'Ana nak beli buku ni, as nak beli ke?'. 'Bolehla'. Terus bersetuju tanpa tahu apakah kandungan yang ada di dalam nya ketika berjalan-jalan di gerai-gerai sewaktu Ijtima'.
Ketika mula membacanya, saya mula teringat satu dialog dengan emak, apabila emak risau dengan saya yang selalu sangat tiada di rumah ketika hujung minggu. "Macam mana nanti bila dah kahwen, asyik keluar ja, suami ke mana, anak ke mana". Saya hanya mendiamkan diri. Saya rasa buku ini boleh juga jadi salah satu jawapan.
'Peranan Muslimat di Medan Amal Islami' adalah tajuknya dan kulit bukunya berwarna pink. Ia kelihatan sangat sesuai untuk muslimat. Saya baru sahaja selesai membacanya walaupun kulit bukunya nipis sahaja. Biarpun padan dengan muslimat tetapi saya rasa buku bukan sahaja untuk muslimat tetapi utk suami dan ayah dan bakal suami dan bakal ayah yang mempunyai isteri dan anak yang bergiat di sebagai aktivis dakwah.
Mengapa?
“Isteri tidak aktif dalam jemaah kerana sikap suami? Pandangan yang merungkaikan persoalan mengapa muslimat tidak aktif dalam gerak kerja Islam. Benarkah ia berpunca dari sikap kaum lelaki?”
Satu persoalan yang diutarakan.
Syeikh Dr Faisal Malawi mengupas beberapa persepsi yang salah berkenaan muslimat dan gerak kerja serta hukum yg berkaitan berdasarkan kaedah fiqh dan awlawwiyyat utk muslimat yg bergelar isteri dan juga peringatan untuk muslimin.
Bahagian pertama, dua faktor penyebab lemahnya penglibatan muslimat di utarakan iaitu :-
1. fahaman yg salah
2. keegoan lelaki
Bahagian kedua pula awlawiyyat amal saleh di bagi muslimat dikupas dengan hadis dr Rasul SAW.
Bahagian ketiga ialah penglibatan wanita dlm medan gerak kerja.
Saya tidak berniat untuk mengupas setiap kata di dalam buku ini. Tetapi secara keseluruhan, peranan muslimat di rumah adalah kewajipan utama dan peranan dalam gerak kerja islam adalah kewajipan juga tetapi hendaklah diseimbangkan dengan keizinan suami. Tetapi suami yg tidak membenarkan atas alasan tidak munasabah, boleh jadi berdosa.
Tetapi jgn risau utk muslimat, jom kita lihat hadis ini,
Dalam satu pertemuan antara Asma bt Yazid Ansoriyyah dgn Rasul SAW, beliau berkata :
"Wahai Rasulullah, sesungguhnya akau adalah utusan bagi seluruh wanita muslimah di belakangku, seluruhnya mengatakan sebagaimana yang aku katakan dan seluruhnya berpendapat sesuai dgn pendapatku. Sesungguhnya Allah taala mengutusmu bagi seluruh lelaki dan wanita, kemudian kami beriman kepadamu dan membai'atmu. Adapun kami para wanita terkurung dan terbatas gerak langkah kami. Kami menjadi penjaga rumah tangga kaum lelaki , dan kami adalah tempat memenuhi syahwat mereka dan kamilah yg mengandung anak-anak mereka, akan ttp kaum lelaki mendapat keutamaan melebihi kami dgn solat jumaat, menghantar jenazah dan berjihad. Apabila mereka keluar berjihad, kamilah yang menjaga harta mereka, yang mendidik anak-anak mereka, maka apakah kami juga mendapat pahala sebagaimana mereka mendapat dengan amalan mereka?"
Mendengar pertanyaan mereka, Rasul SAW menoleh kpd sahabat dan bersabda "Pernahkah kalian mendengar pertanyaan seorang wanita ttg Deen yang lebih baik dari apa yang ditanyakan?
Para sahabat menjawab, " benar kami belum pernah mendengarnya ya Rasulullah".
Kemudian Rasul SAW bersabda: "kembalilah wahai Asma' dan beritahulah kepada para wanita dibelakangmu bahawa perlakuan baik salah seorang diantara mereka kepada suaminya, dan meminta keredhaan suaminya, patuh terhadapnya apa yang disuruhnya (selagi tidak melanggar syara'),itu semua setimpal dengan seluruh amal yang kamu sebutkan yang dikerjakan oleh kaum lelaki."
Beruntung kan menjadi muslimat.
Tetapi bukanlah sepenuhnya kita tidak perlu terlibat dengan amal islami. Syeikh Dr Faisal memberi persoalan, jika tiada wanita berfikrah terlibat dengan pertubuhan yang berkait rapat dengan kehidupan manusia dan mendidik masyarakat., siapa lagi yang ingin terlibat dan mendidik masyarakat? Adakah hanya mahu tangan non muslim dan wanita yg tidak komited agama menguruskannya?. fikir-fikirkan.
p/s: berusahalah untuk bina baitulmuslim, baituldakwah dan baitulharaki. Salam Maal Hijrah 1433
No comments:
Post a Comment