November 16, 2011

Lihat apa yg mahu lihat~


Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah, dengan nikmat Iman dan Islam kita masih berada di jalan dakwah ini.

Sekadar berkongsi sedikit pengetahuan yang ada.



Adakah jalan dakwah ini dapat memberi kebahagiaan hakiki buat kita?

Atau hanya sekadar untuk memenuhi masa yang terluang,

mengikut sahabat-sahabat yang rapat dengan kita atau

atas dasar terpaksa....

Sama2 kita renungkan semula, tepuk dada, tanya iman dan nawaitu masing2.





Kebahagiaan yang kita inginkan terletak pada diri kita sendiri,


kerna kita adalah apa yang kita fikirkan.

Sekiranya kita melihat sesuatu perkara dengan pandangan yang positif, maka ia akan menjadi positif.

Begitu jugalah sebaliknya.




Sebuah kisah yang ana pernah dengar di radio IKIM (dari Ust Pahrol Juoi). Kisahnya,

Ada seorang pemuda A berhijrah masuk ke sebuah kampung baru.

Dia berjumpa dengan seorang orang tua dan bertanya tentang keadaan kampung tersebut.

Tanya orang tua tersebut, "Bagaimana keadaan kampung kamu sebelum ini?"

Jawab pemuda A, "Kampung saya yang dahulu, tiada kasih sayang, buat keje masing2 dan tidak harmoni."

Maka, jawab orang tua tersebut, "Begitulah juga keadaan di kampung ini. Sama juga."




Tiba2, datang pula pemuda B. Menanyakan soalan yang sama kepada orang tua tadi tentang keadaan di kampung tersebut.

Orang tua tersebut bertanya semula, "Bagaimana keadaan kampung kamu sebelum ini?"

Jawab pemuda B, "Kampung saya dahulu penuh dengan kasih sayang, harmoni dan sejahtera."

Maka, jawab orang tua tersebut, " Begitulah juga keadaan di kampung ini. Sama juga."




Jadi, pemuda A pun tercengang dengan jawapan yang diberikan oleh orang tua tersebut.

Melihatkan kehairanan pemuda A, maka orang tua itu pun menjawab.

"Keadaan kampung ini adalah sepertimana yang kamu fikirkan. Jika kamu dapat menerima kehadiran seorang jiran yang kurang mesra

dan menjadi memula untuk mewujudkan bait-bait kemesraan dengannya, maka kampung ini akan jadi aman dan harmoni.

Dan jika kamu menganggap jiran kamu tersebut sebagai jiran yang kurang mesra, dan tidak pula memulakan langkah

untuk mewujudkan hubungan yang baik, natijahnya kamu tidak dapat

hidup dalam suasana yang harmoni."

Sebabnya, kita yang mencorakkan suasana. Kita menjadi pelakon di atas pentas dunia.




Begitulah juga sahabat2 dengan apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan.

Jika ada rasa syukur, redha dan pasrah dengan ketentuan Illahi, insyaAllah kita akan beroleh kebahagiaan.

Seorang miskin akan merasakan untungnya jika dia menjadi kaya kerna dapat menyumbangkan duit di jalan Allah,

manakala si kaya pula merasakan untungnya jika dia menjadi miskin kerna dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Walhal jika kedua2nya bersyukur, ia adalah perkara yang terbaek buat diri mereka. Dan dengan kesyukuran tersebut,

dapat mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Kerana sesungguhnya Allah menguji hambanya mengikut kemampuan.




Firman Allah s.w.t. yang bermaksud,

" Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.

Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya." (surah Al-Baqarah 2:216)



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Aku sangat kagum akan keadaan orang yang beriman itu. Semua urusan (yang berlaku dalam hidupnya) itu baik belaka baginya yang mana

keadaan itu hanya ada pada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat dan kebaikan, maka dia akan bersyukur, dan ia adalah suatu yang baik buatnya. Jika dia ditimpa musibah dan bencana, maka dia akan bersabar, dan itu adalah sesuatu yang baik buatnya."

(Hadis Riwayat Imam Muslim)


*copy dr email seorang sahabat..moral di sini, kita lihat apa kita ingin lihat, kita akan dengar apa yg kita ingin dengar. semuanya akan jadi berbeza dgn tahap ilmu dalam diri.

Kata hikmah dari ustaz zul baitul QURO'

"Orang yang berilmu kenal orang yang berilmu. Orang yang jahil, tidak akan kenal orang yang berilmu. Dan orang yang beramal akan kenal orang yang beramal. Orang yang tidak beramal tidak akan kenal orang yang beramal. Orang yang berilmu akan kenal orang yang jahil kerana dahulunya dia adalah jahil"


Salam muhasabah diri~

No comments: