Sekiranya Zahir datang ke Madinah, beliau akan menghadiahkan Rasulullah s.a.w. barang-barang yang dibawa dari kampungnya. Apabila dia hendak pulang, Rasulullah s.a.w. akan membekalkan barang-barang keperluannya pula sambil baginda bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Zahir orang kampong kita dan kita orang kotanya.”
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pergi ke tempatnya. Ketika itu dia sedang menjalankan urusan perniagaannya. Dengan perlahan-lahan Rasulullah s.a.w. datang dari belakang dan memeluknya kuat-kuta. Dia tidak menyedari bahawa yang memeluknya itu adalah Rasulullah s.a.w. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Rasulullah s.a.w. membiarkan saja Zahir meronta-meronta sehinggalah Zahir menoleh ke belakang dan didapati yang memeluknya itu adalah kekasihnya, Rasulullah s.a.w. Maka dengan bahagianya dia membiarkan belakangnya tersandar di dada Baginda.
Rasulullah s.a.w. masih tidak melepaskan pelukannya. Sebaliknya dengan keadaan tangannya yang mulia yang tetap memeluknya Zahir itu baginda berkata: “Siapa nak beli hamba ini? Siapa nak beli?”
Zahir yang memahami gurauan Rasulullah s.a.w. itu berkata: “Ya Rasulullah! Saya ini tak laku untuk dijual, saya barang yang tidak berharga!”. Lantas Nabi s.a.w. berkata kepada Zahir: “Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!” Musnad Ahmad
Masya-Allah! Demikianlah tingginya pekerti Nabi s.a.w. dan betapa kasihnya baginda kepada sahabatnya tanpa mengira kedudukan, rupa dan harta. Baginda menegaskan dengan perbuatan, bukan sekadar kata-kata bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah adalah yang paling bertaqwa.
Sekali baca, ianya sangat menyentuh hati.“Tetapi kamu di sisi Allah berharga. Kamu mahal di sisi-Nya!". Jangan risau ada cantik atau tidak tetapi yang penting amalan kpdNYA. Teringat ayat ini:-
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur). (Al-A'raaf 7:26)
p/s: Saya baca di blog ini http://zaadut-taqwa.blogspot.com/.
No comments:
Post a Comment