November 30, 2011

Muhasabah Hijrah

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). (At-Taubah 9:24)



Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah 2:218)



p/s: hijrah atau tidak?..orang yang bijak adalah yang sentiasa muhasabah dirinya.

November 29, 2011

Baitul haraki




'Ana nak beli buku ni, as nak beli ke?'. 'Bolehla'. Terus bersetuju tanpa tahu apakah kandungan yang ada di dalam nya ketika berjalan-jalan di gerai-gerai sewaktu Ijtima'.

Ketika mula membacanya, saya mula teringat satu dialog dengan emak, apabila emak risau dengan saya yang selalu sangat tiada di rumah ketika hujung minggu. "Macam mana nanti bila dah kahwen, asyik keluar ja, suami ke mana, anak ke mana". Saya hanya mendiamkan diri. Saya rasa buku ini boleh juga jadi salah satu jawapan.

'Peranan Muslimat di Medan Amal Islami' adalah tajuknya dan kulit bukunya berwarna pink. Ia kelihatan sangat sesuai untuk muslimat. Saya baru sahaja selesai membacanya walaupun kulit bukunya nipis sahaja. Biarpun padan dengan muslimat tetapi saya rasa buku bukan sahaja untuk muslimat tetapi utk suami dan ayah  dan bakal suami dan bakal ayah yang mempunyai isteri dan anak yang bergiat di sebagai aktivis dakwah.

Mengapa?

“Isteri tidak aktif dalam jemaah kerana sikap suami? Pandangan yang merungkaikan persoalan mengapa muslimat tidak aktif dalam gerak kerja Islam. Benarkah ia berpunca dari sikap kaum lelaki?”

Satu persoalan yang diutarakan.

Syeikh Dr Faisal Malawi mengupas beberapa persepsi yang salah berkenaan muslimat dan gerak kerja serta hukum yg berkaitan berdasarkan kaedah fiqh dan awlawwiyyat utk muslimat yg bergelar isteri dan juga peringatan untuk muslimin.

Bahagian pertama, dua faktor penyebab lemahnya penglibatan muslimat di utarakan iaitu :-

1. fahaman yg salah
2. keegoan lelaki

Bahagian kedua pula awlawiyyat amal saleh di bagi muslimat dikupas dengan hadis dr Rasul SAW.

Bahagian ketiga ialah penglibatan wanita dlm medan gerak kerja.

Saya tidak berniat untuk mengupas setiap kata di dalam buku ini. Tetapi secara keseluruhan, peranan muslimat di rumah adalah kewajipan utama dan peranan dalam gerak kerja islam adalah kewajipan juga tetapi hendaklah diseimbangkan dengan keizinan suami. Tetapi suami yg tidak membenarkan atas alasan tidak munasabah, boleh jadi berdosa.

Tetapi jgn risau utk muslimat, jom kita lihat hadis ini,

Dalam satu pertemuan antara Asma bt Yazid Ansoriyyah dgn Rasul SAW, beliau berkata :

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya akau adalah utusan bagi seluruh wanita muslimah di belakangku, seluruhnya mengatakan sebagaimana yang aku katakan dan seluruhnya berpendapat sesuai dgn pendapatku. Sesungguhnya Allah taala mengutusmu bagi seluruh lelaki dan wanita, kemudian kami beriman kepadamu dan membai'atmu. Adapun kami para wanita terkurung dan terbatas gerak langkah kami. Kami menjadi penjaga rumah tangga kaum lelaki , dan kami adalah tempat memenuhi syahwat mereka dan kamilah yg mengandung anak-anak mereka, akan ttp kaum lelaki mendapat keutamaan melebihi kami dgn solat jumaat, menghantar jenazah dan berjihad. Apabila mereka keluar berjihad, kamilah yang menjaga harta mereka, yang mendidik anak-anak mereka, maka apakah kami juga mendapat pahala sebagaimana mereka mendapat dengan amalan mereka?"

Mendengar pertanyaan mereka, Rasul SAW menoleh kpd sahabat dan bersabda "Pernahkah kalian mendengar pertanyaan seorang wanita ttg Deen yang lebih baik dari apa yang ditanyakan?

Para sahabat menjawab, " benar kami belum pernah mendengarnya ya Rasulullah".

