah untuk kita sabar dalam bersabar
Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (Az-Zumar 39:10) |

jom sahabat-sahabat dan kawan-kawan berusaha untuk SABAR kerana pahala dariNYA tidak terkira banyaknya. Hanya disisiNYA, kita berserah. Mana-mana yg rasa nak marah kawan-kawan lain ambil barang ke, adik-beradik cari pasal ke, cari keje xdapat2 lagi ke, ingat kalam Allah di atas ni, insyaAllah jd pemangkin untuk bersabar.

Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Yunus 10:26)

mode : baru baca SOLUSI 31, isu Sabar itu indah.. berusaha pasak perkataan SABAR dalam minda untuk zahirkan perbuatan SABAR.

Mind like an electricity that shine the bulb of lamp which is action, thought and perception- Joseph Bailey dalam bukunya SPEED TRAP.

waallhu'alam

2 comments:

Just_me said...

salam.. as dpt tawaran keje ape?

Unknown said...

keje sementara ja siti...tp jauh..ayah xbg..sje cr smntara xdpt mne2 lg ni