Kemudian Rasul SAW bersabda: "kembalilah wahai Asma' dan beritahulah kepada para wanita dibelakangmu bahawa perlakuan baik salah seorang diantara mereka kepada suaminya, dan meminta keredhaan suaminya, patuh terhadapnya apa yang disuruhnya (selagi tidak melanggar syara'),itu semua setimpal dengan seluruh amal yang kamu sebutkan yang dikerjakan oleh kaum lelaki."

Beruntung kan menjadi muslimat.

Tetapi bukanlah sepenuhnya kita tidak perlu terlibat dengan amal islami. Syeikh Dr Faisal memberi persoalan, jika tiada wanita berfikrah terlibat dengan pertubuhan yang berkait rapat dengan kehidupan manusia dan mendidik masyarakat., siapa lagi yang ingin terlibat dan mendidik masyarakat? Adakah hanya mahu tangan non muslim dan wanita yg tidak komited agama menguruskannya?. fikir-fikirkan.

p/s: berusahalah untuk bina baitulmuslim, baituldakwah dan baitulharaki. Salam Maal Hijrah 1433

November 25, 2011

Aku~




Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidak tahuan mereka”,(Abu Bakar As-Shiddiq ra)"

November 24, 2011

Main Judi

Rutin saya kini adalah menulis blog setiap hari jika mampu sebabnya tiada kerja di pejabat. Kes yang  diterima tidaklah banyak dan tidak memerlukan follow up yg berpanjangan.

Anda pernah main judi atau terlibat dgn judi? Pelik soalan ini. Tetapi jangan sangka sebenarnya tanpa sedar kita juga boleh terlibat dgn perkara-perkara dikira judi.

Jom lihat apa ciri-ciri sesuatu perkara menjadi judi mengikut perkongsian Ustaz Zaharudin dalam Bicara Muamalat minggu lepas yg bertajuk gharar.

Ciri-ciri judi:-

1. pemenang bergantung kpd nasib sahaja. contoh paling jelas adalah nombor ekor ataupun bertaruh untuk kemenangan bola sepak.

2. Hadiah yg diterima dalam pertandingan adalah daripada wang terkumpul orang lain. contoh hadiah pertandingan memancing daripada yuran peserta.

3. Pihak yang menang di atas kekalahan orang lain.

Banyak contoh yg ustaz berikan seperti cabutan bertuah dan lain-lain. Bolehlah mendengar di ikim, Bicara Muamalat, setiap Rabu ptg dan ulangan sabtu pagi, kalau tak sempat jugak, cari sahaja di arkib ikim.

Jom sama-sama sebar ilmu.


November 23, 2011

Daging mentah~


Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujuraat 49:12)


Berada di alam pekerjaan ini tidak mungkin boleh lari daripada mendengar dan terdengar umpatan daripada orang lain berkenaan orang lain. Apa yang kita boleh buat?. Duduk mendengar dan sama-sama berbincang atau melarikan diri sejauhnya atau mendengar juga tetapi mendiamkan diri atau secara terus menegur mereka.Bagaimana?

~sekadar peringatan utk diri~

November 22, 2011

Cantik atau tidak?

Anas r.a. menceritakan bahawa seorang lelaki badwi bernama Zahir, seorang yang buruk rupa parasnya tetapi sangat mulia akhlaknya serta sangat dikasihi oleh Rasulullah s.a.w.

Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya. Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang kampong kita dan kita orang kotanya.”

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuta. Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.

Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya. Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak beli?”
Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”. Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!” Musnad Ahmad

Masya-Allah! Demikianlah tingginya pekerti Nabi s.a.w. dan betapa kasihnya baginda kepada sahabatnya tanpa mengira kedudukan, rupa dan harta. Baginda menegaskan dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kata bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.

Sekali baca, ianya sangat menyentuh hati.“Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!". Jangan risau ada cantik atau tidak tetapi yang penting amalan kpdNYA.  Teringat ayat ini:-


Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Al-A'raaf 7:26)





p/s: Saya baca di blog ini http://zaadut-taqwa.blogspot.com/.

November 16, 2011

Lihat apa yg mahu lihat~


Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, dengan nikmat Iman dan Islam kita masih berada di jalan dakwah ini.

Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan yang ada.



Adakah jalan dakwah ini dapat memberi kebahagiaan hakiki buat kita?

Atau hanya sekadar untuk memenuhi masa yang terluang,

mengikut sahabat-sahabat yang rapat dengan kita atau

atas dasar terpaksa....

Sama2 kita renungkan semula, tepuk dada, tanya iman dan nawaitu masing2.





Kebahagiaan yang kita inginkan terletak pada diri kita sendiri,


kerna kita adalah apa yang kita fikirkan.

Sekiranya kita melihat sesuatu perkara dengan pandangan yang positif, maka ia akan menjadi positif.

Begitu jugalah sebaliknya.




Sebuah kisah yang ana pernah dengar di radio IKIM (dari Ust Pahrol Juoi). Kisahnya,

Ada seorang pemuda A berhijrah masuk ke sebuah kampung baru.

Dia berjumpa dengan seorang orang tua dan bertanya tentang keadaan kampung tersebut.

Tanya orang tua tersebut, "Bagaimana keadaan kampung kamu sebelum ini?"

Jawab pemuda A, "Kampung saya yang dahulu, tiada kasih sayang, buat keje masing2 dan tidak harmoni."

Maka, jawab orang tua tersebut, "Begitulah juga keadaan di kampung ini. Sama juga."




Tiba2, datang pula pemuda B. Menanyakan soalan yang sama kepada orang tua tadi tentang keadaan di kampung tersebut.

Orang tua tersebut bertanya semula, "Bagaimana keadaan kampung kamu sebelum ini?"

Jawab pemuda B, "Kampung saya dahulu penuh dengan kasih sayang, harmoni dan sejahtera."

Maka, jawab orang tua tersebut, " Begitulah juga keadaan di kampung ini. Sama juga."




Jadi, pemuda A pun tercengang dengan jawapan yang diberikan oleh orang tua tersebut.

Melihatkan kehairanan pemuda A, maka orang tua itu pun menjawab.

"Keadaan kampung ini adalah sepertimana yang kamu fikirkan. Jika kamu dapat menerima kehadiran seorang jiran yang kurang mesra

dan menjadi memula untuk mewujudkan bait-bait kemesraan dengannya, maka kampung ini akan jadi aman dan harmoni.

Dan jika kamu menganggap jiran kamu tersebut sebagai jiran yang kurang mesra, dan tidak pula memulakan langkah

untuk mewujudkan hubungan yang baik, natijahnya kamu tidak dapat

hidup dalam suasana yang harmoni."

Sebabnya, kita yang mencorakkan suasana. Kita menjadi pelakon di atas pentas dunia.




Begitulah juga sahabat2 dengan apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan.

Jika ada rasa syukur, redha dan pasrah dengan ketentuan Illahi, insyaAllah kita akan beroleh kebahagiaan.

Seorang miskin akan merasakan untungnya jika dia menjadi kaya kerna dapat menyumbangkan duit di jalan Allah,

manakala si kaya pula merasakan untungnya jika dia menjadi miskin kerna dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Walhal jika kedua2nya bersyukur, ia adalah perkara yang terbaek buat diri mereka. Dan dengan kesyukuran tersebut,

dapat mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Kerana sesungguhnya Allah menguji hambanya mengikut kemampuan.




Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

" Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya." (surah Al-Baqarah 2:216)



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Aku sangat kagum akan keadaan orang yang beriman itu. Semua urusan (yang berlaku dalam hidupnya) itu baik belaka baginya yang mana

keadaan itu hanya ada pada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat dan kebaikan, maka dia akan bersyukur, dan ia adalah suatu yang baik buatnya. Jika dia ditimpa musibah dan bencana, maka dia akan bersabar, dan itu adalah sesuatu yang baik buatnya."

(Hadis Riwayat Imam Muslim)


*copy dr email seorang sahabat..moral di sini, kita lihat apa kita ingin lihat, kita akan dengar apa yg kita ingin dengar. semuanya akan jadi berbeza dgn tahap ilmu dalam diri.

Kata hikmah dari ustaz zul baitul QURO'

"Orang yang berilmu kenal orang yang berilmu. Orang yang jahil, tidak akan kenal orang yang berilmu. Dan orang yang beramal akan kenal orang yang beramal. Orang yang tidak beramal tidak akan kenal orang yang beramal. Orang yang berilmu akan kenal orang yang jahil kerana dahulunya dia adalah jahil"


Salam muhasabah diri~